Monday, March 31, 2014

UNIT AMAL AKAN PERGI KE LAUTAN HINDI UNTUK CARI MH370


Unit Amal PAS merasakan usaha menyelamat yang dibuat oleh kerajaan BN Malaysia pada hari ini kurang baik. Tidak bersungguh sungguh dan dilihat cuba menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan dunia. Untuk tujuan tersebut, Unit Amal kini sedang bersiap sedia mengumpulkan sukarelawan daripada seluruh negeri Selangor dan Pulau Pinang untuk misi menyelamat MH370


Thursday, March 27, 2014

UPGRADE RADAR CUMA ALASAN UNTUK JOLI BERBILION RINGGIT


Pelbagai usaha dan bantuan untuk mencari MH370 masih lagi diteruskan .Cadangan beberapa Ahli Parlimen di Dewan Rakyat seterusnya mendapat perhatian Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mahukan sistem radar ditambahbaik hanya sebagai alasan untuk berbelanja wang negara sehingga berbilion ringgit.


 

Monday, March 24, 2014

MH370 : NAJIB TAK SENSITIF , ISLAM BERI TEMPOH 4 TAHUN SABITKAN KEMATIAN .


KUALA LUMPUR: Islam memberi tempoh sehingga empat tahun untuk mensabitkan kematian terhadap kehilangan seseorang yang tidak diketahui di mana kedudukannya atau hidup matinya.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, selagi tidak ditemui jasad atau bukti mensabitkan kematiannya secara fizikal, maka tempoh empat tahun perlu diambil kira.

MEI FUN LAGI TERUK DARI LEE BAN SENG

KUALA LUMPUR: Bukan sahaja majoriti calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada PRK Kajang merosot tetapi undi yang diperolehi oleh calon BN daripada MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun pun turut berkurangan malah lebih teruk daripada Lee Ban Seng .

Justeru, blogger Idaman mempersoalkan kenapa tidak ditulis jumlah undi yang didapati oleh calon BN daripada MCA dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lepas berbanding dengan PRK kajang.

Friday, March 21, 2014

LEBIH BAIK SERTAI REFORMASI DARIPADA BERSELAWAT DENGAN AMENO DI PUTRAJAYA

 
Seramai 10,000 orang telah membuat janji setia untuk sehidup semati dengan Anwar Ibrahim dan isterinya, calon PKR Kajang di Stadium Kajang malam tadi. Mereka ini datang sifat ingin berjuang menegakkan keadilan untuk Anwar Ibrahim. Mahu membebaskan Malaysia daripada kekejaman sistem mahkamah yang korup. Mereka ini adalah lebih mulia daripada yang pergi berselawat mengampu pemimpin AMENO di Putrajaya malam tadi.

PRK KAJANG : PKR SELAR TINDAKAN SIMBAH CAT POSTER CALON BN

KAJANG: PKR menyelar perbuatan khianat pihak tertentu yang menyimbah cat merah di billboard calon BN Datuk Paduka Chew Mei Fun.

Billboard calon BN itu yang terletak di hadapan bangunan pusat membeli belah Tesco Extra Saujana Impian telah disimbah cat merah selepas jam 3.00 pagi tadi.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah ketika melalui kawasan itu kira-kira jam 9.00 pagi tadi.

PRK KAJANG : ALASAN SPR TURUNKAN BAHAN KEMPEN PKR TIDAK MUNASABAH .


KAJANG: Kira-kira 200 kain rentang serta 10 papan iklan kempen PKR diturunkan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis kerana didakwa mempunyai unsur hasutan.

Operasi menurunkan bahan kempen PKR itu dilapor berlaku sekitar jam 5 petang semalam, dan berterusan sehingga jam 3 pagi tadi.

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Sim Tze Tzin, berkata terdapat dua kain rentang yang dikatakan sensitif dan berbaur hasutan iaitu satu darinya memaparkan wajah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebalik jeriji besi penjara di sebelah kiri kain rentang tersebut.

MH370 : PENYIASAT TELITI REKOD PANGGILAN JURUTERBANG


SEPANG: Pasukan penyiasatan sedang meneliti rekod panggilan telefon juruterbang pesawat MH370 Kapt Zaharie Ahmad Shah dari kokpit, yang dilaporkan dibuat beberapa minit sebelum pesawat itu berlepas.
  
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya berkata rekod panggilan telefon itu telah diserah kepada pasukan penyiasat bersama-sama dengan maklumat mengenai senarai kargo.

Menjelaskan lanjut mengenai manifes kargo, beliau berkata pesawat itu membawa bateri kecil tetapi ia telah mendapat kelulusan serta mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).







KONSERT BUDAYA HEDONISME DAN PERLECEHAN JATIDIRI

Langit menjadi saksi sejarah betapa hodohnya perlakuan ratusan ribu anak-anak muda yang menjadi khalayak pesta Woodstock di penghujung dekad 1960-an.

Langit menjadi saksi sejarah betapa hodohnya perlakuan ratusan ribu anak-anak muda yang menjadi khalayak pesta Woodstock di penghujung dekad 1960-an, sehinggalah beberapa kali pesta pora Woodstock ini berlangsung. Irama Rock mula mengambil tempat dalam hati anak-anak muda Eropah akibat bantahan mereka kepada Perang Amerika di Vietnam.

Thursday, March 20, 2014

MH370 : KRONOLOGI KEHILANGAN PESAWAT MH370



KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, yang masuk hari ke-13 hari ini, mungkin terungkai tidak lama lagi.
  
Petunjuk terbaharu ialah dua objek yang dikesan menerusi imej satelit Australia di bahagian selatan Lautan Hindi, dilaporkan mungkin serpihan pesawat yang hilang pada 8 Mac bersama-sama 239 orang di dalamnya.
  
Berikut kronologi insiden kehilangan MH370:

HUSAM ADA CARA KURANGKAN TARIF ELEKTRIK

KAJANG: Pakatan Rakyat mempunyai jalan penyelesaian bagaimana hendak mengurangkan tarif elektrik sekiranya mereka berjaya mentadbir negara ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata sesebuah kerajaan itu mampu berfikir sekiranya mereka meletakkan keutamaan untuk menjaga kepentingan rakyat.

Bercakap di hadapan lebih 500 pengundi Kajang semalam, Husam berkata, kerajaan boleh mendapat sumber arang batu paling dekat iaitu di Sumatera Selatan yang mempunyai rizab 48 peratus dari seluruh Indonesia.

PAS SOKONG LANGKAH POLIS BATAL PERMIT KONSERT .

KUANTAN: PAS mengucapkan tahniah kapada polis Kuantan yang mengambil langkah proaktif membatalkan permit Festival Muzik Antarabangsa Kuantan yang dijadualkan berlangsung pada 4 dan 5 April ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah, Andansura Rabu berkata, keputusan itu adalah tepat dan melegakan keresahan rakyat tentang kesan yang bakal dihadapi sekiranya program hiburan itu diteruskan.

"Belajar dari insiden yang berlaku di Bukit Jalil baru-baru ini apabila enam remaja meninggal dunia adalah satu langkah tepat yang diambil pihak polis supaya perkara sama tidak berulang.

PASANGAN DI SWEDEN RINDU ANAK-ANAK DI MALAYSIA



KUALA LUMPUR: "Aisyah, Ammar, Adam, Arif. Ayah baik di sini. Tolong berdoa untuk ibu dan ayah. Jangan lupa solat lima kali sehari. Sayang kamu semua."
  
Ia cetusan rasa dan luahan hati Azizul Raheem Awaluddin, yang sedang ditahan bersama isterinya Shalwati Nor Shal di Sweden.
  
Pasangan yang didakwa mendera empat anak mereka itu masih dipenjarakan sementara menunggu keputusan bertulis oleh Mahkamah Daerah Solna di Stockholm, Sweden sembilan hari lagi.
  
Coretan tersebut dihantar oleh keluarga terdekat mereka yang berada di Sweden dan dipaparkan di laman Twitter 'SwedenLetThemGo' serta Facebook '#BringShalNFamilyHome' yang diwujudkan bagi memberi sokongan moral kepada mereka.

MH370 : DEDAH SIMULATOR UNDANG SPEKULASI LEBIH BESAR


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli menyelar tindakan mendedahkan log data permainan simulator penerbangan milik juruterbang pesawat MH370 yang hilang, Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Beliau mempersoal, pihak keselamatan marah dengan pelbagai spekulasi yang ditimbulkan khususnya di media sosial, namun pada masa sama kenapa pihak polis sendiri mewujudkan spekulasi lebih besar dengan pendedahan simulator tersebut.

Wednesday, March 19, 2014

PRK KAJANG : WAN AZIZAH MINTA HENTI SEBAR GAMBAR FITNAH MEI FUN .

KAJANG: Calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa pihak yang bertanggungjawab menyebarkan gambar fitnah terhadap Chew Mei Fun menghentikan segera perbuatan terkutuk itu.

"Henti segera. Ini bukan cara kempen kita. Kita kutuk dan tidak bersetuju sama sekali dengan cara fitnah lucah ini.

"Kita Melayu Asia, sopan santun budi bahasa, kita ada adab," katanya ketika ditemui Harakahdaily di bilik gerakan utama PKR di sini hari ini.

Tuesday, March 18, 2014

BLOGGER UMNO TIDAK HORMATI KELUARGA JURUTERBANG MH370

 
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal terhadap blogger-blogger Umno yang tidak menghormati derita dan kesusahan yang dihadapi oleh ahli keluarga juruterbang MAS Zaharie Ahmad Shah.

Ini kerana katanya, banyak kesimpulan negatif dilemparkan kepada juruterbang MH370 hanya kerana beliau menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.

"Sekarang ini heboh dalam blogger Umno salah seorang menantu saya ada pertalian kekeluargaan dengan Zaharie.

Monday, March 17, 2014

SIMULATOR PENERBANGAN KAPTEN ZAHARIE KUKUHKAN 'TEORI DIEGO GARCIA'

PENGKALAN TENTERA AMERIKA SYARIKAT, DIEGO GARCIA .

MISTERI menyelubungi kehilangan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) masuk ke episod mendebarkan apabila polis mula menumpukan siasatan terhadap juruterbang, pembantu juruterbang, krew serta penumpang pesawat Boeing 777-200ER itu.

Walaupun dikritik kerana lewat 8 hari daripada sepatutnya, carian dibuat polis di kediaman juruterbang pesawat terbabit, Kapten Zaharie Ahmad Shah di sebuah kawasan perumahan eksklusif Shah Alam Sabtu lalu menemukan simulator penerbangan milik beliau.

Simulator itu kemudiannya dibawa ke Bukit Aman dan dipasang semula untuk siasatan. Sumber yang dipetik Berita Harian, hari ini mendedahkan perisian simulator milik Kapten Zaharie mengandungi lima landasan latihan, dan salah satu daripadanya ialah milik Amerika Syarikat (AS).

MH370: TUDUH JURUTERBANG SABOTAJ TINDAKAN BIADAP

KUALA LUMPUR: Tindakan media asing khususnya akhbar Daily Mirror dan Daily Mail mengaitkan kejadian pesawat MH370 sebagai tindakan sabotaj juruterbang dan pembantu juruterbang adalah satu tindakan biadap.

Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini berkata tindakan itu disifatkan biadap memandangkan siasatan masih dijalankan, selain pihak berkuasa Malaysia mendapati wujud unsur rampasan, dan bukannya sabotaj.

Pengerusinya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, berkata tindakan media yang berpangkalan di United Kingdom itu serta beberapa akhbar lain juga merupakan tindakan tidak rasional, selain mengetepikan sensitiviti keluarga kedua-duanya.

KONSERT MAUT : KEMENTERIAN PERLU BERTANGGUNGJAWAB


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bertanggungjawab terhadap penganjuran Future Music Festival Asia 2014 yang mengakibatkan enam remaja maut dan tiga masih dalam keadaan kritikal di hospital.

Menurut Naib Ketuanya, Muhammad Farkhan Abdullah, konsert yang berlangsung dua hari di Stadium Bukit Jalil dekat sini jelas tidak mematuhi garis panduan ditetapkan kerajaan.

Sehingga kini 19 orang telah ditahan polis kerana dipercayai mengambil dadah sepanjang konsert berkenaan diadakan.


Menurutnya, walaupun Perdana Menteri pernah mengumumkan peruntukan terkumpul sebanyak RM8.654 bilion untuk memerangi penyalahgunaan dadah, namun insiden terbaru ini menunjukkan ia seolah-olah tidak memberi bekas.

Negara kini dilapor mempunyai seramai 63,884 penagih dadah.


Farkhan turut mempersoalkan sama ada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menguatkuasakan Garis Panduan Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) dalam penganjuran konsert tersebut.

"Adakah pihak kementerian dan penganjur mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan berkenaan?

"Pihak kami juga yakin penganjuran konsert itu bercanggah dengan Kaedah-Kaedah Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1993 dan Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992," ujarnya.

Sehubungan itu, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak kementerian memberikan penjelasan sekaligus memberikan justifikasi mengapa 'pesta liar' dibenarkan berlangsung di saat negara berhadapan dengan tragedi kehilangan pesawat MH370.

PRK KAJANG : SOKONGAN PENGUNDI MELAYU KEPADA PR MENINGKAT

KAJANG: Sokongan pengundi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PKR) Dun Kajang telah menunjukkan peningkatan jika dibandingkan pada pilihanraya umum yang lalu.

Timbalan Pengarah PRK PKR Dun Kajang, Zuraida Kamaruddin, angka peningkatan selepas seminggu tempoh berkempen telah mencecah 45 peratus.

"Sokongan pengundi Melayu sehingga semalam telah mencecah 45 peratus, bagi pengundi Cina pula sebanyak 75 peratus dan India dalam 55 peratus.

PUSAT KHIANATI PENSTRUKTURAN AIR SELANGOR


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menyifatkan keengganan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dr Maximus Ongkili menggunakan Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA) untuk mengambil alih syarikat konsesi air Selangor sebagai pengkhianatan kepada perjanjian bersama yang ditandatangani dengan kerajaan negeri.

Dalam satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan hari ini, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Petaling jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mengecam sikap dolak dalik menteri terbabit dan menyifatkannya sebagai "tidak boleh diterima dan mengejutkan".

BARU UGUT KENA TAMPAR,KJ DAH PANIK



KAJANG: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar agar tidak memperlekehkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Baru kena ugut tampar sudah panik, inikan pula mahu mempelekehkan Wan Azizah Wan Ismail yang sudah hidup susah dan kenal makna sebenar keadilan,” kata Anwar.

Khairy (gambar) diugut untuk ditampar oleh seorang bomoh apabila Ketua Pemuda Umno itu menempelak tindakan bomoh tersebut mengadakan ritual di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk 'mencari' pesawat MH370 yang hilang.

Friday, March 14, 2014

MH370:RAKYAT MALAYSIA DIPERLEKEHKAN

KUALA LUMPUR: Di kala rakyat Malaysia dan dunia bersimpati serta berusaha mencari pesawat MAS MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, namun negara ini telah menjadi bahan jenaka masyarakat dunia akibat daripada aksi bomoh.

Tinjauan Harakahdaily di laman-laman sosial hari ini mendapati satu akaun twitter milik Only In Malaysia@_FunnyMalaysian yang telah mengatakan rakyat Malaysia di Mesir menjadi bahan ketawa.

UNDI WANITA MEMIHAK DR WAN AZIZAH



KAJANG: Pengundi wanita di N25 Kajang khususnya di kalangan orang Melayu dijangka lebih memihak kepada calon wanita daripada PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menurut Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Dr Wan Azizah akan menjadi pilihan pengundi memandangkan BN telah mengetengahkan calon dari kalangan MCA.

DUA MUSIBAH DALAM MASA 24 JAM .

Negara dilanda dua musibah dalam masa 24 jam dari petang Jumaat 7 Mac hingga pagi Sabtu 8 Mac lalu.
  
Kata saya pada kedua-dua musibah itu, ‘Inna lillah wainna ilaihirojiun.’
  
Yang pertama, musibah yang menimpa rakyat khususnya di Kajang dan Selangor ia berita Anwar Ibrahim dihukum penjara lima tahun oleh mahkamah rayuan.
   
Bagi Anwar ia adalah ulangan ujian kali ketiga dipenjara. Bagi sesetengah orang mukmin, penjara bukan celaka baginya, bahkan ia penuh hikmah buatnya seperti yang dilalui oleh Nabi Yusuf AS dan ulama muktabar. Hamka menamatkan Tafsir al-Azhar dalam penjara. Sayyid Qutb menghasilkan tafsirnya yang masyhur semasa tahanan.
  

Thursday, March 13, 2014

MH370:KERAJAAN MENUNJUKKAN KELEMAHAN DALAM MENGURUS KRISIS

KUALA LUMPUR: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini mengakui terdapat kelemahan kerajaan dalam menguruskan isu kehilangan pesawat MAS MH370.

Pengakuan itu dibuat beliau ketika mencelah perbahasan Titah Diraja oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.

"Betul, kita akui ada kelemahan. Kita pun rasa insiden ini agak luar biasa sebab tiada petunjuk.

Wednesday, March 12, 2014

PRK KAJANG:KHAIRY CUBA NAK TUNJUK HERO



KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dinasihatkan supaya tidak meludah ke langit dengan mempersoalkan kewajaran pilihan raya kecil (PRK) diadakan di Kajang sedangkan di masa yang sama PRK Dewan Undangan Negeri (Dun) Balingian, Sarawak bakal diadakan ekoran perletakan jawatan penyandangnya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

MH370:MENTERI TAK SENSITIF KELUAR KENYATAAN .


KITA sepakat untuk menyatakan kehilangan pesawat MH370 dengan 227 penumpang dari 14 negara sebagai satu tragedi hitam negara. Dan sehingga saat ini, rakyat Malaysia daripada segala lapisan kaum dan agama berharap dan berdoa moga pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines yang hilang dalam penerbangan ke Beijing sejak pagi Sabtu lalu selamat ditemui.

Tempoh penantian lebih 72 jam sejak insiden itu berlaku dinanti penuh debaran oleh rakyat negara ini apatah lagi keluarga mangsa. Namun berita-berita yang tersebar di alam maya berhubung insiden itu menambahkan resah dan tidak meredakan debaran dada.

Monday, March 10, 2014

MH370:PASUKAN KAUNSELOR PAS LEBIH BERUPAYA BERBANDING KAUNSELOR BN

KUALA LUMPUR: PAS akan menghantar satu pasukan kaunselor untuk membantu memberikan khidmat kaunseling kepada kelurga penumpang pesawat penerbangan MH370.

Pengerusi Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bencana PAS (CEDM), Salahudin Ayub berkata, pasukan kaunselor PAS itu akan dihantar dalam kadar segera ke penempatan keluarga terlibat di di Hotel Everly, Putrajaya‎.

Sunday, March 9, 2014

MH370 : KAPTEN ZAHARIE PEJUANG SEBENAR PAS .

KUALA LUMPUR: Juruterbang pesawat MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah tidak menunjukkan sebarang keganjilan ketika berkongsi gambar-gambar melucukan dengan kumpulan media sosial WhatsApp pada Jumaat, kata seorang rakan.
  
Gambar-gambar lucu itu dikongsi beliau pada pagi Jumaat dan itulah kali terakhir Zaharie berkomunikasi dengan kami anggota Kelab Peminat Mila AF5 atau Da Voice of Mila (Davom), kata Wahida Zamri, 27, kepada Bernama hari ini.

Wednesday, March 5, 2014

ANWAR PATUT LANTIK AZMIN JADI PENGARAH PILIHAN RAYA KAJANG



Pakatan Rakyat menggesa Menteri Besar Selangor agar tidak tergesa-gesa menandatangani perjanjian awal dengan pusat selepas termaterainya memorandum persefahaman (MOU) sebelum ini.

Mesyuarat Pakatan yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini turut menghantar segera tiga wakil dari setiap parti iaitu bagi menyampaikan keputusan mesyuarat hari ini.

LEBUHRAYA RAKYAT 1 LAGI KEJAYAAN IDEA HUSAM MUSA

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menjangka mengumumkan nama syarikat yang berjaya memenangi kontrak pembinaan lebuh raya Machang-Kuala Krai pada 23 Jun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad berkata, sehingga 10 Febuari lalu sebanyak lapan syarikat telah membeli dokumen tender.

Tarikh tutup tender projet tersebut pada 24 Mac ini. Ketika sesi taklimat pra-tender dan lawatan ke tapak, sebanyak 29 syarikat menyertainya.

Tuesday, March 4, 2014

HUSAM MENANG KES SAMAN FITNAH BLOGGER UMNO .

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang sebelum ini telah menolak tuntutan beliau ke atas seorang blogger bernama Faisal Rohban yang mengendalikan blog "Ruang Bicara Faisal" (RBF).

Panel hakim yang diketuai oleh Datuk Azahar Mohamed dan turut dianggotai Datuk Ariff Md Yusof dan Datuk Dr.Hamid Sultan Abu Backer telah memutuskan bahawa bukti-bukti yang dikemukakan oleh plaintif sepanjang perbicaraan adalah mencukupi untuk mahkamah membuat keputusan di atas imbangan kebarangkalian bahawa defendan merupakan pemilik blog "Ruang Bicara Faisal" tersebut.

PRK KAJANG : SETIA KAWAN AZMIN DAN ANWAR SEMAKIN KUKUH .


KAJANG: Semangat setia kawan PAS di dalam Pakatan Rakyat tidak pernah luntur apatah lagi dalam situasi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang demi memastikan BN tumbang pada 23 Mac ini.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berjanji PAS akan memberi komitmen yang tinggi dalam PRK Kajang ini dan membuat apa sahaja untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.

Monday, March 3, 2014

HASAN ALI GILA TALAK , MAHU RUJUK KEMBALI DENGAN PAS .



Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Hasan Ali hari ini berkata kes saman sebanyak RM2 juta oleh bekas calon PKR DUN Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bekemungkinan dirancang.


Menurutnya ia berkemungkinan satu perancangan yang dirangka oleh PKR untuk menjatuhkan kredibiliti Hadi  sebagai pemimpin utama parti itu.

KHALID SENGSARA RAKYAT SELANGOR , MOU AIR BERAT SEBELAH

 
 
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim perlu menjelaskan empat perkara berkaitan maklum balas yang boleh menimbulkan spekulasi berhubung Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai penstrukturan air.

Demikian dinyatakan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung MoU berkenaan.

“Tanggungjawab saya adalah untuk memastikan rakyat tahu, seperti mana saya akan terus mendedahkan perjanjian-perjanjian lain yang melibatkan rakyat baik di pihak PR atau BN,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.