Friday, March 14, 2014

MH370:RAKYAT MALAYSIA DIPERLEKEHKAN

KUALA LUMPUR: Di kala rakyat Malaysia dan dunia bersimpati serta berusaha mencari pesawat MAS MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, namun negara ini telah menjadi bahan jenaka masyarakat dunia akibat daripada aksi bomoh.

Tinjauan Harakahdaily di laman-laman sosial hari ini mendapati satu akaun twitter milik Only In Malaysia@_FunnyMalaysian yang telah mengatakan rakyat Malaysia di Mesir menjadi bahan ketawa.


"Kesian pula kt pelajar Malaysia yg study di Mesir apabila menjadi bahan gelak tawa," jelas beliau melalui twitter.

Dalam pada itu @_FunnyMalaysian turut menyiarkan gambar dari pemilik akaun bernama Shamril yang memberitahu tentang khidmat bomoh yang menjadi bahan ketawa masyarakat dunia.

Media Korea melaporkan ,"Malaysia dapatkan khidmat bomoh utk mencari MH370," tulisan itu dipetik.

Shamril turut menyiarkan keadaan yang dihadapi oleh pelajar Malaysia di Mesir.

"Baik di kuliyyah, talaqqi dan di Masjid Azhar org tertawakan kami bila cerita pasal sihir MH370.

"Mereka gelar kami, Sihrun Thoirun. Tadi ke Tahrir nak cop VISA. Bila dia minta passport, dia ketawakan budak Malaysia. Dia kata kami pandai sihir dan jampi.

"Nasi sudah menjadi bubur. Maruah negara dan umat Islam Malaysia diperlekehkan," tulisnya lagi.

Dalam pada masa yang sama, tinjauan turut mendapati laman 'Google Play Store' dari Trippas turut menyediakan permainan dengan menggunakan nama 'Bomoh Rescue Run'.

Permainan yang menggambarkan tiga individu di atas tikar terbang itu adalah usaha untuk menyelamatkan kapal terbang hilang dari Garuda Hitam.

MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu pada jam 240 pagi di Lautan China Selatan setelah hilang dari radar terus mendapat perhatian antarabangsa termasuk solat hajat dari umat Islam dan upacara keagamaan penganut agama lain