Tuesday, February 10, 2015

#PRKPERMATANGPAUH: MAHATHIR BAKAL CALON BN DI PERMATANG PAUH?

Jangan terkejut dengan berita ini! Inilah yang berita yang semakin panas dalam WhatsApp dan Telegram. 

Sejurus Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman dan dihumbankan ke penjara, ahli politik Umno sudah berteka-teki siapakah calon paling layak untuk merampas kerusi panas Permatang Pauh. Banyak juga nama yang disebut, terlalu banyak juga yang menawarkan diri untuk menjadi hero, tak kurang juga yang nak jadi heroin.

Tatkala Pakatan Rakyat belum pulih dari kejutan hukuman songsang keatas Anwar Ibrahim, Umno sudah mencaturkan gerak langkah untuk terus menghimpit dan menghancurkan politik Pakatan Rakyat.



Dalam banyak nama yang di sebut, nama bekas Perdana Menteri Tun Mahathir antara calon paling layak bertanding di Permatang Pauh. Ada banyak sebab juga nama Mahathir dikaitkan dengan sebagai calon, kerana selepas Anwar Ibrahim, Mahathir orang paling digeruni oleh orang Umno.

Unit Amal menjalankan sedikit risikan, kenapa perlu Mahathir di Permatang Pauh? Berikut sedikit sebab musabab nama Mahathir terpacul sebagai calon BN di Permatang Pauh :

1. Mahathir adalah susuk yang paling KREDIBEL untuk berdepan dengan amukan rakyat di Permatang Pauh nanti. Sebagai orang yang memulakan langkah 'membunuh' harapan rakyat terhadap Anwar Ibrahim, Mahathir dilihat sebagai senjata paling ampuh untuk menyelamatkan BN.

2. Mahathir adalah seorang yang vokal, mengkritik Pak Lah dan Najib secara terbuka. Maka meletakkan Mahathir sebagai calon akan menyebabkan beliau 'sibuk' dan lebih menumpukan kepada menyerang Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.

3. Mahathir seorang Winnable candidate berbanding nama-nama lain kerana popularitinya dan Mahathir sukar dijatuhkan oleh orang Umno yang tidak sebulu dengannya. Mahathir juga perlu bersungguh-sungguh untuk menang bagi mengelakkan maruahnya dicalarkan oleh rakyat Permatang Pauh.

4. Mahathir sejak kebelakangan ini dilihat lebih diterima dan disenangi, sama ada oleh rakyat biasa atau kalangan orang Umno yang tidak mendapat tempat dalam kepimpinan Najib. Malah tidak melampau juga untuk mengatakan Mahathir mula diterima dikalangan orang Pakatan Rakyat khususnya PAS dan segelintir ahli PKR.

5. Mahathir memang berasal dari Kedah dan sempadan Permatang Pauh yang bersebelahan dengan Kedah akan memberi kelebihan kepada Umno. Mukhriz sebagai MB  Kedah pastilah akan mengerahkan seluruh jentera kekuatan Kedah untuk berperang dan menawan Permatang Pauh.

6. Mahathir perlu dijaga dan dibelai oleh Umno kerana ada juga bisik-bisik Mahathir sedang dirisik oleh pemimpin Pakatan Rakyat untuk dijadikan De Facto Leader, dan kalau benar ini terjadi maka semakin susahlah Najib dan Umno. Maka langkah membelai Mahathir adalah amat perlu.

Apapun yang terjadi, siapa pun yang Umno pertaruhkan, apa juga taktik Umno, Kami di Pakatan Rakyat akan hadapi. kami sudah siap siaga demi membalas kezaliman ke atas Anwar Ibrahim dan keluarga Pakatan Rakyat.

Lawan Tatap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah! Biar Jasad Dipenjara tetapi Roh Perjuangan Sama Sekali Takkan Mati!

Kami berjanji, Permatang Pauh akan menjadi nisan kubur diktator Mahathir!      

No comments:

Post a Comment