Wednesday, March 12, 2014

PRK KAJANG:KHAIRY CUBA NAK TUNJUK HERO



KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dinasihatkan supaya tidak meludah ke langit dengan mempersoalkan kewajaran pilihan raya kecil (PRK) diadakan di Kajang sedangkan di masa yang sama PRK Dewan Undangan Negeri (Dun) Balingian, Sarawak bakal diadakan ekoran perletakan jawatan penyandangnya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam satu kenyataan media hairan dengan sikap Khairy yang cuba berlagak hero kononnya pilihan raya Kajang sengaja dibuat sedangkan PRK Dun Balingian turut diadakan setelah penyandangnya daripada BN meletakkan jawatan.

Beliau turut membidas tuduhan Khairy kononnya calon PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai 'boneka' sedangkan boneka sebenar dalam PRK Kajang ialah calon BN, Chew Mei Fun yang diletakkan oleh Umno-BN bagi menjustifikasikan amalan perkauman, kelemahan pentadbiran dan kezaliman Umno selama ini.

"Ini berbeza dengan Pakatan Rakyat, khususnya PKR yang jelas merupakan parti pelbagai kaum, diasaskan dan terus berjuang untuk menambah kecekapan pentadbiran serta tidak tunduk kepada sebarang tekanan daripada kezaliman Umno-BN selama ini," tegasnya.

Menurut Shamsul, pemilihan Presiden PKR, Dr Wan Azizah menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon dibuat berdasarkan pengalaman beliau sebagai ahli parlimen, berpendidikan dan teruji dalam menggalas perjuangan rakyat.

Beliau menambah, usaha menggagalkan pencalonan Anwar di Kajang melalui mahkamah secara tergesa-gesa sangat janggal sehingga dikritik badan-badan antarabangsa.

"AMK menyeru para pengundi di N25 Dewan Undangan Negeri Kajang untuk memilih Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai satu sokongan untuk reformasi dan penolakan terhadap politik jijik Umno-BN," tegas beliau lagi

No comments:

Post a Comment