Monday, March 17, 2014

BARU UGUT KENA TAMPAR,KJ DAH PANIK



KAJANG: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar agar tidak memperlekehkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Baru kena ugut tampar sudah panik, inikan pula mahu mempelekehkan Wan Azizah Wan Ismail yang sudah hidup susah dan kenal makna sebenar keadilan,” kata Anwar.

Khairy (gambar) diugut untuk ditampar oleh seorang bomoh apabila Ketua Pemuda Umno itu menempelak tindakan bomoh tersebut mengadakan ritual di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk 'mencari' pesawat MH370 yang hilang.

Katanya, Khairy tidak layak berbuat demikian sehinggalah beliau sendiri mengenali erti keadilan dan belajar cara hidup susah tanpa bergantung kepada kemewahan keluarga.

“Khairy... Jangan cakap sombong, kamu belajar dulu hidup susah dulu dan cakap banyak.

“Kalau salah, hukum tak apa, 16 tahun setiap hari dimalukan, sejak 1998 saya setengah mati kena pukul, jangan sombong, ini hari ini kamu menteri, esok belum tentu lagi,” katanya pada ceramah umum di Kampung Baru Sungai Chua, di sini, lapor Sinar Harian.

Anwar mengulas kenyataan Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan yang menggelar Presiden PKR itu sebagai boneka kerana terpaksa menjadi calon 'bidang terjun' di PRK N25 Kajang.

Menurut Anwar, isterinya ialah seorang pelajar cemerlang dan pernah menerima anugerah pingat emas sewaktu melanjutkan pelajaran di luar negara dalam jurusan kedoktoran tanpa sebarang bantuan dan pengaruh keluarga.

“Masa Wan Azizah belajar di Royal College of Surgeons Ireland, dia adalah salah seorang daripada ‘top student’, bukan sebab kouta atau bapa dia kaya dan menteri.
“Bila saya masuk penjara, dia ambil alih tanggungjawab (tuntut keadilan),” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment