Friday, April 18, 2014

SEDEKAH AL FATIHAH KEPADA BUKAN ISLAM : MANA KEBENARANNYA?

Unit Amal mencabar mana - mana pihak yang merasakan ilmu Islamnya adalah lebih baik untuk mengemukakan sebarang ayat Al Quran, dalil mahupun hadis sahih berkaitan larangan menyedekahkan Al Fatihah ke atas orang bukan Islam.

Pemikiran kolot orang Islam hari ini telah menjejaskan dakwah Islamiyah ke atas orang bukan Islam. Orang Islam hari ini terlalu memikirkan soal luaran berbanding dalaman. Ini adalah akibat daripada kepimpinan negara selama 57 tahun kemerdekaan ini dipimpin oleh pemimpin jahiliyah UMNO/BN.

UMNO/BN telah berjaya menghakis kekuatan Islam dalam diri orang Melayu terutamanya hingga mereka memperjuangkan perkara - perkara duniawi semata -mata. UMNO/BN berkeras untuk tidak membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah, dahulu UMNO/BN lah yang menggunakan alasan hukuman HUDUD adalah satu bentuk kezaliman kepada manusia. kecelaruan minda masyarakat hari ini adalah kerana doktrinisasi UMNO/BN ke atas rakyat selama 57 tahun.
 
Berbalik kepada pemergian YB Karpal Singh, Unit Amal masih berpendirian bahawa tiada sebarang kesalahan untuk menyedekahkan Al Fatihah ke atas beliau. Ini menggambarkan ketinggian dan kemulian umat Islam yang menghayati dan memahami Islam sebagai landasan hidupnya.



Ini menyingkap sirah Rasulullah SAW dalam satu hadis ; 

      "Sesungguhnya telah lalu dihadapan Nabi SAW satu jenazah, lalu Baginda bangun  (bagi menghormati). Lalu diberitahu kepada Baginda: "Itu jenazah seorang Yahudi". Baginda bersabda : "Tidakkah ia juga jiwa (insan)?"
RIWAYAT AL BUKHARI & MUSLIM