Saturday, September 20, 2014

#PENGKALANKUBOR : SYAHID DALAM PERJUANGAN ISLAM, USTAZ SAFRIZAL INSAN TERPILIH

Al fatihah atas pemergian seorang syuhadah Islamiyah. Alhamdulillah kerana memilih jalan syahid. Semoga rohnya terus di sisi Allah swt.

Badan Perhubungan PAS Kelantan dan Jawatankuasa Jentera operasi PAS Pilihan raya Dun Pengkalan Kubor mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Sembilan, Ustaz Safrizal Tarmizan dan ibunya yang maut dalam kemalangan jalanraya di Cabang Tiga Sungai San, Kuala Krai.

Manakala isterinya, Nor Izatil Aqmar Mat Lazim, 28, cedera dan anak, Umar Al Fateh, 3 mengalami pendarahan otak.

Jenazah allahyarham dan ibunya dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk 'post-mortem' dan pengurusan yang berkaitan sebelum dibawa pulang ke Seremban.

Penasihat Jentera Operasi PRK N.01 Pengkalan Kubor, Datuk Takiyuddin Hassan, turut melahirkan rasa dukacita di atas apa yang berlaku. 

Mengulas kejadian itu, Takiyuddin berkata pihaknya mendoakan semoga arwah Ustaz Safrizal, 31 dan ibunya diberi rahmat ke atas rohnya serta diberi ganjaran besar oleh Allah. 

“Saya difahamkan ustaz bersama keluarga dan ibunya dari Muktamar PAS Pusat di Johor untuk membantu PRK Pengkalan Kubor, tetapi akhirnya kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 1.00 pagi tadi. 

“Kami di Kelantan dan Pengkalan Kubor berasa sedih di atas kemalangan itu apa lagi kehadirannya untuk memberi semangat dalam perjuangan untuk kemenangan,” ujarnya. 

Serentak dengan itu, beliau menyeru mana-mana petugas yang akan membantu kempen PRK sebaik sahaja selesai muktamar supaya berhati-hati agar tidak berlaku lagi perkara yang tidak diingini. 

“Kami mendoakan kesejahteraan tuan-tuan semua agar selama sampai di Kelantan dan seterusnya ke Pengkalan Kubor juga selamat pulang ke kampung tuan-tuan semua selepas itu. 

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Ustaz Nor Azman Mohamad ketika dihubungi berkata, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sheikh Haji Mohd Said, Seremban.

#PENGKALANKUBOR : BUKTI KETEGASAN ULAMA' PAS

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang nampak marah sangat dengan 'pencuri' dalam Pakatan Rakyat. Pada masa sama menempelak puak penyokong 'pencuri' yang tidur baring dalam PAS. Terkebil - kebil si mamat tu kene sindir dengan Tuan Guru Presiden.

#PENGKALANKUBOR : PAS MESTI MENANG UNTUK ELAK AHMAD YAAKOB DI GANTI?

PRK Pengkalan Kubor semakin hampir ke penghujungnya. Tempoh kempen tinggal kurang dari 4 hari. Nampaknya usaha keras PAS di Pengkalan Kubor menunjukkan peningkatan positif walau pun masa tidak menyebelahi PAS.

Kebanyakkan pemimpin PAS terpaksa berpenat lelah berulang dari Pengkalan Kubor ke Batu Pahat. Desas - desus ada kedengaran, betapa PAS sangat perlu menang di Pengkalan Kubor untuk membuktikan keupayaan sebenar PAS di mata rakan Pakatan. 

Unit Amal merasakan tekanan ini sengaja dihentakkan ke atas PAS ekoran ketidak sseimbangan pendapat kebelakangan ini.

Ada ura - ura persiapan kempen untuk mendesak menteri besar Kelantan, YAB Dato Ahmad Yaakob melepaskan jawatan sekiranya gagal merampas Pengkalan Kubor. Gerakan ini wujud dari dalam PAS sendiri dan akan disokong oleh beberapa pihak luar. Mungkin ini adalah tindakan membalas dendam ke atas suara ulama' yang begitu tegas dalam Muktamar baru-baru ini. Ada rasa ketidak selesaan terhadap suara dan teguran para ulama' PAS. Maka Ahmad Yaakob adalah 'korban' yang paling ideal untuk dijadikan bahan ugutan pihak tertentu terhadap kepimpinan ulama'.

Unit Amal percaya gerakan ini adalah gerakan yang sangat halus dan licik, dan mungkin ramai kalangan penyokong PAS tidak menyedarinya. Maka Unit Amal mengajak agar penyokong PAS meneliti sehalus - halusnya sebarang usaha menjatuhkan kepimpinan ulama' ini. Mereka bukan tidak sayang kepada ulama' tetapi mereka lebih terpedaya dengan kerakusan mendapatkan kuasa.

Sebagai penyokong tegar PAS, Unit Amal akan menyampaikan kepada rakan - rakan lain akan sentiasa mempertahankan kepimpinan ulama' dalam PAS. Tanpa ulama' PAS tidak akan ke mana. Cukup-cukuplah menjadi boneka orang lain.

Bagi menggagalkan usaha ini tidak lain tidak bukan adalah mencapai kemenangan di Pengkalan Kubor. In sha Allah, Allah swt akan merahmati perjuangan Islam ini. Takbir! Allahu'akbar!

Tuesday, September 16, 2014

#PENGKALANKUBOR : USTAZ UMNO USTAZ JADIAN!

Ibarat serigala jadian, apabila lapar darah ia akan bertukar menjadi serigala, mencari mangsa sama ada muda atau tua, lelaki atau perempuan, dewasa atau kanak-kanak, miskin dan kaya semuanya akan menjadi mangsa kepada kerakusan serigala jadian yang laparkan darah dan daging manusia.


Begitu sinonimnya calon UMNO dengan perumpamaan di atas. Unit Amal menyifatkan calon UMNO Mat Razi Mat Ail yang tiba-tiba menggunakan title 'Ustaz' adalah semata - mata untuk menipu dan mengaburi mata pengundi di Pengkalan Kubor. Mana kelulusan bidang agama calon UMNO ini yang membolehkan dia di panggil 'Ustaz'? Atau cop 'Ustaz' di dahinya adalah untuk menang PRK Pengkalan Kubor seterusnya terus memerah keringat rakyat untuk membolot hasil mahsul yang kaya di Pengkalan Kubor. Atau panggilan 'Ustaz' itu akan menutup segala keburukan calon UMNO dan ahli UMNO di Kelantan ini yang jelas kaya-raya dan terlibat dalam beberapa siri 'rompakan' harta rakyat.

UMNO telah mencacatkan dan mencalarkan imej para ustaz bukan sahaja di Kelantan malah di seluruh Malaysia dan dunia Islam. Apakah seorang 'Ustaz' sanggup menzalimi rakyatnya? Sepatutnya tidak, tetapi 'Ustaz' jadian UMNO inilah yang akan memberi gambaran salah kepada mata umum dan menimbulkan persepsi buruk terhadap Islam dan para ustaznya.

Kalau bukan ustaz, jangan cuba-cuba menggelarkan diri kamu ustaz. Jika kamu lakukan juga, sesungguhnya azab Allah swt itu amat berat ke atas kamu. Bahkan azab itu mungkin juga mengheret rakyat yang memilih kamu sebagai pemimpin!

Monday, September 15, 2014

#PENGKALANKUBOR : UMNO BAWA HIBURAN, PAS BAWA SUARA RAKYAT

Kempen PRK Pengkalan Kubor semakin panas dan membara. UMNO kelihatan ketandusan isu dan masih tergapai – gapai mencari helah memikat hati pengundi. Sebaliknya PAS kekal konsisten membawa suara rakyat bukan sahaja untuk penduduk Pengkalan Kubor tetapi suara rakyat Kelantan dan seluruh negara. 

UMNO yang tandus itu sekadar mampu membawa hiburan semata – mata kepada penduduk di Pengkalan Kubor. UMNO melaburkan untuk membayar pasukan dikir barat bagi menawan hati rakyat. Pendekatan hiburan ini nampaknya mampu mengumpulkan orang di markas UMNO tetapi rakyat bukanlah bodoh untuk dikaburi dengan hiburan semata – mata. Unit Amal yang merayau sekitar DUN Pengkalan Kubor dan mendekati masyarakat mendapati penolakan rakyat terhadap UMNO sangat tinggi. Mereka hadir bukan untuk UMNO tetapi untuk dikir barat. Dua perkara yang berbeza. Ini terbukti penonton hanya menyambut nyanyian pendikir tetapi tidak kepada jeritan penceramah UMNO.

PAS pula semakin kehadapan membawa isu rakyat. Misi menjelaskan kepada rakyat tentang pengkhianatan UMNO terhadap rakyat negeri Kelantan. PAS konsisten membantu rakyat walau pun di dapati segelintir masyarakat di Pengkalan Kubor masih belum menerima PAS. Ini kerana, selama ini PAS tidak berada di hati rakyat kerana selama ini juga PKR yang mewakili Pakatan Rakyat di Pengkalan Kubor.

Walau bagaimanapun, jentera PAS yakin menawan beberapa peti undi seperti Jubakar Darat dan Simpangan. Usaha dan konsistensi PAS mula membuka mata rakyat. Mula memikat hati rakyat. 

Dalam beberapa siri dari rumah ke rumah, Unit Amal dapati pengundi kecewa dengan khidmat wakil PKR di Pengkalan Kubor. Suara mereka tidak pernah diendahkan, kesusahan mereka tidak pernah ada yang datang membantu. Maka hari ini, mereka sangat mengagumi PAS yang begitu prihatin terhadap nasib rakyat. Ada beberapa pengundi yang sudah pun membuat keputusan untuk beralih arah kepada PAS kali ini. Pengundi sudah lama mengidamkan khidmat PAS di Pengkalan Kubor. 

Berdasarkan respon positif ini, jentera PAS akan bertambah bersemangat memikat hati pengundi. Jenetra PAS juga akan kekal mendominasi ‘permainan’ kali ini. Kelebihan hanya berada di pihak PAS. 25 September 2014, Pengkalan Kubor akan menjadi kubor UMNO. Unit Amal cadangkan agar cepat-cepat lah UMNO menggali kuburnya di sebelah perkuburan Noor Zahidi. Pengkalan Kubor, kubur Zahidi, kubur UMNO.

KELANTAN ISYTIHAR 25 SEPTEMBER CUTI PERISTIWA

KUALA LUMPUR: "Saya sebagai ketua kerajaan yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat mengisytiharkan bahawa tarikh 25 September 2014 sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh negeri Kelantan Darulnaim," kata Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. 

Ini, katanya kerana rakyat di negeri Kelantan yang menetap di Pengkalan Kubor, Tumpat akan membuat pemilihan calon wakil rakyat pada pilihan raya kecil N.01 Pengkalan Kubor yang akan berlangsung pada hari Khamis 30 Zulkaedah 1435 bersamaan 25 September 2014. 

"Harapan saya agar proses pengundian pada hari tersebut berjalan dengan lancar dan aman tanpa ada sebarang unsur memanipulasi undi," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, undi hari bekerja sememangnya menyulitkan pergerakan rakyat yang sepatutnya kerajaan persekutuan melihat kepada kesukaran-kesukaran yang bakal dilalui oleh kakitangan awam dan swasta. 

Justeru, beliau mengisytiharkan cuti peristiwa itu setelah menghalusi dan mempertimbangkan kesukaran yang bakal dihadapi rakyat pada hari pembuangan undi kerana hari tersebut adalah hari bekerja, maka pihak kerajaan amat menaruh simpati kepada para pengundi dan anggota keluarga yang terlibat.

"Semoga Allah mempermudahkan segala urusan pembuangan undi pada hari tersebut," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 15/9/2014

Sunday, September 14, 2014

#PENGKALANKUBOR : KJ AKUI UMNO TINDAS RAKYAT KELANTAN

Akhirnya Khairy Jamaluddin mengakui bahawa UMNO/BN selama ini menindas rakyat Kelantan melalui pembayaran royalty.

KJ dalam ucapannya semasa perasmian program FitMalaysia di Padang Pahlawan Melaka mengakui perkara itu semasa ditanya pemberita berkenaan strategi dan tumpuan Pemuda UMNO di Pengkalan Kubor. Kenyataan itu disiarkan sendiri oleh akhbar pro UMNO iaitu UtusanOline.

Maka dengan penjelasan dan pengakuan ini, jelaslah rakyat Pengkalan Kubor seharusnya menjadi wakil kepada seluruh rakyat Kelantan agar menolak calon UMNO dalam PRK Pengkalan Kubor ini. Isyarat penting ini perlu agar UMNO berhenti menindas rakyat Kelantan.

Dalam perkembangan lain, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim berjanji akan mengatasi masalah banjir di DUN Pengkalan Kubor jika dipilih sebagai wakil rakyat.

Menurut beliau, kerajaan negeri pimpinan PAS akan memastikan masalah banjir ini dapat di selesaikan segera menjelang musim tengkujuh pada hujung tahun ini. Kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan khas dalam sidang bajet negeri pada bulan November ini.

#PENGKALANKUBOR : PENGUNDI MESTI UNDI PAS UNTUK DESAK UMNO/BN SERAH ROYALTI

Penundi di N01 Pengkalan Kubor mesti mengundi PAS kali ini sebagai menhantar isyarat kepada Umno supaya menyerahkan semula wang royalti kepada kerajaan PAS Kelantan.

Umno telah mengkhianati rakyat Kelantan dengan memungkiri perjanjian 1975 di bawah Akta Petroleum. Mengikut perjanjian tersebut Petronas mesti menyerahkan 5% royalti kepada kerajaan Kelantan bukan kepada mana - mana agensi yang di lantik atau ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan. Sebaliknya di Kelantan Umno menubuhkan JPP dan menyerahkan urusan pengagihan wang ehsan kepada rakyat. Ini bermakna rakyat Kelantan di rompak 2 kali oleh Umno.

Wajib kepada pengundi Pengkalan Kubor mengundi PAS sebagai membalas dendam di atas kejahatan Umno terhadap rakyat. Umno mesti dihukum di dunia dan di akhirat.

Unit Amal menyeru seluruh pengundi Pengkalan Kubor menyokong kepimpinan Islam yang di bawa oleh para ulamak mabrur PAS.

PAS amat terdesak kini untuk merampas semula Pengkalan Kubor demi menguatkan jemaah di Kelantan seterusnya membawa suara rakyat ke Parlimen.



Saturday, September 13, 2014

#PENGKALANKUBOR: CALON PAS TIDAK GENTAR

Ramai penyokong PAS menyatakan kebimbangan menghadapi calonBN yang bergelar "Ustaz".


Calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim sedikit pun tidak tergugat dengan gelaran calon BN tersebut. Malah beliau lebih yakin bahawa pengundi Pengkalan Kubor yang sudah muak dengan BN akan beralih arah kepada PAS kali ini. 

Beliau turut menyatakan, pengundi begitu tidak sabar menunggu tarikh 25 September ini untuk menyerahkan semula Pengkalan Kubor kepada PAS.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tahap sokongan pengundi pada kali ini. Pertama, pengundi Pengkalan Kubor telah merasakan kerugian apabila mengundi BN selama ini kerana telah menjadi anak tiri kepimpinan negeri serta mereka faham mereka perlu mengundi PAS kali ini untuk mendapat manfaat peruntukkan kemajuan negeri yang dipimpin PAS.

Kedua, pengundi merasakan mereka perlu menghantar isyarat kepada kerajaan Persekutuan untuk mengembalikan royalti minyak kepada kerajaan negeri. Hanya dengan mengundi calon PAS akan menguatkan lagi desakan kepada kerajaan pusat.

Ketiga, mengundi Wan Rosdi kali ini akan membolehkan Pengkalan Kubor dimajukan dengan lebih pesat sebagai pusat perdagangan bebas dan memberi manfaat ekonomi kepada penduduk setempat.

   

Friday, September 12, 2014

#PENGKALANKUBOR : MASYARAKAT SIAM TUMPAT SOKONG PAS

Masyarakat Siam di Pengkalan Kubor menyatakan sokongan penuh terhadap calon PAS bagi Pilihanraya Kecil N01 Pengkalan Kubor. Sokongan tidak berbelah bahagi itu dapat ditunjukkan dengan kehadiran lebih 2,500 orang masyarakat siam dalam program Jalinan Mesra YAB Menteri Besar Kelantan & YB Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Aziz dengan Sami - Sami dan Masyarakat Siam Kg Jubakar Darat.

Rata - rata masyarakat siam yang ditemui menyatakan kebanggaan dan penghormatan tinggi terhadap Tuan Guru Nik Aziz dan menyatakan akan mengundi calon PAS dalam PRK Pengkalan Kubor pada 25 September ini.

Sokongan masyarakat siam kepada PAS pasti akan menyebabkan Umno/BN goyang dan goyah kerana selama ini masyarakat siam memberi kepercayaan kepada BN tetapi undi mereka kelihatan sia-sia belaka kerana sering dianaktirikan oleh Umno Kelantan.

Dalam program ini juga, Menteri Besar Kelantan mengumumkan akan menyalurkan bantuan kepada seluruh wat dan rumah berhala di Kelantan. Kerajaan Kelantan akan memastikan semua rumah ibadat mendapat layanan sama rata seperti masjid - masjid di Kelantan.


PAS Kelantan melalui Menteri Besar dan Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Aziz juga sempat menyampaikan hamper kepada warga emas pengundi Pengkalan Kubor. 

Turut hadir dalam program tersebut ialah YB Kamaruddin Jaafar dan YB Dr Hatta Ramli.

#PENGKALANKUBOR : USTAZ WAN ROSDI WAN IBRAHIM CALON PAS

Ahli PAS yang dipilih mewakili parti bagi menawan semula DUN Pengkalan Kubor pada 25 September ini adalah anak tempatan yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan selain aktif bersama PAS kawasan Tumpat.

Beliau adalah saudara Wan rosdi B Wan Ibrahim yang merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dalam bidang pembinaan. Mempunyai latar belakang agama yang sangat baik serta bersikap peramah dan mesra rakyat. Pencalonan beliau adalah pilihan tepat berbanding calon Umno/BN yang langsung tidak punya nama di Pengkalan Kubor.

Berikut adalah biodata ringkas tentang calon PAS bagi PRK Pengkalan Kubor.

Nama   :  Wan Rosdi Wan Ibrahim
No K/P:  571001-02-5891
Umur   :  57 Tahun
Alamat :  Lot 2095 Kampung Bendang Pak Yong, 16200 Tumpat, Kelantan.
Isteri    :  Saadiah Salleh  (Ketua Muslimat PAS Kawasan Tumpat  (Meninggal dunia pada 14 Julai 2013)
Anak     :  5 Orang
Anak kepada Bekas Ketua Muslimat PAS Tanah Merah Kelantan, (Wan Esah Binti Hj Wan Deris)

Pendidikan Awal: Sekolah Kebangsaan Tanah Merah
Peringkat Menengah:  Sek Men Agama Arab Al Ihsan, Tanah Merah sehingga peringkat SRP
Sek Men Agama Arab, Pasir Mas sehingga SPM.
Peringkat Tertinggi:  IKM Sungai Petani, Kedah dalam Binaan Bangunan (1978-1980).

Pengalaman Peringkat Parti.
Tahun 1991  Dilantik Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Kawasan Tumpat.
Tahun 1997  Dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Tumpat.
Berpengalaman  sebagai Setiausaha kpd Arwah YB Wan Hussin Hj Wan Ahmad.
Penolong Setiausaha PAS Kawasan Tumpat. Setiausaha Penerangan PAS Kawasan Tumpat. Setiausaha
Pasti Kawasan Tumpat.

Diperingkat Kerajaan. Penyelia Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubur (2009 hingga sekarang).
2013  Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Perkayuan Kelantan Bhd.

Pengalaman Pekerjaan: Kontraktor binaan.

Monday, September 8, 2014

PAS JADI MB : PERKARA PERTAMA TUTUP KILANG ARAK!

Kemelut pemilihan menteri besar Selangor belum pun menampakkan pengakhirannya. Sehingga hari ini hanya PAS sahaja yang akur dengan titah DYMM Tuanku Sultan Sharifuddin Shah, yang lain nampaknya seperti mahu bermain dengan api.

Yang jelas nyata sekarang adalah perpecahan dan perbalahan! Seperti tidak lagi mampu mencari persepakatan. PAS semakin diherdik dan dicerca oleh 'sahabat'.

Walau bagaimanapun, Unit Amal menjangkakan keputusan istana adalah melantik menteri besar berdasarkan senarai nama yang di hantar oleh PAS. Ini kerana, hanya PAS yang menjunjung titah Tuanku Sultan. Senarai dari DAP dan PKR mungkin ditongsampahkan.

Unit Amal tertarik untuk mengupas andai kata benar ramalan ini, apakah perkara pertama yang mesti menteri besar PAS lakukan?

Sebagai seorang Muslim yang menjadi rakyat di Selangor, dan sebagai memenuhi janji lama yang tidak terkota lagi ialah menutup terus kilang arak di Shah Alam, Selangor. Jika ini dapat dilakukan, percayalah Allah swt akan memberkati pemerintahan baru dari menteri besar PAS. Jangan takut dengan persoalan duniawi kerana tanggungjawab ini akan mendapat balasan di akhirat kelak. 


Menutup kilang arak tersebut adalah WAJIB dan MESTI! Ia juga menjadi fardu kifayah apabila kuasa menteri besar itu menyelamatkan keseluruhan ummah bukan sahaja di Selangor tetapi di seluruh bumi Malaysia.

Inilah antara 'HUTANG' PAS kepada rakyat dan juga tanggungjawab kepada Islam. Percayalah PAS akan mendapat semula sokongan Islam jika ini boleh dilaksanakan. Inilah kebangkitan sebenar Islam.

Jumaat ini akan menetnukan masa depan negeri Selangor.

UNIT AMAL: PERLUKAH KITA BERI PENGAJARAN KEPADA NYONYA KOMUNIS INI?

Unit Amal berasa sangat tercabar dengan kenyataan beberapa pemimpin DAP yang secara terbuka mengkritik dan menjatuhkan maruah pimpinan PAS melalui kenyataan di Facebook dan Twitter.

Hari ini sahaja Pengerusi Wanita DAP, Chong Eng mengeluarkan kenyataan menyokong Dr Wan Azizah untuk menjadi Menteri Besar. Itu Unit Amal tak peduli. Tetapi kenyataan para pertama yang menghentam Presiden PAS adalah sesuatu yang tidak patut. Siapa Chong Eng untuk membidas Tuan Guru Hj Hadi? Jangan KURANG AJAR!!  
Serangan berkumpulan ini berterusan dengan diikuti oleh Teo Nie Ching yang melalui akaun twitternya menyindir Dato Dr Harun Din. Kenyataan biadap ahli DAP ini tidak ada bezanya dengan tindakan komunis yang suka menyiram minyak ke dalam api untuk menyemarakkan lagi api perpecahan. Ini memang modus operandi KOMUNIS.

 Perlu diingat, Pakatan Rakyat hanya kelihatan kuat dengan adanya PAS. Melayu mengundi wakil rakyat DAP hanya kerana adanya PAS dalam Pakatan. 

Unit Amal tidak hairan apabila DAP mula mempunyai hidung tinggi kerana mereka kini ada ahli Melayu sendiri. Barang diingat, melayu yang menyokong kamu hari ini kerana faktor kewangan bukan kerana mereka benar-benar berminat dengan DAP, manakala DAP pula sanggup berbelanja besar hanya untuk mewujudkan keahlian melayunya. DAP merasakan mereka sudah cukup kuat sekarang kerana anak muda Melayu?

DAP juga harus mengambil iktibar bahawa kekuatan jentera PAS yang terdiri dari kalangan Unit Amal dan Muslimah PAS akan pasti terguris kerana tindak tanduk pimpinan DAP ini. Jangan terkejut jika Lim Kit Siang tewas di Gelang Patah nanti kerana peralihan sokongan PAS dan Melayu di kawasan tersebut.

DAP jangan terlalu menunjukkan sikap komunis kamu itu, belajar menerima untuk tinggal di Malaysia yang ramainya adalah orang Melayu beragama Islam!

Sunday, September 7, 2014

PASMA: ADA MOTIF JAHAT?

Kewujudan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) di kalangan wakil rakyat dan ahli PAS nampaknya seperti 'ada udang disebalik batu'. Kewujudannya yang muncul di sebalik kemelut dalaman antara PAS dengan Pakatan Rakyat nampaknya seperti mahu menangguk di air keroh demi mencapai matlamat tertentu oleh pemimpin tertentu sama ada dalam PAS sendiri atau dalam Pakatan Rakyat. 

Unit Amal merasakan penubuhan Pasma ini adalah tidak wajar sama sekali dan bukanlah pada waktu yang sesuai. Jika di tanya dari lubok hati Unit Amal, Unit amal merasakan tindakan mewujudkan satu entiti lain di kala berlaku perselisihan pandangan adalah tindakan yang mengugut dan bacul dari kalangan pemimpin.

Tidak dapat dinafikan lagi, retak yang sudah terbelah ini tidak lagi dapat diperbaiki. Tatkala para pemimpin khususnya ulama' PAS mengambil jalan untuk menegakkan yang hak, ada kalangan pemimpin PAS sendiri yang seolah - olah terlupa kepada prinsip perjuangan parti yang berlandaskan Islam ini. Mereka seolah - olah lebih mendengar cakap orang luar dalam menentukan hala tuju perjuangan PAS.

Dalam satu sudut yang berbeza, Unit Amal amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan petunjuk kepada perjuangan PAS. Allah swt telah menunjukkan kepada kepimpinan ulama' bahawa terdapat parasit - parasit yang selama ini merosakkan PAS. Dan krisis MB Selangor ini telah menonjolkan rupa sebenar parasit tersebut.

Kepada seluruh saf kepimpinan PAS yang masih teguh di belakang kepimpinan ulama', Unit Amal harap kita tidak terpedaya dek pujukan wang ringgit dan jawatan kerana kita harus ingat jalan perjuangan kita adalah syurga yang dijanjikan Allah swt.

Kepada pendukung dan pencinta kesejahteraan ummah, marilah bersama - sama kembali dan menegakan yang hak dan menghapuskan kebatilan. Usah terpedaya dengan pujukan duniawi.

Jangan biarkan titik hitam dosa itu bercambah dalam hati mu, masih ada jalan dan ruang untuk kita menegakan agama Allah swt di bumi Malaysia ini. Kepimpinan PAS adalah kepimpinan ulama' dan ulama' adalah waris Rasulullah saw.