Monday, March 17, 2014

PRK KAJANG : SOKONGAN PENGUNDI MELAYU KEPADA PR MENINGKAT

KAJANG: Sokongan pengundi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PKR) Dun Kajang telah menunjukkan peningkatan jika dibandingkan pada pilihanraya umum yang lalu.

Timbalan Pengarah PRK PKR Dun Kajang, Zuraida Kamaruddin, angka peningkatan selepas seminggu tempoh berkempen telah mencecah 45 peratus.

"Sokongan pengundi Melayu sehingga semalam telah mencecah 45 peratus, bagi pengundi Cina pula sebanyak 75 peratus dan India dalam 55 peratus.

"Sasaran kita adalah untuk terus meningkatkan sokong, kita akan teruskan gerak kerja bagi mencapai sasaran tersebut," jelas belia pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR, di sini.

Zuraida turut memberitahu, bagi sokongan keseluruhan sebanyak 65 peratus memihak kepada PKR, manakala 15 peratus masih kepada Barisan Nasional (BN).

"Baki 20 peratus lagi itu adalah 10 peratus masih ragu dan 10 peratus lagi kita akan hubungi untuk mengetahui kedudukan sebenar sokongan mereka," jelas beliau.

Beliau yang menyatakan PKR telah meletakkan sasaran 60 peratus kepada pengundi Melayu sehingga akhir tempoh berkempen.

"Konsep kempen yang sangat berbeza pada PRK kali ini, gerak kerja yang lebih kemas dalam mendekati pengundi serta menyampaikan maklumat.

"Saya pasti sasaran kita itu akan tercapai pada hari terakhir tempoh berkempen ini," katanya lagi.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mewakili Pakatan Rakyat pada PRK Kajang pada 23 Mac ini.

No comments:

Post a Comment