Wednesday, July 22, 2015

IKUTLAH NASIHAT MUSTAFA ALI

Unit Amal rasa nak tergelak bila terbaca kenyataan bekas Setiusaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dalam Sinar Harian hari ini.


Mustafa Ali yang kalah dalam penilihan yang baru ini antara calon yang kalah tetapi masih kekal dengan PAS. Mustafa Ali tidak ikut sama keluar bahtera, mungkin takut termakan sumpah bai'ah. Tak sanggup hilang isteri kesayangannya. 

Mustafa menasihatkan ahli PAS yang menubuhkan parti baru Harapan Baru atau Gerakan Harapan Baru agar tidak terperangkap dek permainan politik DAP.

Mungkin belajar dari pengalamannya yang terjerumus dalam perangkap DAP sebelum ini mengajar Mustafa agar sentiasa berhati-hati dengan DAP.

Dalam kalangan ahli PAS, ramai yang tahu kisah hitam yang memalukan Musatafa sebelum PRU 13 dulu. Telanjang bulat Mustafa terkena dek DAP kerana gagalnya misi Mustafa memujuk Tuan Guru Hj Hadi menarik keluar pelaksanaan Hudud dalam agenda perjuangan PAS.

Kepada Abang Mat dan sekalian parasit, unit amal cadangkan berambus lah terus dari PAS, jangan kembali lagi. Kerusi anda kami tidak perlukan, percaya dan redha dengan ketentuan Ilahi mahukan PAS lebih bersih dan tulus atas perjuangan menegakkan Islam di bumi Malaysia.

Bersetubuhlah kamu semua dengan DAP dan PKR yang terang lagi bersuluh menolak agenda Islam. 

PAS akan terus konsisten memerangi UMNO/BN dan kini PAS komited menjahanamkan  watak-watak Dajjal PKR, DAP dan Harapan Baru.