Sunday, August 10, 2014

6 SEBAB KHALID IBRAHIM PERLU KEKAL MB SELANGOR

Maklumat ini Unit Amal kongsikan dari kutipan dan cerita - cerita kedai kopi berkaitan isu pemecatan Tan Sri Khalid sebagai ahli PKR dan usaha menyingkirkan beliau dari tampuk pimpinan negeri.

1. Ahli dan penyokong PKR harus berterima kasih terhadap Tan Sri Khalid kerana beliau telah berjaya menyelamatkan premis Ibupejabat PKR dari dilelong oleh pihak bank, yang mana PKR telah menandatangani perjanjian sewaan bangunan 5 tingkat Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya dengan bayaran sewa bulanan sebanyak RM 20,000 sebulan. Namun begitu, tunggakan yang mencecah jumlah RM 600,000 setakat JUN 2011, pihak Affin Bank bertindak untuk melelong bangunan tersebut. Maka datang seorang individu (bukan Wan azizah, bukan Azmin Ali, bukan Nurul Izzah malah bukan Anwar Ibrahim) telah memberi SUMBANGAN PERIBADI dan menyelematkan ibu pejabat PKR dari dilelong pada harga RM 4.6 juta. Individu itu adalah KHALID IBRAHIM!

2. Sekali lagi individu bernama KHALID IBRAHIM menyelamatkan pula ibu pejabat PKR Selangor yang juga akan dilelong kerana kegagalan  urus tadbir kewangan PKR negeri Selangor. Pada waktu itu, tiada pula muka seperti Rafizi Ramli, Khalid Samad mahupun Saifuddin Nasution datang membantu dan menyelesaikan masalah tersebut. Semuanya di atas batu jemala KHALID IBRAHIM!

3. Tan Sri Khalid Ibrahim dalam diam tanpa diketahui oleh ramai ahli PKR mahupun PR telah mengeluarkan wang sakunya sendiri untuk membiayai kos guaman serta makan minum para demonstran yang ditahan pihak berkuasa. Adakah Hanipa Maidin tahu ini? Adakah Tian Chua tahu ini? Adakah Zuraida tahu ini? Mungkin mereka tahu, tapi kerana ketamakan kuasa mereka diamkan sahaja.

4. Dalam menghadapi PRU 12 & 13 serta PRN Sarawak serta beberapa pilihanraya kecil di Semenanjung Tan Sri Khalid Ibrahim telah berbelanja tidak kurang dari RM 6 juta yang mana duit itu adalah duit persendirian beliau. Apabila ada insan rakus dalam PKR yang mahukan jawatan TSKI, maka beliau dituduh dengan pelbagai penyelewengan pentadbiran. Anwar Ibrahim pasti tahu ini, tetapi ini tidak akan disebut dalam mesyuarat Lembaga Disiplin PKR yang diketuai oleh Tan Kwee Kwong.

5. PKR tidak pernah mengumumkan kos perbelanjaan bagi mengadakan Mesyuarat Agung serta Kongres PKR dari tahun 2006 hingga 2013. Percayakah anda selama tempoh itu sumbangan peribadi TSKI sahaja adalah RM 1.5 juta! Sumbangan ini melibatkan kos bagi mengadakan konvensyen peringkat kebangsaan dan peringkat negeri Selangor. Adakah Tony Pua tahu? beranikah Rafizi menyalak di jalanan dengan fakta ini?

6. Dan terakhir, PKR dan PR teramat bangga mempunyai BAS & TRELLER Transformers untuk program Jelajah Rakyat! Dari manakah datangnya sebahagian peruntukan kewangan bagi mengadakan 'kehebatan' yang digeruni oleh pihak lawan itu? Ramai yang tidak mengetahui bahawa Si gagap KHALID IBRAHIM itu telah menyumbang lebih kurang RM600,000 untuk tujuan pengubahsuaian dan kos selenggaraan kenderaan tersebut. Siapakah dalam PKR hari ini yang berani dan mempunyai telor untuk menyatakan kebenaran ini? TIADA, kerana semuanya "mahukan" Wan Azizah sebagai MB kerana itu "kemahuan" Anwar Ibrahim.

Menulis kerana kebenaran, kebenaran itu pahit, pahit itu ubat, ubat itu menyembuhkan! Janganlah kita lupa pada yang berjasa. Kalaupun kita mahu singkirkan dia, buatlah cara terhormat jangan dimalukan dan diada - adakan keaibannya.