Monday, March 24, 2014

MEI FUN LAGI TERUK DARI LEE BAN SENG

KUALA LUMPUR: Bukan sahaja majoriti calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada PRK Kajang merosot tetapi undi yang diperolehi oleh calon BN daripada MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun pun turut berkurangan malah lebih teruk daripada Lee Ban Seng .

Justeru, blogger Idaman mempersoalkan kenapa tidak ditulis jumlah undi yang didapati oleh calon BN daripada MCA dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lepas berbanding dengan PRK kajang.


Pada PRU13 yang lepas, calon BN dari MCA memperolehi sebanyak 12,747 undi sementara pada PRK Kajang pula mendapat hanya 11,362 undi iaitu berkurangan sebanyak 1,385 Undi.

Bagaimanapun, peti undi di kawasan majoriti Melayu di mana pada PRU13 telah dimenangi oleh calon BN dari MCA iaitu Sungai Sekamat dan Taman Delima, kedua-dua peti undi tersebut pada PRK kali ini telah dimenangi oleh calon PKR.

Begitu juga dengan saluran 4, 5 dan 6 di semua daerah mengundi telah dimenangi oleh PKR berbanding PRU13 lepas.

PKR hanya menang saluran 4,5 dan 6 pada PRU13 di kawasan Cina dan India, tetapi kali ini telah menang bergaya di kawasan pengundi majoriti Melayu.

Pada PRK semalam, Dr Wan Azizah memenangi kerusi Dun Kajang dengan majoriti 5,379 undi. Beliau meraih 16,741 undi manakala calon BN memperolehi 11,362.

Peratusan keluar mengundi pada PRK Dun Kajang merosot kepada 72 peratus atau 28,314 pengundi berbanding 34,290 pada PRU13 lalu.