Monday, June 1, 2015

#MUKTAMARPAS : APA TUJUAN NIK ABDUH JUMPA KU NAN?

Mukatamar PAS bakal menjelang, pemilihan semakin panas, calon-calon berkempen mahu menang, pelbagai ragam pelbagai karenah.

Sungguh memeranjatkan calon feveret Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz bertemu dengan Setiausaha Agung Umno, Ku Nan.

Pertemuan tertutup dan rahsia ini nampaknya berjaya dihidu oleh kami ahli peringkat bawahan. Mungkin Nik Abduh boleh memberi alasan pertemuan ini adalah pertemuan dan perbincangan biasa antara ahli Parlimen. Mungkin itu alasan yang paling logik ketika ini. Yang memusykilkan kenapa sekarang? Ketika pemilihan Muktamar PAS semakin sampai ke kemuncaknya. Apakah Nik Abduh membincang sesuatu yang lebih besar selepas muktamar ini? Semuanya masih teka-teki dan menjadi rahsia Nik Abduh.

Atau mungkin juga Nik Abduh bertemu dengan Ku Nan untuk menjelaskan dan menambah kefahaman Ku Nan berkenaan hudud kerana kita sedia maklum Ku Nan adalah antara orang yang kuat mempertikaikan hudud sebelum ini. Kalau itu, baguslah niat baik Nik Abduh itu.

Pertemuan serba rahsia ini menimbulkan persepsi negatif di kalangan ahli PAS dan semestinya kami tidak mahu pemimpin muda seperti Nik Abduh terpedaya dengan tipu helah politik Umno.

Menjelang beberapa hari terakhir ini, Nik Abduh patut menjelaskan niat sebenar pertemuan dengan Ku Nan.