Tuesday, September 16, 2014

#PENGKALANKUBOR : USTAZ UMNO USTAZ JADIAN!

Ibarat serigala jadian, apabila lapar darah ia akan bertukar menjadi serigala, mencari mangsa sama ada muda atau tua, lelaki atau perempuan, dewasa atau kanak-kanak, miskin dan kaya semuanya akan menjadi mangsa kepada kerakusan serigala jadian yang laparkan darah dan daging manusia.


Begitu sinonimnya calon UMNO dengan perumpamaan di atas. Unit Amal menyifatkan calon UMNO Mat Razi Mat Ail yang tiba-tiba menggunakan title 'Ustaz' adalah semata - mata untuk menipu dan mengaburi mata pengundi di Pengkalan Kubor. Mana kelulusan bidang agama calon UMNO ini yang membolehkan dia di panggil 'Ustaz'? Atau cop 'Ustaz' di dahinya adalah untuk menang PRK Pengkalan Kubor seterusnya terus memerah keringat rakyat untuk membolot hasil mahsul yang kaya di Pengkalan Kubor. Atau panggilan 'Ustaz' itu akan menutup segala keburukan calon UMNO dan ahli UMNO di Kelantan ini yang jelas kaya-raya dan terlibat dalam beberapa siri 'rompakan' harta rakyat.

UMNO telah mencacatkan dan mencalarkan imej para ustaz bukan sahaja di Kelantan malah di seluruh Malaysia dan dunia Islam. Apakah seorang 'Ustaz' sanggup menzalimi rakyatnya? Sepatutnya tidak, tetapi 'Ustaz' jadian UMNO inilah yang akan memberi gambaran salah kepada mata umum dan menimbulkan persepsi buruk terhadap Islam dan para ustaznya.

Kalau bukan ustaz, jangan cuba-cuba menggelarkan diri kamu ustaz. Jika kamu lakukan juga, sesungguhnya azab Allah swt itu amat berat ke atas kamu. Bahkan azab itu mungkin juga mengheret rakyat yang memilih kamu sebagai pemimpin!