Monday, September 15, 2014

#PENGKALANKUBOR : UMNO BAWA HIBURAN, PAS BAWA SUARA RAKYAT

Kempen PRK Pengkalan Kubor semakin panas dan membara. UMNO kelihatan ketandusan isu dan masih tergapai – gapai mencari helah memikat hati pengundi. Sebaliknya PAS kekal konsisten membawa suara rakyat bukan sahaja untuk penduduk Pengkalan Kubor tetapi suara rakyat Kelantan dan seluruh negara. 

UMNO yang tandus itu sekadar mampu membawa hiburan semata – mata kepada penduduk di Pengkalan Kubor. UMNO melaburkan untuk membayar pasukan dikir barat bagi menawan hati rakyat. Pendekatan hiburan ini nampaknya mampu mengumpulkan orang di markas UMNO tetapi rakyat bukanlah bodoh untuk dikaburi dengan hiburan semata – mata. Unit Amal yang merayau sekitar DUN Pengkalan Kubor dan mendekati masyarakat mendapati penolakan rakyat terhadap UMNO sangat tinggi. Mereka hadir bukan untuk UMNO tetapi untuk dikir barat. Dua perkara yang berbeza. Ini terbukti penonton hanya menyambut nyanyian pendikir tetapi tidak kepada jeritan penceramah UMNO.

PAS pula semakin kehadapan membawa isu rakyat. Misi menjelaskan kepada rakyat tentang pengkhianatan UMNO terhadap rakyat negeri Kelantan. PAS konsisten membantu rakyat walau pun di dapati segelintir masyarakat di Pengkalan Kubor masih belum menerima PAS. Ini kerana, selama ini PAS tidak berada di hati rakyat kerana selama ini juga PKR yang mewakili Pakatan Rakyat di Pengkalan Kubor.

Walau bagaimanapun, jentera PAS yakin menawan beberapa peti undi seperti Jubakar Darat dan Simpangan. Usaha dan konsistensi PAS mula membuka mata rakyat. Mula memikat hati rakyat. 

Dalam beberapa siri dari rumah ke rumah, Unit Amal dapati pengundi kecewa dengan khidmat wakil PKR di Pengkalan Kubor. Suara mereka tidak pernah diendahkan, kesusahan mereka tidak pernah ada yang datang membantu. Maka hari ini, mereka sangat mengagumi PAS yang begitu prihatin terhadap nasib rakyat. Ada beberapa pengundi yang sudah pun membuat keputusan untuk beralih arah kepada PAS kali ini. Pengundi sudah lama mengidamkan khidmat PAS di Pengkalan Kubor. 

Berdasarkan respon positif ini, jentera PAS akan bertambah bersemangat memikat hati pengundi. Jenetra PAS juga akan kekal mendominasi ‘permainan’ kali ini. Kelebihan hanya berada di pihak PAS. 25 September 2014, Pengkalan Kubor akan menjadi kubor UMNO. Unit Amal cadangkan agar cepat-cepat lah UMNO menggali kuburnya di sebelah perkuburan Noor Zahidi. Pengkalan Kubor, kubur Zahidi, kubur UMNO.

No comments:

Post a Comment