Saturday, September 20, 2014

#PENGKALANKUBOR : PAS MESTI MENANG UNTUK ELAK AHMAD YAAKOB DI GANTI?

PRK Pengkalan Kubor semakin hampir ke penghujungnya. Tempoh kempen tinggal kurang dari 4 hari. Nampaknya usaha keras PAS di Pengkalan Kubor menunjukkan peningkatan positif walau pun masa tidak menyebelahi PAS.

Kebanyakkan pemimpin PAS terpaksa berpenat lelah berulang dari Pengkalan Kubor ke Batu Pahat. Desas - desus ada kedengaran, betapa PAS sangat perlu menang di Pengkalan Kubor untuk membuktikan keupayaan sebenar PAS di mata rakan Pakatan. 

Unit Amal merasakan tekanan ini sengaja dihentakkan ke atas PAS ekoran ketidak sseimbangan pendapat kebelakangan ini.

Ada ura - ura persiapan kempen untuk mendesak menteri besar Kelantan, YAB Dato Ahmad Yaakob melepaskan jawatan sekiranya gagal merampas Pengkalan Kubor. Gerakan ini wujud dari dalam PAS sendiri dan akan disokong oleh beberapa pihak luar. Mungkin ini adalah tindakan membalas dendam ke atas suara ulama' yang begitu tegas dalam Muktamar baru-baru ini. Ada rasa ketidak selesaan terhadap suara dan teguran para ulama' PAS. Maka Ahmad Yaakob adalah 'korban' yang paling ideal untuk dijadikan bahan ugutan pihak tertentu terhadap kepimpinan ulama'.

Unit Amal percaya gerakan ini adalah gerakan yang sangat halus dan licik, dan mungkin ramai kalangan penyokong PAS tidak menyedarinya. Maka Unit Amal mengajak agar penyokong PAS meneliti sehalus - halusnya sebarang usaha menjatuhkan kepimpinan ulama' ini. Mereka bukan tidak sayang kepada ulama' tetapi mereka lebih terpedaya dengan kerakusan mendapatkan kuasa.

Sebagai penyokong tegar PAS, Unit Amal akan menyampaikan kepada rakan - rakan lain akan sentiasa mempertahankan kepimpinan ulama' dalam PAS. Tanpa ulama' PAS tidak akan ke mana. Cukup-cukuplah menjadi boneka orang lain.

Bagi menggagalkan usaha ini tidak lain tidak bukan adalah mencapai kemenangan di Pengkalan Kubor. In sha Allah, Allah swt akan merahmati perjuangan Islam ini. Takbir! Allahu'akbar!

No comments:

Post a Comment