Thursday, April 23, 2015

#PRKROMPIN : KALAU MAHU HUDUD, MENANGKAN PAS DI P091 ROMPIN

Pilihanraya Kecil Rompin nampaknya semakin panas, panas dek isu GST dan Hudud.

Unit amal sempat mengikuti ceramah Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohamad Sabu semalam di UPU Sungai Tiong, Tanjung Gemok Rompin.

Mat Sabu dalam pesanannya kepada pengundi Islam Rompin menyatakan bahawa adalah menjadi kewajipan orang Islam menyokong hukum Hudud, dan cara menyokong hukum Allah adalah dengan memberi undi kepada PAS di Rompin.

Memberi undi kepada PAS adalah untuk menambah suara Hudud di parlimen. Ustaz Nazri, calon PAS bagi PRK Rompin kali ini adalah kalangan pemimpin pro ulama’ dan tentulah pro Hudud. Jika PAS gagal di Rompin, jalan untuk melaksanakan Hudud di Kelantan dan Malaysia juga semakin sukar. Bukan sahaja Hudud tetapi juga usaha untuk menekan kezaliman BN dalam isu GST juga akan terbantut.

Sokongan pengundi Rompin sangat diperlukan untuk menjadi isyarat kepada Umno/BN bahawa rakyat semakin dihimpit dan undang-undang bersandarkan Islam perlu ditegakkan di bumi Malaysia ini.


Jentera PAS perlu membuktikan bahawa tanpa PKR dan DAP, PAS masih boleh berdiri dengan megahnya merobek dan meruntuhkan kubu kuat BN. Kejayaan PAS bukan semata-mata sokongan PKR dan DAP, kejayaan PAS akan membuka mata PKR dan DAP bahawa PAS adalah tunjang kekuatan Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment