Wednesday, April 15, 2015

#PmtgPauh, #PRKPermatangPauh: CALONKAN MAT SABU KALAU MAHU PAS DI SANA

Jentera pilihanraya di P044 Permatang Pauh sudah dilancarkan 14 April 2015. Pada malam tersebut, siapakah calon Pakatan Rakyat tidak diumumkan secara rasmi. Jangkaan seperti Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail yang akan bertanding.

Sekalipun selipar jamban Anwar Ibrahim yang menjadi calon, boleh dikatakan 99% calon tersebut akan menang selesa. P044 adalah kubu kuat Pakatan Rakyat.

Cuma pada malam pelancaran itu tiada kelibat pemimpin dan ahli PAS yang kelihatan. Ada. Mungkin boleh dibilang dengan jari.

Keesokannya  pula, Ketua Penerangan PAS Kawasan Permatang Pauh mengeluarkan kenyataan ahli PAS akan menolak calon dari keturunan Anwar Ibrahim.

Jika ini berlaku, pastilah ia akan beri kesan kepada peratusan turun mengundi dan menjejaskan majoriti besar Anwar Ibrahim di sana.

Jadi solusinya apa?

Solusinya ialah PKR dengan rendah hati membuka laluan kepada mana-mana ahli PAS yang dirasakan sesuai untuk diberikan tempat di Permatang Pauh. Untuk sementara waktu! Kita faham itu kerusi tradisi PKR.

Siapa pula calon PAS paling layak? Tentulah Ustaz Mat Sabu ayam tambatan yang paling sesuai untuk diberi kepercayaan menggalas tugas tersebut.

Mat Sabu sekarang merupakan BOD Lembaga Air Pulau Pinang, merupakan Timbalan Presiden PAS dan tiada portfolio dimana-mana kawasan Parlimen mahupun DUN. Maka sangat sesuailah beliau diletakkan taruhan untuk membaham calon BN/Umno pada 7 Mei ini.

Jika Mat Sabu dijadikan calon di Permatang Pauh, maka segala kekusutan dalaman antara parti dalam Pakatan akan dapat diselesaikan.

Mat Sabu semestinya akan mendapat restu dan sokongan padu daripada Lim Guan Eng dan DAP.

Jika ditanya kepada Anwar pun kalau bukan isteri anaknya yang diletakkan sebagai calon, pastilah Anwar akan meredhai nama Mat Sabu.

Apa yang penting sekarang ialah Permatang Pauh mesti menang besar. Mesti pastikan BN dimalukan dan hilang wang pertaruhan. Permatang Pauh mesti menjadi signal kepada BN/Umno untuk membatalkan GST. Permatang Pauh mesti menjadi manifestasi kemarahan rakyat terhadap rejim Najib dan Umno.

#MatSabuBukanSyiah
#MatSabuPenyelematPR    

No comments:

Post a Comment