Wednesday, April 8, 2015

LEBIH BAIK PUJUK MAHATHIR SOKONG HUDUD

Unit amal dan kalangan rakyat sedang memerhati apakah kesudahan pertembungan dua pemimpin Umno antara Mahathir dan Najib.

Unit amal berasakan mereka sedang bermain politik untuk survival politik Umno/BN. Mereka bertembung untuk menguatkan Umno khususnya.

Unit amal juga tidak hairan, ada pemimpin yang cuba dan sedang mencuri peluang di antara ruang pertembungan pemimpin Umno ini. Antaranya, pemimpin - pemimpin bawahan Umno hari ini ramai sudah menyatakan pendirian tidak kurang juga pemimpin utama yang lain.

Sebenarnya unit amal tak berminat nak ulas tentang perihal dan tingkah laku ahli Umno, kerana yang pastinya mereka akan berpuak hanya untuk menjaga periuk nasi masing-masing. 

Unit amal melihat perkembangan yang sihat di mana ada usaha dari pihak PAS khususnya melalui Dato Mahfuz Omar untuk mengembleng tenaga bersama Mahathir bagi membongkar penyelewengan Najib/Umno. Sebagai langkah pertama, YB Mahfuz Omar telah berjaya mempertemukan ibu Lans Koperal Sirul Azhar iaitu Mak Biah dengan Mahathir baru-baru ini. 


Langkah seterusnya, Mahfuz dan para pemimpin PAS harus duduk semeja dengan Mahathir demi menegakkan undang-undang Hudud di Malaysia.

Seperti semua orang tahu, Mahathir lah orang yang begitu anti hudud. Mahathir lah orang yang mengancam akan mengambil apa juga tindakan ke atas negeri Kelantan jika meneruskan hudud pada 1993. Mahathir sehingga hari ini masih konsisten menolak hudud yang di anggap sebagai undang-undang yang zalim dan ketinggalan zaman.

Maka, demi memberi tekanan kepada kerajaan Persekutuan di bawah pemerintahan Najib, PAS perlu berkerjasama dengan Mahathir untuk memastikan hudud diluluskan di Parlimen kelak.

Maka janganlah berlengah lagi, sementara Mahathir membuka pintu hatinya untuk berkerjasama dengan PAS, eloklah di segerakan pertemuan dan perbincangan berkenaan isu hudud. Dalam keadaan tersepit dan di hentam teruk oleh penyokong Najib, pastilah Mahathir tidak akan melepaskan peluang untuk membalas dendam dengan peluru berkaitan hudud.

Di Parlimen hari ini, hanya terdapat 121 wakil rakyat Islam iaitu 89 Umno, 22 PAS dan 10 PBB/Sarawak. Jika di tambah tolak, mungkin sukar untuk mendapatkan sokongan 1/2 Dewan Rakyat. Ini kerana, wakil-wakil rakyat seperti Nazri Aziz, Nur Jazlan, Bung Mukhtar dan beberapa lagi nampaknya seperti tidak akan hadir ketika rang undang-undang hudud dibahaskan di Parlimen nanti. Itu belum termasuk ahli Parlimen PAS yang dilihat seperti lalang dan tidak diyakini akan menyokong undang-undang hudud ini.

Jika Mahathir dapat di yakinkan untuk menyokong hudud, maka proses ini akan lebih mudah kerana rakyat akan memberi tekanan kepada ahli Parlimen Islam akibat ayat-ayat power Mahathir nanti.

Jika Mahfuz boleh mengutip political mileage dengan membawa Mak Biah bertemu Mahathir, percayalah karier politik Mahfuz akan terus cemerlang lagi terbilang jika berjaya membawa rundingan dengan Mahathir berkaitan hudud.

Muktamar Jun nanti, pastilah Mahfuz menjadi hero dan winable candidate untuk sebarang jawatan yang beliau tandingi. Percayalah itu.