Tuesday, April 14, 2015

NIZAR TEWAS DI KAMPAR, HUSAM DALAM BAHAYA!

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tewas mengejut kepada pencabarnya Ustaz Mohd Soffian Rejab bagi jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Kampar.

Nizar hanya mendapat 24 undi berbanding Usataz soffian yang mendapat 146 undi. Di luar jangkaan!

Apakah muslihat pemilihan PAS kali ini?

Siapakah master mind dibelakang percaturan gelap ini?

Unit amal tak mahu tuduh sesiapa.

Jika Nizar selaku bekas menteri besar boleh di kalahkan di kawasan yang selama ini menjadi kubu kuatnya apakah di kawasan-kawasan lain juga nanti bakal menyaksikan ketidaktentuan keputusan memilih oleh ahli PAS?

Jika Nizar boleh dikalahkan dengan helah dan muslihat, tidak mustahil akan ada perancangan yang lebih kasar untuk tidak memastikan Husam Musa memegang tampuk kepimpinan PAS Pusat.

Petanda kekalahan Nizar di Kampar boleh dijadikan ukuran 'jalan' yang akan ditempuhi Husam menjelang Jun ini.


Ketika ini, mood pencalonan oleh kawasan nampaknya memberi petanda baik buat Husam yang akan mencabar Tuan Guru Hj Hadi Awang selaku Presiden. Dengan jumlah pencalonan 8 setakat ini, Husam, Hadi dan Ahmad Awang telah layak untuk bertanding jawatan tersebut.

Cuma kebimbangan adalah mood pemilihan nanti akan di sabotaj oleh tangan - tangan ghaib yang tidak berani masuk gelanggang secara gentlemen.

Husam mesti lebih berhati-hati mulai saat ini. Husam sedang diekori dan diperhatikan oleh mereka. Yang penting sekarang gerak kerja Husam setakat ini nampaknya lancar dan berkesan serta sangat diterima akar umbi.

Ahli PAS sudah lama dahagakan kepimpinan muda yang lebih profesional dan rasional.

#Husam4Presiden
 

No comments:

Post a Comment