Sunday, August 3, 2014

MB SELANGOR : WAN AZIZAH HANYA AKAN MENGUATKAN UMNO

Secara jujur, kemelut kerusi panas Menteri Besar Selangor amat menjejaskan reputasi Pakatan Rakyat di mata rakyat, bukan sahaja di Selangor tetapi di seluruh Malaysia.

Isu ini seolah - olah memberikan pedang kepada UMNO untuk memancung kita di Selangor.

Unit Amal juga tidak lah mahu merendahkan keupayaan Kak Wan mengambil alih pentadbiran negeri Selangor, tetapi keputusan bersendirian PKR dalam isu ini telah menjadi bahan bualan hangat rakyat.

Unit Amal hanya mahu menyampaikan kepada pucuk pimpinan PR agar menyedari bahawa isu ini mendapat respon negatif di kalangan rakyat bawahan yang telah menumpahkan kepercayaan mereka kepada Pakatan Rakyat di Selangor.

Hasil ziarah Syawal Unit Amal dan borak - borak kosong di pagi raya, Unit Amal dapat simpulkan beberapa analisa mudah rakyat terhadap isu ini.

1. Rakyat Selangor berasa tersinggung kerana PKR ingin melantik Menteri Besar yang bukan anak jati Selangor.

2. Tindakan bersendirian PKR dalam isu ini hanyalah 'permainan politik dalaman' PKR.

3. Kak Wan akan sentiasa dibayangi Dato Seri Anwar Ibrahim walaupun nanti keputusan yang diambil tidak melibatkan pemimpin de Facto PKR tersebut.

4. Segala keputusan Kak Wan nanti akan menjadi bahan propaganda jahat UMNO untuk meruntuhkan kredibiliti Pakatan Rakyat Selangor.

5. Kak Wan akan menjadi sasaran utama UMNO di dalam sidang Dewan Undangan Negeri nanti.

6. Rakyat melihat penurunan majoriti PRK Kajang yang lalu sebagai protes dalam diam oleh pengundi Melayu (rata-rata adalah penyokong PAS). Jika pengundi Kajang pun memprotes Kak Wan apakah seluruh negeri Selangor dapat menerima Kak Wan dengan baik?

7. Kak Wan adalah 'mangsa' percaturan politik antara Azmin Ali dan Tan Sri Khalid Ibrahim.

8. Mungkin akan berlaku sabotaj politik terhadap kepimpinan Kak Wan dari kalangan penyokong tegar kedua - dua pihak yang bertelagah.

9. Kemelut isu ini telah mengecewakan dan melunturkan jentera bawahan yang bertungkus - lumus untuk Pakatan Rakyat dalam PRU 13 yang lepas.

Inilah serba sedikit rumusan yang dapat Unit Amal kongsikan untuk di ambil iktibar oleh pucuk pimpinan PR dalam usaha mempertahankan Selangor menjelang PRU 14 nanti.

Jika benar Menteri Besar Selangor perlu di tukar, maka kami rakyat akar umbi memohon agar pemilihan ini dibuat dengan penuh kebijaksanaan dan hemah serta menghormati prinsip tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat.

Jika benar sekali pun Kak Wan akan ditabalkan sebagai Menteri Besar Wanita yang pertama di Malaysia, ia hanya akan memberikan 'pedang' kepada UMNO untuk memancung PR di Selangor.

Unit Amal amat berharap pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat meneliti semula isu ini dengan lebih terperinci agar rakyat dan jentera bawahan tidak berasa tertipu dengan kepercayaan yang telah di beri.

Ambillah iktibar dari protes rakyat di Kajang agar ia tidak berulang. Ternyata Langkah Kajang kita telah tersalah langkah.          

No comments:

Post a Comment