Thursday, August 7, 2014

AMARAN KERAS: HENTIKAN KECAMAN KEATAS TUAN GURU PRESIDEN!

Unit Amal berasa terpanggil untuk mengulas tindakan segelintir komentar yang sejak kebelakangan ini menyanggah Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi Awang. Malah lebih mendukacitakan kalangan komentar ini datang dari penyokong Pakatan Rakyat.

Unit Amal dengan ini memberi amaran keras agar menghentikan segera kenyataan - kenyataan yang memperlekehkan PAS dan kepimpinannya.



Perhatian Unit Amal juga mendapati penulisan artikel di beberapa laman portal Pakatan Rakyat juga secara sinis dan terang - terangan menyindir dan memperlekehkan Tuan Guru Hj Hadi.

Perkembangan tidak sihat ini seolah - olah cara menghambat dan memberi tekanan kepada kepimpinan PAS mengikut telunjuk pihak tertentu bagi memenuhi hajat dan agenda tertentu dalam Pakatan Rakyat.

Kita sedia maklum bahawa PAS bukanlah pak turut dalam Pakatan Rakyat, PAS akan tetap konsisten dengan semangat tahaluf siyasi dan memurnikan kebajikan rakyat. Janganlah kerana ketamakan dan kehalobaan pemimpin tertentu dan mahu mengheret PAS dalam politik kotor dan jahat mereka.

Sekali lagi, Unit Amal menyatakan amaran keras ini atau terima akibatnya nanti! Jangan nanti kerana pulut santan binasa, kerana mulut Pakatan Rakyat hancur binasa!