Thursday, August 7, 2014

MB SELANGOR ; PAS TUNDA MESYUARAT KEPADA 17 OGOS

Pas sekali lagi terpaksa menangguhkan mesyuarat PAS Pusat bagi membincangkan isu berkaitan Menteri Besar Selangor. Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. Mesyuarat sepatutnya diadakan pada 10 Ogos kemudian ditunda kepada 13 Ogos dan terkini pada 17 Ogos.

Datuk Mustafa Ali memaklumkan mesyuarat terpaksa ditunda kerana beberapa orang pemimpin tidak dapat menghadiri mesyuarat tersebut. Beliau memaklumkan mesyuarat penting ini perlu dihadiri oleh setiap pemimpin PAS kerana ia melibatkan masa depan dan hala tuju PAS di Selangor khususnya.

Daripada dengar - dengar cakap dikalangan anggota, mereka memberitahu antara isi perbincangan nanti ialah perancangan PAS jika terpaksa mengambil alih posisi Menteri Besar jika nama Wan Azizah tidak diperkenankan Istana.


PAS sudah mengumumkan calon alternatif bagi meredakan ketegangan antara kem dalam PKR. PAS konsisten menamakan Adun Ijok Dr Idris Ahmad sebagai calon paling layak. Mesyuarat itu nanti hanya akan membincangkan apakah peranan Dr Idris bagi merapatkan semula saf kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor.

Mesyuarat juga bakal membincangkan perancangan PAS jika terpaksa menghadapi Pilihanraya Negeri Selangor jika isu ini gagal ditangani secara pelan damai.

Mesyuarat ini sangat penting untuk menyatakan pendirian dan sokongan PAS sama ada terhadap Tan Sri Khalid ataupun Dato Seri Wan Azizah. Majlis Pimpinan Pusat Pakatan Pusat juga telah menyatakan keakuran untuk menerima sebarang sokongan dan cadangan PAS dalam menyelesaikan kemelut Menteri Besar Selangor.

Oleh kerana mesyuarat penting maka ia perlu dihadiri dan di rancang rapi agar tidak timbul salah faham di kemudian hari. 

 

No comments:

Post a Comment