Tuesday, August 5, 2014

ITU HAK ASASI MEREKA, BIARLAH MEREKA BERBOGEL


Yang berbogel tu semuanya bukan Islam. Apa kau kisah? Itu hak asasi mereka untuk berbogel. Mengapa kalau berbogel di Penang baru nak jadi isu? Yang selama ini berbogel di negeri negeri AMENO tak pula korang hentam orang yang berbogel tu? 

Anwar dah kata boleh buat perkara ini secara privasi dan tertutup tanpa mempengaruhi orang ramai. Yang dibuat oleh mereka yang berbogel itu adalah secara tertutup dan privasi. Mereka berusaha membayar tambang bot sendiri dan tracking untuk sampai ke pantai tersebut. Mereka guna duit sendiri bukan duit rakyat. Yang blogger AMENO bangang hentam mereka kenapa?


Orang yang dedahkan dan tengok gambar diaorang berbogel tu yang berdosa? Unit Amal PAS mengecam pihak pihak yang menyebarkan gambar dan video bogel mereka. Hak asasi mereka perlu dilindungi dan dipelihara. Jangan biarkan hak asasi mereka menjadi sendaan pihak pihak yang tidak faham mereka berbogel sedemikian. 

Wahai blogger AMENO, daripada korang bantai isu bogel ini. Lebih baik korang tegur bini bini pemimpin korang yang berbogel tak pakai tudung dan anak anak orang yang minum arak. Mereka tu Islam dan sah sah bila mereka buat tu satu perkara yang berdosa. Takut nak tegur?

Satu lagi Unit Amal kesal dengan tuduhan rasis blogger AMENO yang melabelkan mereka yang berbogel ini sebagai Cina Malaysia. Itu satu tuduhan yang jahat dan berniat untuk pecah belahkan perpaduan kaum di negara ini. Pihak polis perlu menangkap mereka yang membuat tuduhan liar dan menyebar gambar gambar bogel mereka.