Thursday, November 21, 2013

TOLAK ULAMA DALAM PAS, ANGKAT PROFESIONAL SEBAGAI PEMIMPIN




PETALING JAYA: Usul mempertahankan kepimpinan ulama ditolak para perwakilan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kerana disifatkan bercanggah dengan perlembagaan parti.

Usul tersebut dikemukakan Pemuda PAS Gombak dan disokong oleh Pemuda PAS Klang.

Bagaimanapun Pemuda Lembah Pantai, Kluang, Lumut bangun membahaskan supaya menolak usul itu.

Perlembagaan tidak menyebut mereka perlu terdiri dari kalangan ulama ataupun bukan ulama.

Wednesday, November 20, 2013

BAGI PELUANG GOLONGAN PROFESIONAL JADI CALON PAS

SHAH ALAM: Setiap calon PAS yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya adalah calon untuk menang, kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Ustaz Harun Taib.

Bercakap menjawab soalan di Muktamar Dewan Ulamak kali ke-52 di Dewan MBSA di sini hari ini, beliau berkata, oleh itu tidak menjadi isu sekalipun calon yang terpilih bertanding adalah bukan dari golongan ulamak.

SALUTE UNTUK AMIN IDRIS





PETALING JAYA: Seramai lima tokoh anak muda dari pelbagai bidang menerima Anugerah Da'i Muda Malaysia pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kali Ke-54, malam tadi.

Penerima anugerah ini terdiri daripada tokoh anak muda yang memberikan sokongan atau bantuan dalam bidang kerjaya masing-masing kepada DPPM.

Kumpulan nasyid UNIC (Gambar atas) yang popular dengan lagu Ke Makam Bonda menerima anugerah ini bagi kategori hiburan.

WAJIB SOKONG HUSAM MUSA

Perwakilan perwakilan PAS Wajib menyokong Husam Musa sebagai pemimpin dalam PAS. Unit Amal Profesional PAS akan sentiasa berada untuk bersama sama menjaga keharmonian Muktamar yang bakal berlangsung pada 22-25 Nov ini di Shah Alam.

Unit Amal Profesional tidak akan benarkan sesiapa juga yang berniat hendak menghancurkan PAS dari dalam untuk membuat honar pada muktamar nanti. Calon pilihan Anwar dan DAP perlu dipersetujui oleh perwakilan. Jangan jadi pengkhianat parti seperti PAS Pulau Pinang.

HUSAM MUSA BERI JAMINAN PAS AKAN DAPAT KERUSI LEBIH DALAM PAKATAN RAKYAT


TABIK HUSAM!!!

SHAH ALAM - Pas mahukan pemeteraian perjanjian daripada Pakatan Rakyat untuk mengekalkan jumlah kerusi yang diperuntukkan kepadanya dalam PRU sekiranya pakatan tersebut berjaya mentadbir negara kelak.
   
Naib Presidennya, Datuk Husam Musa berkata itu adalah jaminan kepada seluruh ahli akar umbi berikutan parti itu dilihat mempunyai kedudukan lemah dalam pakatan pembangkang seandainya Umno hilang kuasa dalam PRU akan datang.