Wednesday, April 1, 2015

PRK PERMATANG PAUH, MUNGKINKAH 3 PENJURU?

PRK Permatang Pauh akan diadakan pada bila-bila masa, biarpun tarikhnya belum di umumkan secara rasmi oleh SPR.

Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi PKR dan merupakan kubu paling utuh PKR di Malaysia. Tatkala rakyat menolak PKR pada PRU 11 tahun 2004, Permatang Pauh merupakan satu-satunya kerusi PKR di Parlimen.

Permatang Pauh bukan sahaja menjadi tanda sokongan rakyat kepada Anwar dan keluarganya tetapi tanda sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Permatang Pauh bukan sahaja ujian untuk memperlihatkan sokongan rakyat kepada Anwar dan keluarganya tetapi menjadi kayu ukur menilai kekuatan Pakatan Rakyat.

Apa sahaja keputusan di Permatang Pauh nanti, ia pasti menjadi kesan besar kepada keseluruhan Pakatan Rakyat.

PAS melalui Ketua Penerangan Mahfuz Omar memberi jaminan untuk turun berkempen di Permatang Pauh.

Tetapi harus di ingat, bukan semua ahli PAS setuju dengan jaminan Mahfuz Omar tersebut. Majoritinya menolak untuk terus berkerjasama dengan PKR - DAP di Permatang Pauh nanti.

Sentimen meluat dengan DAP - PKR ini semakin meluap-luap di kalangan ahli PAS terutama di Pulau Pinang kerana tindakan DAP yang menyepak keluar PAS dari Pakatan sewenang-wenangnya.

Apakah ahli PAS akan terus memberi undi kepada Pakatan Rakyat di Permatang Pauh?, masih adakah peluang untuk menang dengan majoriti besar sebagai tanda bermulanya momentum menawan Putrajaya menjelang 2018 nanti? Masih sempatkah mengubati luka parah hati ahli PAS yang telah dirobek dan dicincang habis-habisan oleh PKR - DAP? Apakah ahli PAS begitu dungu untuk terus diperkotak-katikkan oleh DAP-PKR terutama di Pulau Pinang? Apakah ahli PAS begitu buta hatinya untuk melihat bagaimana PKR seolah-olah memulaukan PAS di Pengkalan Kubor? Apakah begitu dayus ahli PAS untuk terus tunduk dengan tekanan terhadap Hudud di negeri Kelantan? Itu belum cerita bagaimana DAP-PKR yang mendominasi gerakan di Sabah dan Sarawak dengan tanpa rasa kasihan dan belas kepada PAS yang bau memulakan tapak di sana tetapi telah di injak-injak oleh rakan tahaluf siyasinya sendiri.

Trend pengundian nanti di Permatang Pauh akan merungkai segala persoalan Unit Amal di atas.

Unit Amal percaya, ahli PAS tidak akan membalas dosa-dosa DAP-PKR dengan perasaan emosi dan amarah, ahli PAS takkan mensabotaj proses PRK Permatang Pauh.

Atau mungkin juga ahli PAS akan menggunakan platform demokrasi sebagai tanda memperingati dosa-dosa DAP-PKR terhadap keikhlasan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Laungan 'Tumbangkan Umno/BN" bukanlah senjata ampuh untuk memerangkap hati nurani ahli PAS lagi. Benar, memang benar, PAS mahu menumbangkan Umno/BN. Masih ada jalan untuk menumbangkan Umno/BN kalaupun tidak bersama Pakatan Rakyat walau jalan itu sukar tetapi ia lebih baik buat PAS.   

No comments:

Post a Comment