Monday, February 9, 2015

GULING PRESIDEN: INI MASALAH RUMAHTANGGA PAS & POLITIK CARI MAKAN

Surat khabar Umno beriya-iya mengeluarkan berita kononnya terdapat dalang untuk menggulingkan Presiden PAS Dato Seri Hj Hadi Awang. Utusan Malaysia selama beberapa hari ini memainkan berita tersebut.

Niat jahat berita pro Umno ini seolah-olah mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa PAS kini umpama retak menanti belah. Media Umno ini ternyata telah memutarbelitkan suasana perkumpulan yang berkumpul di depan Pejabat PAS tempoh hari untuk menunjukkan PAS yang dipimpin Tuan Guru Hj Hadi kini berantakan akibat berebut kuasa. Malah media Umno ini telah menuduh beberapa pemimpin PAS sebagai dalang menjatuhkan Presiden. Ternyata laporan ini berniat jahat.

Untuk makluman, memang berlaku dimana beberapa orang ahli PAS yang berkumpul dihadapan Pejabat PAS untuk menyatakan sokongan kepada Presiden dan memeberi kekuatan kepada pemimpin tertinggi PAS menerajui serta mengepalai PAS dalam Pakatan Rakyat. Mereka juga adalah kumpulan yang sangat menyokong kerajaan perpaduan dengan UMNO.


Dalam PAS, rata-rata ahlinya mengetahui Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan, Saudara Fadhli Ibrahim adalah seorang yang oppurtunis dan telah menggunakan kesempatan ini untuk menunjukkan kepada presiden bahawa beliau melakukan tugas dan setia. Sebaliknya, ramai orang di Kuantan langsung tidak mengenali Saudara Fadhil kerana beliau jarang berada di kawasan kerana sibuk dengan perniagaannya di Terengganu. 


Tetapi tiba-tiba beliau tampil kononnya sebagai wira untuk menyelamatkan Tuan Guru Presiden. beliau juga bertindak secara melulu dan mengumpulkan ahli PAS yang tidak tahu hujung pangkal.

Adakah ahli PAS begitu bodoh untuk menilai kepimpinan PAS? adakah ahli PAS akan menyokong pemimpin yang cuba mengadu domba?

Unit Amal mengjangkakan episod ini akan berpanjangan sekiranya jawatankuasa parti tidak mengambil langkah segera menghentikan politik cari makan seperti ini. Jawatankuasa PAS perlu mengambil tindakan tegas keatas mereka yang terlibat menimbulkan huru-hara dalam PAS.

Kalau pun berlaku perselisihan pendapat dikalangan pemimpin, anggaplah ini sebagai lumrah rumah tangga, sedangkan lidah lagi tergigit. Selesailah secara baik dan musyawarah.

No comments:

Post a Comment