Unit amal secara tak sengaja menghadiri persidangan agung Umno di PWTC Kuala Lumpur. Itu pun kerana menemani seorang kawan yang terlalu teringin menghadirinya. inilah kali pertama Unit amal melihat sendiri situasi bodek-membodek yang menjadi tradisi Umno.
Terdapat beberapa dapatan yang boleh Unit amal coretkan disini. Secara kebetulan ketika kehadiran Unit amal Ketua Wanita Umno, Shahrizat baru sahaja selesai berucap.

Nasihat Unit amal kepada Shahrizat adalah lebih baik mendesak Najib dan Muhyiddin untuk menyediakan tempat yang lebih baik kepada wanita Umno. Wanita Umno tidak pula dilayan seperti lembu NFC dan langsung tidak dijaga kebajikan mereka. Ramainya yang hadir duduk berpeleseran di sekitar dewan ini. Bayangkan orang tua yang terpaksa duduk lama di lantai, tetapi pemimpin agungnya duduk selesa di mahligai kerusi empuk dalam dewan.

Harga makanan juga sangat tidak munasabah, Kasihan juga Unit amal melihat makcik-makcik yang datang dari ceruk kampung terpaksa membayar harga orang kaya Umno. Harga sekeping roti canai RM6, harga teh tarik RM 4. Terkedu juga Unit amal mahu minum di PWTC. Unit amal lagi rela berlapar dahaga dari membayar harga gila itu, tetapi Unit amal hairan melihat ahli Umno masih mampu tersenyum riang berteh tarik sesama mereka. Berapa banyaklah yang mereka habiskan sepanjang 5 hari di PWTC?
Umno oh Umno teruskanlah dengan tradisi kamu itu, ini akan menambah kejelekan rakyat pada kamu.
Berucap penuh membara, gunung berapi pun boleh padam. Pulau Cayman pun boleh tenggelam, konon mahu bela nasib Melayu dan Islam. Umno ini bolehlah Unit amal samakan dengan peribahasa Melayu, "Berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi"
Selamat bersidang Umno! Selamat jalan juga kepada kamu semua. Ini mungkin tahun - tahun akhir kamu boleh mendabik dada dan menunjuk ego. Silakan!