Sunday, May 25, 2014

PIALA THOMAS : SATU LAGI KEGAGALAN KJ

Skuad Piala Thomas negara mempamerkan aksi longlai tanpa semangat untuk tunduk kepada pasukan bukan pilihan Jepun. Dalam pertarungan lebih kurang 6jam, Malaysia tewas 2-3 kepada Jepun yang tidak langsung di beri harapan merangkul piala berprestij tersebut.

Edisi 2014 ini menyaksikan Malaysia melepaskan peluang keemasan menamatkan kemarau 22 tahun tanpa Piala Thomas, tatkala lawan yang ditemui sepatutnya menjanjikan peluang terbaik untuk membawa pulang piala tersebut ke bumi Malaysia.

Kegagalan ini dilihat sebagai kegagalan Kementerian Belia & Sukan untuk memberi tumpuan yang sepatutnya terhadap sukan badminton negara. Jika kita imbau kembali, Menteri Belia & Sukan tidak pernah sekali pun menyebut sebarang pelan kementerian tersebut untuk membangunkan semula sukan badminton yang sebenarnya adalah sukan utama negara.

Kegagalan ini juga perlu menjadi bukti kepada kepimpinan Najib untuk menyingkirkan Menteri Belia & Sukan iaitu Khairy Jamaluddin. KJ telah gagal menyumbang kepada pembangunan sukan negara. Tahun 2014 sudah pun menghampiri setengah tahun tetapi tiada sebarang pencapaian sukan yang boleh dibanggakan oleh Malaysia samada diperingkat Asia Tenggara, Asia mahupun peringkat dunia. Jika KJ dibiarkan terus Malaysia akan terus tenggelam dipersada antarabangsa.

Apa yang lebih meluat dan menjengkelkan, watak KJ tiba - tiba muncul apabila Malaysia layak ke peringkat akhir. KJ memang suka menangguk di air keroh. Jika menang semalam, maka KJ lah akan dilihat sebagai hero yang menyokong penuh sukan badminton. 

Sebaliknya, dimana KJ diwaktu Malaysia terkial - kial dalam peringkat kumpulan? Dimana KJ tatkala skuad negara di lihat tidak mempunyai ruang dalam temasya kali ini? KJ langsung tidak mempedulikan sukan badminton negara. KJ hanya menteri cabuk yang mencari populariti. Ini kah dia orang yang mahu menjadi Perdana Menteri? Orang seperti KJ ini patut di ludah sahaja mukanya.