Tuesday, May 6, 2014

MAT SABU CALON TERBAIK DI P051 BUKIT GELUGOR

Berdasarkan analisa serta jangkaan Unit Amal, PAS adalah parti paling sesuai untuk mewakili Pakatan Rakyat bagi kerusi Pilihanraya Kecil P051 Bukit Gelugor, Pulau Pinang.

Semua maklum bahawa kerusi ini adalah kerusi tradisi DAP dan melihat ia adalah keterlaluan untuk DAP tunduk dan memberi laluan kepada PAS sedangkan majoriti pengundi adalah pengundi Cina dan Bukan Islam.

Walau bagaimanapun, Unit Amal mempunyai sudut pandang serta asas kukuh untuk mencalonkan wakil dari PAS.

Jika DAP bersetuju untuk memberi laluan kepada PAS di PRK Bukit Gelugor, maka calon terbaik tentulah Tuan Haji Mohammad Sabu selaku 'ayam sabung' PAS menentang calon BN pada 25 Mei kelak.


Berikut adalah analisa Unit Amal : Kenapa PAS & Mat Sabu?
1. Bukit Gelugor mempunyai lebih kurang 82,042 orang pengundi dan 75% adalah pengundi Cina. Ini akan mematahkan semangat BN untuk melawan seterusnya membunuh  moral jentera BN untuk berhabis - habisan di Bukit Gelugor.

2. Bukit Gelugor akan menjadi cermin kepada seluruh pelosok negara bahawa Pakatan Rakyat tetap ampuh dengan serangan UMNO/BN dalam isu Hudud.

3. Bukit Gelugor merupakan 'acid test' terbaik untuk mengekalkan ukhwah dalam Pakatan Rakyat yang pada masa kini di gembar - gemburkan oleh media proksi UMNO/BN sebagai lemah dan retak yang menanti belah.

4. Mat Sabu adalah individu terbaik dan boleh dianggap sebagai 'super sub' kepada mendiang Karpal Singh. Karsima dan ketegasan Mat Sabu adalah setanding hebatnya dengan mendiang.

5. Mat Sabu sangat terkenal dikalangan penduduk & pengundi di Pulau Pinang pada masa kini kerana beliau sangat rapat dan dipercayai oleh Ketua Menteri Pulau Pinang serta telah di lantik sebagai seorang penasihat  Perbadanan Air Pulau Pinang.

Unit Amal berjanji akan turun membantu calon Pakatan Rakyat di Bukit Gelugor nanti. KEMENANGAN SUDAH BERADA DALAM GENGGAMAN KITA. BUKIT GELUGOR ADALAH LANGKAH KE PUTRAJAYA!

No comments:

Post a Comment