Wednesday, May 21, 2014

LANTIK MAHATHIR : MALAPETAKA KEPADA PROTON DAN RAKYAT

Pelantikkan Mahathir sebagai Pengerusi Proton akan meneyebabkan malapetaka yang lebih dahsyat kepada Proton dan industri automobil negara. Ia seterusnya akan terus membebankan rakyat untuk memiliki kenderaan nasional yang lebih berkualiti pada harga yang lebih murah.

Rakyat sedia maklum kegagalan Proton menyediakan kenderaan yang lebih berkualiti dengan harga rendah adalah akibat daripada campur tangan Mahathir. Mahathir telah menggunakan pengaruhnya untuk memaksa Proton menerima beberapa vendor yang merupakan kroni Mahathir. Proton tidak mampu untuk memilih vendor yang lebih berkualiti sebaliknya terpaksa menerima vendor yang telah di arahkan Mahathir.

Rakyat juga sedia maklum, Proton terpaksa menanggung hampir RM 500 juta beban hutang akibat daripada kerugian MV Agusta, sebuah syarikat permotoran dari Itali yang di ambil alih oleh Proton. Siapakah yang begitu 'gila' untuk memaksa Proton mengambil alih perniagaan yang merugikan? Individu itu tidak lain tidak bukan ialah Mahathir Mohammad.

Kesannya, Proton masih menanggung kerugian tersebut hingga hari ini.

Apakah rasional melantik Mahathir sebagai Pengerusi Proton? Apakah Mahathir mempunyai kemahiran kejuruteraan? Apakah Mahathir mempunyai pengaruh dalam industri automobil dunia yang mampu melonjakkan nama Proton?

Atau Proton sekali lagi menjadi 'kambing hitam' untuk Syed Mokhtar membayar budi baik Mahathir terhadapnya.

Polisi dan pendekatan Mahathir nanti akan lebih menjurus kepada permainan 'silap mata' bukannya satu pendekatan ke arah memajukan pemilikan teknologi oleh Proton.

Apapun, Mahathir sudah dianggap sebagai tidak kompetetif dalam industri automobil negara. Mahathir akan membawa lebih banyak malapetaka kepada Proton berbanding memberi kesan yang lebih positif.