Friday, December 27, 2013

ISTERI AARON AZIZ DAH PAKAI TUDUNG. BILA

Aku bangga tengok isteri Aaron Aziz dah pakai tudung. Cantik. Dah ala ala muka Abby Abadi sikit. Aarron pun sudah berubah. 


Dia mahu merapati dan mempelajari tentang Islam serta sistem pemerintahan Islam dengan lebih jelas. Aaron sudah mula rapat dengan salah seorang pemimpin PAS di peringkat tertinggi. 

Kehadiran Aaron dalam pentas politik ini bakal menjejaki apa yang telah dibuat oleh Tony Pua dalam DAP. Aaron merupakan artis popular dan berimej bersih. 

Sudah pasti AMENO akan jadi lebih pening bila Aaron isytihar masuk PAS. Peluang AMENO hendak menang tertutup terus kalau Aaron bersama PAS. 


Jutaan tahniah diucapkan buat Aaron Aziz dan isterinya, Diyana Halik atas perubahan ini. Memang Diyana nampak lebih manis dan ayu dengan bertudung. Keputusan untuk berhijab ini diambil oleh Diyana selepas pulang bercuti dari Hong Kong baru-baru ini. Abang Nara pasti ramai yang gembira dengan penghijrahan Diyana ini.

Kata Aaron Aziz mengenai perubahan isterinya ini:-
Saya bersyukur akhirnya dia ambil keputusan untuk bertudung dengan ikhlas tanpa sebarang paksaan.Sebelum ini ada juga meminta dia berhijab iaitu selepas pulang menunaikan umrah dua tahun lalu, namun saya tidak mahu terlalu memaksa dan biar dia melakukannya dengan kerelaan hatinya sendiri.
Saya mahu anak-anak pun sama berubah juga, kalau boleh tidak mahu mereka pakai terlalu seksi atau singkat. Dahulu kalau saya tegur mereka akan mereka akan mempersoalkannya, kali ini biar mereka juga ikut seperti ibu mereka

 Menariknya Diyana Halik menceritakan yang tindakan suaminya yang kerap menghantar video mengenai kiamat menyebabkan hatinya mahu berubah. Kata Diyana:-
Sejak kebelakangan ini, Aaron banyak bercerita tentang petanda kiamat dan perkara itu menguatkan hati saya untuk bertudung. Sebelum ini memang saya sudah ada niat untuk berubah, cuma hati masih belum benar-benar bersedia
Sebelum ada yang mengeluarkan suara mengapa Diyana hanya berselendang dan masih menampakkan sedikit rambutnya, janganlah terus menghukum. Diyana khabarnya masih belum sempat pergi membeli tudung. Berikanlah masa buat Diyana. Nanti lemah semangat pula dia. Sama-sama kita nantikan imej baru Diyana yang lebih sempurna kelak.
Satu ja soalan aku. Bila kak mah nak pakai tudung?