Thursday, November 14, 2013

HUDUD BELUM SESUAI DILAKSANA DALAM DI KELANTAN



Aku sependapat dengan Anwar Ibrahim dalam isu hudud ini. Fikiran aku sama dengan pemikiran Hadi Awang agar hudud disesuaikan dengan keadaan dan masa. Fikiran aku sama dengan saranan Tuan Guru Nik Aziz untuk tunggu 30 tahun lagi barulah hudud boleh dilaksanakan. 


Kenapa perlu sekarang baru nak bercakap hal hudud? Aku rasa ini semua mainan yang sengaja dibuat buat oleh golongan ulama untuk dapatkan simpati perwakilan dalam muktamar nanti.

Aku tak yakin mereka benar benar ingin laksanakan hudud. Paling penting kita rampas Putrajaya dahulu daripada AMENO. Kuasai Putrajaya dan kemudian kita boleh laksanakan misi kita. 

Buat apa bagi kenyataan yang merugikan diri sendiri. PAS tidak akan dapat undi daripada PKR dan DAP jika main dengan isu hudud ini.  

Perwakilan kena tolak habis habisan kumpulan konservatif dan berfikiran kolot dalam PAS ini. Ketengahkan kumpulan profesional sebagai barisan kepimpinan dalam PAS. Mereka lebih progresif untuk PAS.

Politik progresif untuk tawan Putrajaya.