Tuesday, May 26, 2015

TIMBALAN PRESIDEN PAS : ANTARA MOHAMAD SABU & TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS kali ini menyaksikan pertembungan sengit di antara penyandangnya Hj Mohamad Sabu dengan pencabarnya Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tatkala jawatan Presiden hampir pasti dikekalkan oleh Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang, jawatan Timbalan akan memberi gambaran sebenar hala tuju PAS menjelang PRU 14 nanti.

Pemilihan kali ini sangat penting kerana ia akan mempastikan hala tuju politik PAS. Ramai penganalisa berpendapat, jika Mat Sabu tumbang maka hala tuju PAS akan berubah terus dengan penetapan perlembagaan Islam yang lebih jelas dan konsisten. Gandingan Hj Hadi - Tuan Ibrahim jelas memperlihatkan kecenderungan menegakkan perlembagaan Islam tanpa mengambil kira 'hati dan perasaan' pasangan mereka dalam Pakatan Rakyat.


Untuk lebih adil, mari kita analisa sedikit SWOT kedua-dua calon Timbalan Presiden PAS kali ini.

Mat Sabu;

Mat Sabu dilihat lebih liberal dan terbuka dalam hubungan dengan PKR dan DAP. Seperti sedia maklum, Mat Sabu merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah Lembaga Air Pulau Pinang. Ini jelas membuktikan hubungan akrab Mat Sabu dengan DAP khasnya. Mat Sabu boleh menjadi 'jambatan penghubung' dalam keretakan PAS dengan DAP.

Mat Sabu juga seorang yang berkemampuan untuk menyediakan dana bagi menganjurkan program sama ada untuk PAS atau demonstrasi. Hubungan baik dengan DAP-PKR pastilah memberi advantage kewangan kepada MAt Sabu.

Dari sudut pidato, Mat Sabu juga lebih pandai bercakap berbanding lawannya Tuan Ibrahim. Inilah senjata ampuh Mat Sabu untuk berdepan dengan perwakilan nanti.

Mat Sabu lebih disenangi oleh orang bukan Islam dan ternyata Mat Sabu selalu mendapat tempat di hati orang bukan Islam sewaktu berceramah.

Tuan Ibrahim,

Walaupun bergelar ulama' tetapi Tuan Ibrahim tidak boleh berbahasa Arab malah lemah juga penguasaan Bahasa Inggeris. kelemahan utama ini mencacatkan kredibiliti Tuan Ibrahim. PAS memerlukan seorang Timbalan yang boleh menjalin hubungan dengan dunia Arab dan orang bikan Islam.

Tuan Ibrahim adalah seorang bekas wakil rakyat yang gagal. Beliau kekal bertanding di negeri Pahang, tetapi telah ditolak pengundi kerana gagal menjalankan tugas dengan baik. Jika beliau menang, kebarangkalian kelembapan ini akan berulang.

Sudah pastinya, Tuan Ibrahim tidak mempunyai wang dan tiada hubungan baik denga funder seperti Mat Sabu. Ini pastilah menyukarkan kerana PRU 14 nanti kewangan dan dana adalah sangat penting untuk PAS melancarkan gerakan.

Tuan Ibrahim dilihat pro Hj Hadi, maka sudah tentulah nanti sebarang keputusan Hj Hadi sebagai Presiden dan tidak mendatangkan political mileage kepada PAS akan turut dipersetujui oleh beliau. Tiada check and balance. Tuan Ibrahim hanya pak angguk Hj Hadi.

Tuan Ibrahim hanya mengharapkan sokongan daripada kelompok pro Hj Hadi, maka PAS akan kembali menjadi parti yang terkongkong dan jumud.

Jika Tuan Ibrahim dipilih nanti, boleh lah disimpulkan hubungan PAS dalam Pakatan akan berakhir kerana tiada lagi wakil yang dapat mengembalikan keyakinan PKR-DAP terhadap PAS seperti mereka percaya kepada kebolehan Mat Sabu.

No comments:

Post a Comment