Sunday, December 14, 2014

KENYATAAN LIM GUAN ENG ADALAH BENAR SAMA SEKALI

Ramai Melayu Islam celup yang naik angin ekoran kenyataan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan bahawa larangan penggunaan istilah 'ISLAM' ke atas orang bukan Islam adalah TIDAK TERPAKAI.

Ternyata Lim Guan Eng lebih faham Islam dari Melayu Islam UMNO.

Kenyataan beliau adalah sangat tepat dan paling mudah difahami, tetapi seperti biasa kenyataannya digunakan untuk membakar semangat anti agama dan membakar semangat perkauman. Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk menakut-nakutkan rakyat.

Unit amal melihat, tiada apa pun yang perlu dimarahi ekoran kenyataan Lim Guan Eng tersebut.

Enakmen undang - undang Islam hanya termaktub dibawah sistem kehakiman Syari'e dan hanya terbatas ke atas orang-orang Islam sahaja. Maka, enakmen larangan penggunaan 40 kalimah oleh orang bukan beragama Islam adalah sama sekali tidak terpakai kerana ia diwartakan di bawah enakmen syariah negeri Pulau Pinang.

Jadi, dimana silapnya? Silapnya kerana rakyat tidak memberi kepercayaan kepada PAS untuk membawa undang - undang Islam secara total di Malaysia. Rakyat lebih percaya kepada UMNO untuk mendukung perjuangan Islam. Inilah silapnya.

Jangan menuding jari kepada LGE semata-mata, lihat juga kesalahan kita orang Islam yang tidak mengangkat perjuangan Islam. Jika undang-undang Islam dilaksanakan oleh PAS pastinya masalah ini tidak akan timbul.

Hari ini, orang Islam hanya mampu melawan di mahkamah. Kes ini jika dibawa ke mahkamah sekalipun tidak akan menyebelahi orang Islam, kerana sudah terang lagi bersuluh, undang-undang Islam tidak terpakai keatas orang bukan Islam.

Jadi, sebelum anda mahu melenting tak tentu pasal, adalah baik anda cari faktanya dulu. Tepuk dada tanya iman anda.