Monday, August 25, 2014

KES BULI : KEMENTERIAN & GURU LEPAS TANGAN!

Apalah nak jadi dengan sistem pendidikan negara ini? Orang kementerian dan guru seolah - olah langsung tidak ambil peduli. Wahai guru, kalau pemalas dan tak nak bertanggungjawab tolong berhenti jadi cikgu! Seorang guru berhenti, 10,000 orang menanti untuk ambil alih tugas anda. Cikgu oh cikgu, jangan hairan kalau anak murid tak mahu dengar kata kerana cikgu juga keras kepala dan tidak boleh ditegur!

Kes buli terbaru dilaporkan di sekolah berasrama Muadzam Shah, Pahang. 14 orang pelajar senior membelasah seorang budak tingkatan 3. Nasib baik tak mati tapi ia menggambarkan seolah - olah guru semua lepas tangan. Kejadian berlaku di dalam kawasan sekolah. Apa guru buat? Mengumpat dalam FB? Mesyuarat direct selling? Jual tupperware dan kain batik? Akhirnya nanti guru mengadu tak cukup masa rehat. Pernah tak kita dengar guru berbicara dalam bilik guru tentang permasalahan pelajar, pernah tak kita dengar guru bincang bagaimana boleh bantu tingkatkan displin pelajar? Kalau adapun guru yang dedikasi, guru lain akan kata itu mahu bodek untuk cepat naik pangkat.

Sistem pendidikan negara sepatutnya ditransformasikan. Najib apa kamu bikin? Muhyiddin apa kamu sibuk kan? Mana agenda transformasi? Khairy Jamaluddin apa kamu fikir tentang pelajar sekolah yang masih belia? Tiada langsung nilai menerapkan budaya Islam di sekolah.

Bayangkan hanya kerana pelajar ini menegur di dalam laman twitter nya, maka dia dibelasah sampai nak mati oleh abang - abang senior. Guru pula macam memberi lampu hijau sebagai pengajaran kepada keceluparan adik junior mengeluarkan komen menjatuhkan 'nama baik' sekolah.

Akibatnya, adik Hafiz Iskandar Abdul Rashid, 15 tahun terpaksa dikejarkan ke Hospital Muadzam Shah setelah kepalanya pecah dihentak tong biskut. Lapan jahitan di kepala selain lebam dipukul dan ditendang, adakah guru dan pengurusan sekolah masih ada nama baik? Inilah kebodohan guru dan pengetua sekolah yang terlalu suka menyorokkan kejadian buli di sekolah.



Unit Amal mencadangkan kepada ibu bapa penjaga kepada adik Hafiz mengambil tindakan tegas bukan sahaja kepada pelajar yang terlibat tetapi khasnya kepada guru dan pengurusan sekolah yang gagal membendung dan memastikan keselamatan anak di sekolah. Guru dan pengetua patut diberikan pengajaran yang sewajarnya.

Jika gagal transformasi, mari kita ubah kerajaan kita.