SEJARAH UNIT AMAL
Ianya dicetuskan melalui sebuah panduan kertas kerja induk Lujnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan DPP Pusat sessi 1989/91.
Kemudian disahkan oleh mesyuarat Jawatankuasa kerja DPP Pusat kali ke 4
pada 1 Julai 1989 dengan digerakkan oleh satu unit penajaan seramai 12
orang dari Terengganu yang mempunyai pelbagai pengalaman pasukan
sukarelawan beruniform.
Majlis pelancaran Unit Amal (Kebajikan dan Reakreasi) telah diadakan pada 14 hingga 16 Februari 1991
bertempat di pantai peranginan Tok Jembal, Kuala Terengganu yang
dianjurkan oleh Jawatankuasa Unit Amal Pusat dengan kerjasama Unit Amal
Terengganu. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Guru Haji Harun Taib
(Ahli Majlis Syura Ulama’) AJK PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya PAS
Negeri Terengganu pada masa itu. Jambori pertama kali ini telah berjaya
mengumpulkan penyertaan seramai 851 anggota Unit Amal dari seluruh
negeri. YB Husam Musa turut menyampaikan ucapan dalam jambori pertama tersebut, dan telah dilantik sebagai mentor pertama Unit Amal pada waktu itu.

Tuan Hj Hussin Ismail telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Amal yang pertama. Pasukan ini kemudiannya diikuti oleh Penubuhan Unit Amal Nisa oleh Dewan Muslimat PAS Pusat.
Bermula dari sinilah penubuhan Unit Amal di seluruh negeri dan kawasan dipertingkatkan.
Sdr Jamuliddin Ellias telah dipilih sebagai Ketua Pengarah Unit ke 2 bermula 2002-2005.
Berbagai kejayaan telah berjaya
dilaksanakan oleh Unit Amal Pusat selama tempoh tersebut terutama dalam
memberi khidmat kepada PAS disemua peringkat.



No comments:
Post a Comment