Wednesday, November 13, 2013

PAS KELANTAN PERLU HORMATI DASAR PAKATAN RAKYAT


 Aku sebenarnya tidak setuju dengan cadangan dari Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan ini untuk laksanakan hudud di Kelantan. Mengapa ketika dekat pemilihan Muktamar baru isu hudud ini hendak dibahaskan. Inilah masalahnya dengan kumpulan kumpulan ulama dalam PAS. Mereka ini hanya buat sesuatu benda tanpa guna akal dan pendapat orang lain.


Kalau hudud diadakan juga, sudah pasti undi Cina dan India akan lari kepada Barisan Nasional. Kenapa selepas hampir 20 tahun, daripada 1993 hingga 2013 lagu hudud hendak dimainkan lagi kepada rakyat?????

Tuan Guru Hadi Awang sendiri sudah akui bahawa hudud hanya 0.0001 peratus dalam Al Quran. Nik Aziz yang sekian lama menjadi MB Kelantan pun tidak mahu hudud dilaksanakan kerana faham apa sensitiviti orang Cina, India dan Siam di Kelantan. 

Dalam isu hudud ini, orang PAS kena profesional. Perlu akur pada kehendak dan dasar parti untuk tidak mahu hudud diadakan. Jangan terpedaya dengan kumpulan kumpulan ulama yang masih lagi konservatif tentang undang-undang Islam. 

Kena tawan dulu Putrajaya, barulah kita bincang semula pasal hudud dengan rakan pakatan yang lain. Strategi kena bijak, jika tidak akan kalah pilihan raya.




No comments:

Post a Comment