Monday, April 28, 2014

TUAN GURU NIK AZIZ DIPAKSA BERTEMU MUHYIDDIN

Kepimpinan UMNO/BN dilihat sangat terdesak kini untuk mencari sokongan dan memulihkan imejnya di mata rakyat Malaysia.

Ini sangat jelas kerana Najib beriya-iya menjemput Presiden Amerika Barrack Obama untuk datang ke Malaysia. Malah Malaysia juga telah melobi kerajaan Amerika untuk hanya bertemu mereka sahaja dan menghalang Presiden Obama menemui mana-mana pemimpin pembangkang termasuk Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Kegilaan mencari publisiti murahan ini juga diteruskan oleh Timbalan Perdana Menteri. Dalam masa Najib sibuk melayani serta membohongi Presiden Obama, Muhyiddin Yassin pula telah datang 'menjenguk' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan.

Lawatan ini pastilah digunakan oleh media UMNO/BN untuk menggambarkan keprihatinan mereka terhadap Tuan Guru Nik Aziz. Hakikatnya, sewaktu menjadi Menteri Besar Kelantan dahulu segala kesusahan dan usul yang dibawa telah ditolak mentah-mentah oleh UMNO/BN. Hari ini, mereka sanggup melutut kepada Tuan Guru semata-mata untuk political mileage mereka.

Jika mereka benar mengasihani dan menghormati Tuan Guru, mereka sepatutnya telah  membantu membangunkan negeri Kelantan, mereka sepatutnya menyerahkan Hak & Royalti Petroleum kepada kerajaan dan rakyat Kelantan. Jika mereka gagal dalam hal ini maka apa juga yang mereka lakukan hari ini adalah sandiwara semata-mata.

Sunday, April 27, 2014

NAJIB PATUT SEGERA LETAK JAWATAN

Perdana Menteri Korea Selatan Chung Hong-Won telah meletak jawatan serta - merta kerana gagal menangani insiden feri karam. Feri Sewol yang karam itu telah menyebabkan 300 orang yang kebanyakannya adalah pelajar mati lemas.


“Saya memohon maaf kerana tidak dapat menghalang kemalangan ini daripada berlaku dan gagal untuk memberi maklum balas sepatutnya selepas itu".

“Saya percaya sebagai Perdana Menteri, pastinya perlu bertanggungjawab dan meletak jawatan,” katanya.

Oleh yang demikian Unit Amal mendesak sekeras - kerasnya agar Najib Razak juga meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia serta - merta.


Malang bagi Malaysia kerana tragedi MH370 yang sehingga kini tiada perkhabaran dan kegagalan PM Najib menguruskan tragedi ini dengan profesional. Terlalu banyak rahsia yang disimpan dan pelbagai persoalan gagal dijawab oleh kerajaan.

Bertambah malang lagi, kemalangan bas ekspres yang berturut - turut berlaku sejak kebelakangan ini juga menyerlahkan kegagalan kerajaan menangani krisis kelemahan pengangkutan awam di Malaysia.

Najib mesti meletak jawatan, rakyat Malaysia tidak akan tertipu lagi dengan sandiwara Najib.

Wednesday, April 23, 2014

BLOGGER UMNO TERDESAK ; EDIT GAMBAR NAJIB & ROSMAH

Unit Amal jadi hairan sangat dengan kebodohan blogger upahan UMNO/BN ni. Mereka sanggup edit gambar Najib & Rosmah semata - mata untuk mendapatkan imbuhan kewangan.

Suka Unit Amal ingatkan, kalau nak cari makan tu carilah sumber yang baik. Janganlah menampakkan sangat kebodohan tu, jangan lah nampakkan sangat keterdesakkan menaikkan imej Abang Jib dengan Kak Mah tu.

Untuk makluman puak UMNO/BN jugak, rata - rata rakyat sudah terlalu menyampah sangat dengan pasangan laki bini ni. Korang buatlah macamana pun, rasa mual & jelek rakyat pada mereka takkan pernah hilang. Jalan penyelesaiannya mudah saja, suruh Najib undur atau tunggu masanya rakyat akan paksa mereka undur dengan cara yang lebih hina.


Pada blogger upahan UMNO/BN, tolonglah pesan pada Najib dengan Rosmah kalau cincin RM24juta pun boleh beli, takkan nak pergi umrah pun tak mampu. Inilah, akhir zaman orang lebih suka dunia.
   

KELANTAN ; SEGERAKAN PELAKSANAAN HUDUD

Unit Amal menggesa kerajaan negeri Kelantan melaksanakan segera undang - undang Hudud, Qisas & Ta'zir.


Kerajaan Negeri Kelantan sepatutnya tidak memerlukan kelulusan usul dari Dewan Rakyat kerana kerajaan negeri mempunyai kuasa mutlak terhadap apa - apa undang - undang berkaitan Agama Islam. Dewan Undangan Negeri hanya memerlukan sokongan 2/3 dewan untuk meluluskan Hudud, Qisas & Ta'zir ini. Perkara ini sudah pun disahkan dan sepatutnya kerajaan negeri hanya perlu perkenan dari Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan. Rakyat Kelantan dan seluruh rakyat Malaysia sangat menantikan undang - undang ini dilaksanakan.

Kerajaan Negeri Kelantan juga sepatutnya tidak melayani sebarang provokasi & permainan politik dari UMNO/BN. Mereka hanya mahu menggagalkan kita dan pendirian mereka amat jelas dalam isu Hudud ini.

Kita juga tidak perlu takut terhadap sebarang ugutan dan cercaan manusia, apa yang perlu kita takuti adalah balasan & azab dari Allah swt kerana kegagalan kita menegakkan undang - undang Islam.

Kepada rakan bukan Islam, anda tidak perlu khuatir kerana undang - undang ini hanya termaktub kepada orang Islam sahaja.

Kepada rakan Islam anda juga tidak perlu takut.



Monday, April 21, 2014

PRESIDEN PKR : DATIN SERI WAN AZIZAH MENANG TANPA BERTANDING

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR 2014, Datuk Johari Abdul sebentar tadi mengumumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat keputusan untuk menarik diri dari pertandingan merebut jawatan Presiden PKR dalam pemilihan yang sedang berlangsung.




Penarikan diri ini jelas telah memberi kemenangan muktamad kepada pesaingnya iaitu Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Tiada alasan dikemukakan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Undian semasa dari semua Cabang yang telah bermesyuarat setakat ini menunjukkan, Dato' Seri Anwar mendahului Datin Seri Wan Azizah Ismail dengan majoriti yang sangat besar.


Walaupun berita ini menyedihkan kita semua kerana inilah masanya buat pertama kali sejak 1999, PKR akan diketuai oleh orang yang menjadi ilham kepada penubuhan parti tersebut, tapi kita harus menghormati keputusan ini dengan baik.

Penyokong PKR juga tidak seharusnya rasa dibohongi dengan pengumuman ini kerana kita harus menerima kenyataan bahawa apa juga keputusan yang dibuat pimpinan, ia sudah pasti untuk kebaikan semua ahli.  

GST Vs HUDUD

KEMPEN | GST vs HUDUD

Kalau bab GST, bukan main gila Kerajaan Malaysia kempen. Tak cukup dengan Billboard, TV, Radio, dan Surat Khabar, Tazkirah dan Khutbah Jumaat pun tajuk pasal Cukai.
Tapi masuk bab Hudud, bab Undang-undang Allah, sikit pun Kerajaan Malaysia tak nak bantu Kerajaan Kelantan kempen di TV, Radio, dan Surat Khabar untuk bagi penerangan Hudud dengan lebih mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia. 
( Benci betul mereka dengan undang-undang Allah ni)


Yelah, GST dapat buat mereka mengaut lebih banyak wang rakyat untuk masuk poket kroni mereka. Undang-undang Allah ni apa lah sangat, tak penting bagi mereka. Bagi mereka dunia lebih penting dari akhirat.

'TIDAK YAKIN DENGAN UNDANG-UNDANG ALLAH' sama seperti 'TIDAK YAKIN DENGAN ALLAH'

Sunday, April 20, 2014

GST : JOM!! GANYANG SAMPAI TUMBANG

Countdown untuk menumbangkan rejim kezaliman Najib & UMNO hanya tinggal lebih kurang 10 hari sahaja lagi.

Unit Amal menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk turun beramai - ramai pada 1 Mei ini bagi menginterpretasikan kemarahan rakyat dan sekaligus melancarkan gerakan Reformasi kepimpinan negara. Kita sudah tiada masa, UMNO/BN telah menggunakan kuasa rakyat untuk menhimpit rakyat dan membolot kekayaan negara kepada kroni mereka. 

Natijahnya! negara berada dalam keadaan kemelesetan hari ini, subsidi terpaksa di tarik balik, harga barangan dinaikkan, hutang negara mencecah ratusan billion Ringgit.

Rakyat harus TURUN pada 1 Mei ini bukan sahaja untuk membantah pelaksanaan GST tetapi juga sebagai satu jalan jihad untuk negara. Jihad menentang kezaliman UMNO/BN.


UMNO/BN menggunakan GST sebagai alat untuk 'Gasak Sampai Tulang' rakyat, apabila hutang negara semakin meruncing UMNO/BN mahu melaksanakan GST untuk mengawal semula hutang tersebut sedangkan merekalah yang boros dan titis dalam menjalankan ekonomi negara.

UMNO/BN adalah 'Geng Suka Temberang' mereka gunakan GST sebagai alat untuk menipu rakyat.

UMNO/BN adalah 'Geng Sapu Tanah' mereka curi hasil negara, mereka rampas tanah rakyat demi kekayaan mereka.

UMNO/BN adalah 'Gampang,Sial,Tahik' setelah mereka lacurkan ekonomi negara, mereka minta rakyat tanggung kerakusan nafsu syahwat mereka melalui GST.

UMNO/BN cuba melaksanakan 'Goverment Sucks Tax' kerana harga kos penghasilan barangan dan perkhidmatan akan naik berlipat kali ganda kerana setiap barangan akan dikenakan GST.

UMNO/BN adalah 'Ganja Sampai Tonggeng'  maknanya duit hasil kutipan GST nanti akan dibelanjakan untuk mengadakan parti - parti liar yang songsang, luar tabii dan penuh dengan kemaksiatan. Inilah budaya yang UMNO/BN mahukan.

Sebagai Rakyat yang mencintai Tanahair ini, marilah kita bersama - sama pada 1 Mei ini untuk melaksanakan GST keatas rejim jahat UMNO/BN. GST kita adalah 'GANYANG SAMPAI TUMBANG',  'GANYANG SAMPAI TUMBANG',  'GANYANG SAMPAI TUMBANG'  



KARPAL SINGH:ANTARA DUA KESEDIHAN

SAHL bin Hunaif dan Qees bin Saad melaporkan: Sesungguhnya Nabi s.a.w. dilintasi di hadapannya oleh satu jenazah, lalu baginda berdiri. Diberitakan kepada baginda bahawa ia jenazah seorang Yahudi. Lalu baginda bersabda: "Tidakkah ia satu jiwa?" (Riwayat Bukhari (no. 1250) dan Muslim (no. 961))

"Perginya seorang penentang tegar Islam yang mendapat sokongan ulamak-ulamak," komen seorang Melayu di media sosial.

"Mana Ustaz PAS? Pergilah langkah mayat Karpal. Barulah boleh laksana negara Islam," tulis seorang lagi di laman wassup.

Jasad bekas Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh telah disempurnakan hari ini mengikut tradisi agama Sikh setelah majlis penghormatan negeri berlangsung di Dewan Sri Pinang pagi tadi. Ribuan rakyat tanpa mengira kaum dan agama hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang.
 

Dari ketua negeri, ketua eksekutif negeri, pemimpin politik dan masyarakat hinggalah kepada rakyat bawahan, penghormatan yang diterima mendiang amat jarang diterima oleh seorang pemimpin politik mahupun wakil rakyat.

Dari saat berita pemergian mengejut beliau akibat kemalangan pada awal pagi 17 April lalu, hinggalah jasadnya dibawa ke Dewan Sri Pinang untuk penghormatan terakhir, ucapan takziah dan simpati diterima daripada pelbagai pihak – pemimpin negara, ketua badan kehakiman, pemimpin politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat seluruhnya.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam perutusan takziahnya berkata, mendiang ialah seorang yang sangat cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam apa jua urusan yang diperjuangkan.

"Saya bagi mewakili seluruh ahli dan kepimpinan PAS ingin meyampaikan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga mendiang.

"Mendiang adalah seorang bapa, kawan, ahli politik veteran dan seorang peguam yang tidak berhenti dari memperjuangkan keadilan dan prinsip rule of law itu sendiri," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut berharap ahli keluarga mendiang dan kepimpinan DAP dapat terus bersabar dengan ujian yang berat seperti ini.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid menyifatkan kehilangan Karpal sebagai sukar dicari ganti.

Karpal, ujar Azmi terus berpihak kepada keadilan merentas kaum dan sering menyuarakan dengan lantang pendiriannya terutama dari segi undang-undang demi memperjuangkan keadilan yang dipertahankannya dengan tegas.

Mohd Azmi menambah, ketabahan mendiang mengharungi pelbagai ujian dan tindakan yang dikenakan ke atas beliau mengajar semua pihak bahawa pejuang yang tidak berani menghadapi risiko tidak akan boleh bertahan atas nama rakyat.

Di saat masyarakat umum bersedih dan bersimpati dengan pemergian Karpal, terdapat juga suara-suara sumbang keluar daripada mulut pemimpin-pemimpin chauvinist yang kononnya bercakap atas nama agama.

Kenyataan-kenyataan berunsur penghinaan dan provokatif tersebar di media sosial untuk menunjukkan kononnya mendiang ialah seorang anti-Islam dan antihudud.

Ada pihak yang membuat posting palsu atas nama Ketua Pemuda PAS dan Unit Amal PAS bertujuan menangguk di air keruh.

Namun penghinaan dan kata nista dari individu-individu tertentu itu menerima kecaman balas daripada para pendakwah, pemimpin politik malah para pemimpin kerajaan BN sendiri.

Seperti diungkapkan oleh bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin ketika menjawab cercaan para pencela terhadap peribadi Karpal, “Saya tidak tahu hakikat YB Karpal Singh, namun atas nama akhlak Islam yang mulia, saya ucapkan takziah kepada kaum keluarganya. Semoga Allah memberikan gantian dan keadaan yang lebih baik untuk mereka.”

Sambil memetik hadis di atas yang memerintahkan umat Islam supaya menghormati jenazah walaupun jasad Yahudi bukan Islam, beliau berkata:

“Seseorang non-muslim yang menolak sesuatu berkaitan Islam hendaklah diselidiki apakah dia membenci Islam ataupun dia membenci versi atau tafsiran Islam yang dibawa oleh pihak tertentu.

“Persis seperti seorang muslim yang menolak cakap seseorang tokoh agama, apakah dia menolak Islam ataupun menolak pendekatan yang dibawa oleh tokoh berkenaan.”

Manshor Yahya, seorang pengunjung Harakahdaily memuatkan komennya, “Beramal menghormati jenazah adalah amalan yang perlu dilaksanakan oleh muslim sejati kerana tiap yang diciptakan oleh Allah SWT itu perlu dihormati. Kalau tidak kita tidak menghormati Allah SWT.”

Pemergian Karpal sesungguhnya memberikan kita dua kesedihan.

Kesedihan pertama tentunya kerana kehilangan tokoh negarawan yang banyak berjasa kepada negara dan watan.

Kesedihan kedua adalah mengenangkan kejahilan segelintir umat yang berlagak sebagai ‘pembela agama dan bangsa’, tetapi sebenarnya memutikkan tanggapan buruk kepada kemurnian ajaran Islam yang menjadi agama rasmi negara.

Friday, April 18, 2014

SEDEKAH AL FATIHAH KEPADA BUKAN ISLAM : MANA KEBENARANNYA?

Unit Amal mencabar mana - mana pihak yang merasakan ilmu Islamnya adalah lebih baik untuk mengemukakan sebarang ayat Al Quran, dalil mahupun hadis sahih berkaitan larangan menyedekahkan Al Fatihah ke atas orang bukan Islam.

Pemikiran kolot orang Islam hari ini telah menjejaskan dakwah Islamiyah ke atas orang bukan Islam. Orang Islam hari ini terlalu memikirkan soal luaran berbanding dalaman. Ini adalah akibat daripada kepimpinan negara selama 57 tahun kemerdekaan ini dipimpin oleh pemimpin jahiliyah UMNO/BN.

UMNO/BN telah berjaya menghakis kekuatan Islam dalam diri orang Melayu terutamanya hingga mereka memperjuangkan perkara - perkara duniawi semata -mata. UMNO/BN berkeras untuk tidak membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah, dahulu UMNO/BN lah yang menggunakan alasan hukuman HUDUD adalah satu bentuk kezaliman kepada manusia. kecelaruan minda masyarakat hari ini adalah kerana doktrinisasi UMNO/BN ke atas rakyat selama 57 tahun.
 
Berbalik kepada pemergian YB Karpal Singh, Unit Amal masih berpendirian bahawa tiada sebarang kesalahan untuk menyedekahkan Al Fatihah ke atas beliau. Ini menggambarkan ketinggian dan kemulian umat Islam yang menghayati dan memahami Islam sebagai landasan hidupnya.



Ini menyingkap sirah Rasulullah SAW dalam satu hadis ; 

      "Sesungguhnya telah lalu dihadapan Nabi SAW satu jenazah, lalu Baginda bangun  (bagi menghormati). Lalu diberitahu kepada Baginda: "Itu jenazah seorang Yahudi". Baginda bersabda : "Tidakkah ia juga jiwa (insan)?"
RIWAYAT AL BUKHARI & MUSLIM  




Wednesday, April 16, 2014

AL FATIHAH : PERGINYA SEORANG SYUHADAH

Unit Amal PAS Pusat mengucapkan Takziah kepada keluarga Yang Berhormat Karpal Singh Ram Singh di atas pemergian mendiang malam tadi dalam satu kemalangan ngeri di KM 306.1 Lebuh raya Utara - Selatan arah Utara berhampiran Gua Tempurung, Perak.

Unit Amal menyeru seluruh umat Islam menyedekahkan al Fatihah ke atas mendiang YB Karpal Singh. semoga rohnya ditempatkan di kalangan para syuhadah.

Suka Unit Amal tekankan di sini, adalah tidak menjadi kesalahan kita menyedekahkan Al Fatihah ke atas orang Bukan Islam yang meninggal dunia. Ini kerana Islam adalah agama untuk seluruh umat, Islam adalah agama yang adil, Islam adalah agama yang menganjurkan syak wasangka yang baik walaupun terhadap musuh kita. Al Fatihah adalah satu bentuk sedekah kita terhadap sesiapa jua.


Malah dalam bual-bual subuh tadi ada seorang sahabat menyatakan mendiang YB Karpal Singh boleh di anggap sebagai seorang syuhadah kerana perjalanannya adalah untuk menjalankan tugas menegakkan keadilan dan menghancurkan kezaliman undang - undang yang menekan rakyat marhaen. Ini jelas, perjuangan & pengorbanan yang di tuntut keatas setiap umat di muka bumi ini. TIADA dakwa-dakwi perjuangan mendiang adalah ke jalan kebenaran.

Semoga YB Karpal Singh di saat-saat akhir nafasnya sempat mengucapkan kalimah Syahadah...maka syurga lah tempat yang sebaik-baiknya keatas mendiang.



Friday, April 11, 2014

TRAGEDI MEMALI :BN LAYAK DIGELAR 'KERAJAAN PEMBOHONG'

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menyifatkan kerajaan BN sebagai "kerajaan pembohong"  kerana enggan menarik balik pembohongan berkaitan Peristiwa Memali.

"Kalau dalam tragedi berdarah seperti Peristiwa Memali pun kerajaan BN begitu tegar membohongi rakyat, tidak ada jaminan sama sekali ia tidak berbohong dalam perkara lain.

"Orang Putih kata "once a liar always a liar" - sekali jadi pembohong sampai bila-bila pun pembohong," katanya yang sebelum itu cuba membangkitkan usul supaya Kertas Putih Memali ditarik balik berdasarkan bukti-bukti terbaru.

"Dewan Rakyat telah dibohongi oleh Kertas Putih Memali," katanya ketika membangkitkan perkara itu.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berusaha untuk membangkitkan usul yang telahpun ditolak sebelum ini oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Usul itu dibuat berikutan kenyataan Tun Musa Hitam sebelum ini yang menyatakan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya berada dalam negara dan bukan berada di luar negara.

Selama ini kerajaan mendakwa bahawa Dr Mahathir sedang dalam lawatan ke China ketika berlakunya peristiwa serangan pihak berkuasa ke atas penduduk kampung di Memali sehingga mengakibatkan 18 orang terbunuh termasuk empat anggota polis.

"Jadi bagi saya bahawa adalah wajar untuk Parlimen membincangkan malah perlu menarik balik Kertas Putih Memali yang menunjukkan bahawa pada waktu itu berlaku pembohongan," kata Mahfuz.

Beliau menekankan bahawa Musa yang pada waktu itu adalah Menteri Dalam Negeri dan juga Timbalan Perdana Menteri mengakui pada waktu kejadian 19 November 1985, Dr Mahathir masih berada dalam negeri dan bukan berada di China sebagaimana dihebahkan kepada umum.

"Kedua, kata Tun Musa Hitam, beliau bukanlah pemangku Perdana Menteri pada waktu berlakunya peristiwa Memali seperti dilaporkan.

"Selaku Menteri Dalam Negeri pada ketika itu, Tun Musa mengambil tanggung jawab sepenuhnya dan bersedia untuk mendedahkan fakta sebenar peristiwa Memali," kata beliau.

Mahfuz berkata, sepatutnya kerajaan membawa satu usul untuk menarik balik Kertas Putih itu dan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja.

Beliau mengingatkan tentang kesediaan Musa untuk memberikan keterangan sebenar berkaitan peristiwa Memali.

Sehubungan itu, Mahfuz mempertikaikan alasan Yang Dipertua Dewan menolak usul tersebut atas alasan kenyataan Musa itu dibuat di dalam forum.

"Sedangkan kenyataan beliau itu  konsisten. Dalam forum kemudian dibuat lagi penegasan beberapa hari selepas itu dalam kenyataan media yang bertulis," tegas Mahfuz.

Bagaimanapun, usaha Mahfuz membangkitkan perkara itu ditolak  Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said.

"Saya terikat dengan Peraturan Mesyuarat 18(8) di mana usul yang ditolak tidak boleh dikemukakan dan tidak boleh lagi dibaca dalam Majlis Mesyuarat," katanya.

Thursday, April 10, 2014

GST:MANSUH BUKAN TANGGUH

Saya pelik melihat rakan-rakan saya dan juga pejuang-pejuang Facebook agak segan membicarakan tentang GST yang baru saja diluluskan di Dewan Rakyat, yang disokong penuh oleh ahli-ahli parlimen BN pada 7 April lepas.

GST adalah sesuatu yang tidak diperlukan oleh negara ini. Ia menaikkan harga segala barangan di sekeliling kita dari yang sekecil-kecil hingga yang sebesar-besarnya. Ia mengakibatkan yang miskin menjadi lebih miskin.

Ia menyebabkan seorang ibu terpaksa bekerja membantu menyara keluarga meninggalkan anak-anak di rumah pengasuh. Ia menyebabkan seorang bapa terpaksa bekerja lebih masa untuk menambah pendapatan lalu meninggalkan ruang yang amat sedikit untuk bersama dan mendidik anak-anak. Lalu anak-anak tidak diasuh dengan sempurna, lalu terpengaruh dengan perkara yang tidak baik, lalu makin bertambahlah masalah sosial di negara ini. Anda katakan keharmonian negara bermula dari rumah tangga yang sempurna, jadi bagaimana?

GST menyebabkan rakyat tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi. Tekanan tidak baik untuk kesihatan. Tekanan perasaan menyebabkan manusia hilang kawalan. Jenayah akan menjadi-jadi.

Tekanan perasaan menyebabkan manusia lebih jauh dari Tuhan. Anda pernah dengar cerita-cerita di Facebook tentang umat Islam yang terpaksa murtad untuk mendapatkan bantuan kewangan disebabkan kefakiran hidup? Pernahkah anda mendengar hadis bahawa hampir-hampir kefakiran itu membawa kepada kekufuran? Dan anda masih mengatakan anda seorang pejuang akidah?

Anda mahu mengambil contoh negara-negara maju yang tiada masalah melaksanakan GST. Biar saya ceritakan keadaan di negara-negara Barat. Mereka laksanakan GST, tetapi tidak mencukai tinggi harga keretanya. Mereka laksanakan GST, tetapi pendidikan percuma, tidak perlu pinjam PTPTN untuk sambung belajar di universiti kerana semuanya ada biasiswa. Mereka ada gaji minimum berasaskan jam, bukan bulan. Mereka ada bantuan sosial untuk anak-anak yatim, ibu tunggal dan orang yang baru kehilangan kerja. Lebuh raya mereka mengenakan tol yang amat minimum. Harga minyak petrol mereka lebih rendah dengan nilai mata wang mereka yang tinggi.

Mengapa kita tidak mahu ikut contoh sebegini? Mengapa kita suka ambil separuh dan meninggalkan separuh lagi? Sudah terbiasa dengan cara kita ambil sebahagian ajaran al-Qur’an dan meninggalkan sebahagian yang lain?

Maka rakan-rakan dan para pejuang Facebook. Marilah kita turut bawa jihad dari Syria itu lebih dekat dengan rumah, ke Rohingya lalu ke negara kita sendiri. GST ialah undang-undang zalim. Ketirisan dan pembaziran oleh kerajaan tidak mahu dibasmi, tetapi cukai mahu ditambah.

Imam Nawawi pernah diminta oleh khalifah untuk mengeluarkan fatwa membenarkan kerajaan mencukai lebih rakyat untuk membiayai peperangan mempertahankan negara. Beliau menolak malah menegur khalifah supaya menghentikan kemewahan perbelanjaan kerajaan terlebih dahulu. Darurat apakah pula yang sedang kita hadapi sekarang?

Justeru marilah kita sama-sama berbuat gegak-gempita di seluruh negara, di Facebook, di blog, di kedai kopi, di tempat kerja, di taman atau di mana sahaja menceritakan bahaya GST. Sebarkan berita tentang kezalimannya. Ini adalah untuk kebaikan masa depan anda. Nanti jika ia telah dilaksanakan, anda dan orang-orang yang anda sayangi juga yang susah. Jangan sampai sudah terlajak perahu tidak mampu diundur lagi.

Kita bukan mahu GST ditangguh atau dikaji semula. Kita mahu GST dimansuhkan serta-merta.

Wednesday, April 9, 2014

PENGUTIP CUKAI BERADA DI DALAM NERAKA .

MUQADDIMAH“Isk! Haram! Dalam Islam, mana ada cukai…”

Demikianlah mungkin gambaran kasar mengenai kefahaman umum umat Islam terhadap cukai. Benarkah demikian? Apakah status sebenar cukai di sisi Islam? Apakah dalam Islam memang tiada system cukai yang diaplikasikan? Apakah pada zaman dahulu, khususnya zaman Rasulullah SAW dan khulafak ar-Rasyidin memang tiada perlaksanaan sebarang system percukaian ini?

SERUAN KEPADA SEMUA AHLI DAN PENYOKONG PAS

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah menyeru kepada semua ahli dan penyokong PAS agar beramai-ramai melakukan solat hajat atas kes perbicaraan perintah ingkar mahkamah yang akan dijalankan pada 14 April ini setelah kes yang sepatutnya dibicarakan pada 30 Mac lalu ditangguhkan.

“Sila sebarkan makluman ini dan sama-samalah kita berdoa agar Tuan Guru Presiden akan diselamatkan oleh cubaan dari pihak-pihak yang ingin memalukan dan menjatuhkan imej Tuan Guru,” tulisnya menerusi facebook.

Tuesday, April 8, 2014

TOPLESS BEACH PARTY : SATU LAGI PARTI LIAR UNDANG BALA ALLAH

 

Semakin hari semakin banyak parti liar yang diadakan di negara kita. Terbaru bertempat di Pool, Jalan Ampang pada 11 April ini, satu lagi parti liar akan dianjurkan. Satu lagi parti yang melalaikan anak anak muda Malaysia bertemakan bikini dan minuman keras hendak dianjurkan.

DBKL, JAWI dan JAKIM harus bertindak mengharamkan atau menarik balik lesen penganjuran parti ini. Parti sebegini tidak sepatutnya diadakan di negara kita walau atas apa alasan sekalipun.

Tahun Melawat Malaysia 2014 bukan tahun membuat parti-parti liar yang tidak mendatangkan faedah. Pelancong luar datang ke Malaysia hendak menikmati pantai kita yang cantik, hendak berhibur dengan tarian kebudayaan dan keindahan Malaysia, makanan kita yang pelbagai yang enak-enak dan bukannya parti buih, parti telanjang dan sebagainya.
Menurut poster parti itu, para pengunjung wanita digalakkan memakai bikini dan hanya seluar pendek bagi pengunjung lelaki serta satu klausa, “lebih sedikit pakaian lebih bagus”.
Pada parti itu juga akan diadakan “Pertandingan Tarian Kotor (Lucah)” yang pemenangnya akan menerima satu tong beer dan juga baucer mencacah tattoo.

Tidak diketahui, bagaimana parti seliar ini boleh pula diadakan tanpa pernah diserbu pihak berkuasa dan juga polis kerana terdapat kemungkinan besar yang kukuh pada parti sebegini dadah seperti ‘pil khayal’ dan ‘pil kuda’ turut diedarkan untuk para pengunjung.

Amat wajarlah pihak berkuasa singgah di kelab berkenaan untuk membuat pemeriksaan dan mungkin juga siasatan kerana cara parti di kelab berkenaan dilihat agak liar dan tidak sesuai videonya untuk dipaparkan di dalam artikel ini
.
Dengan poster lucah dan promosi berbaur lucah sudah pasti parti itu akan mendapat kecaman beberapa pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam kerana parti itu jelas akan menggalakkan lagi masalah sosial dalam kalangan masyarakat moden Malaysia pada ketika ini

Monday, April 7, 2014

GST HANYA TAMBAH BEBAN GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH DAN ORANG MELAYU




GEORGE TOWN: Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan April tahun depan merupakan sistem percukaian songsang yang akan lebih membebankan golongan berpendapatan rendah.

Kajian Penang Institute (PI) mendapati beberapa kelompok masyarakat akan terpaksa membayar peratusan lebih tinggi daripada pendapatan mereka apabila GST dikuatkuasakan.

LAPORAN AUDIT : KETIRISAN JADI BUDAYA KERAJAAN

Membaca laporan audit bagi tahun 2013 yang dibentangkan hari ini, suatu kesimpulan yang nyata ialah masalah ketirisan, tidak amanah, sambil lewa, cuai dan mengutamakan kroni masih menjadi budaya di dalam kerajaan pimpinan BN yang hanya memperolehi sokongan undi popular sebanyak 47 peratus dalam pilihanraya umum lalu.

Masih kedengaran lagi berita-berita menyedihkan seperti projek gagal disiapkan mengikut jadual, nilai kontrak lebih tinggi daripada sepatutnya, pemberian kontrak kepada syarikat muflis, peralatan berhabuk dalam stor, bekalan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, syarikat yang dilantik lewat menyerahkan kutipan rumah PPR sehingga kerajaan menanggung kerugia, syarikat gagal menyiapkan projek dan sebagainya.

Walaupun menurut Pengerusi PAC, Nur Jazlan Mohamed, laporan audit pada tahun ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya berikutan pemantauan yang lebih ketat oleh Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan, hakikatnya kerugian wang kerajaan masih banyak berlaku.

Dilaporkan lima kementerian iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri akan dipanggil dan 121 kes pula berkemungkinan berdepan tindakan, harapan orangramai ialah tindakan itu benar-benar menjadi kenyataan akhirnya.

Diharapkan tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, isu berkaitan ketirisan dan penyelewengan yang didedahkan oleh Laporan Audit ini hanya meriah menjadi mainan di media-media saja tetapi tindakannya "habuk pun tak ada" atau kalau ada tindakan pun hanya ikan-ikan bilis saja yang diambil tindakan.

BERSIH 2.0 SERU HADIRI PERBICARAAN MEJAR ZAIDI .

KUALA LUMPUR: Kumpulan menuntut reformasi pilihan raya, Bersih 2.0 dan 40 badan bukan kerajaan (NGO) menyeru orang awam yang prihatin mengenai isu pilihan raya yang bebas dan adil, untuk memberikan sokongan kepada Mejar Zaidi Ahmad yang bakal dibicarakan di Mahkamah Tentera Pengkalan TUDM Sungai Besi, dekat sini pada 8 hingga 10 April ini.

Dalam satu kenyataan media bersama yang ditandatangani Bersih 2.0 dan NGO terbabit, mereka menggesa Majlis Angkatan Tentera Malaysia untuk menggugurkan kesemua tujuh pertuduhan terhadap Mejar Zaidi Ahmad yang membuat laporan polis mengenai dakwat kekal.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri telah mengaku dalam laporan media mengenai kegagalan dakwat kekal yang digunakan sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, yang turut dilaporkan oleh ratusan pengundi.

"Persoalannya, kenapa tindakan diambil terhadap Mejar Zaidi bilamana beliau bercakap demi kepentingan awam?" kenyataan itu dipetik.

Mejar Zaidi dituduh melanggar arahan Majlis Angkatan Tentera Malaysia dengan membuat laporan polis mengenai ketidak-kekalan dakwat kekal yang digunakan dalam pengundian awal sewaktu PRU13.

Tiga daripada tujuh pertuduhan yang dihadapi beliau adalah membuat kenyataan media tanpa kebenaran pihak atasan tentera dan menghantar dua SMS lanjutan "berbau politik".

Jika didapati bersalah, Mejar Zaidi berkemungkinan akan kehilangan hak pencen dan faedah-faedah lain.

"Ini merupakan ketidakadilan yang tidak boleh diterima bila kita bercakap soal demokrasi. Mejar Zaidi sebenarnya seorang wira. Jika kesemua rakyat Malaysia seperti Mejar Zaidi, yakni berani menyuarakan yang hak, benar dan adil, pastinya sistem pentadbiran negara kurang kepincangannya," jelas Bersih 2.0.

Menurut Bersih 2.0, Perkara 114 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa SPR harus mendapatkan keyakinan dan kepercayaan umum, namun tiada sebarang tindakan diambil terhadap badan itu yang secara jelas berpihak dan gagal dalam mengendalikan penggunaan dakwat kekal.

"Sebaliknya seorang rakyat Malaysia yang berprinsip dan berani pula yang dihadapkan ke mahkamah," ujar kenyataan itu.

Sehubungan itu, Bersih 2.0 mengajak orang awam untuk hadir memberikan sokongan kepada Mejar Zaidi di Mahkamah Tentera Pengkalan TUDM Sungai Besi, esok.

Antara NGO yang turut menyokong tuntutan Bersih 2.0 adalah Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Association of Women Lawyers (AWL), Centre for Independent Journalism (CIJ), Coalition Of Kelantan NGOs, Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Himpunan Hijau, KL & Selangor Chinese Assembly Hall – Youth Section (KLSCAH Youth) dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).

Sunday, April 6, 2014

BN LUPA JANJI BINA HOSPITAL BARU KAJANG , SENYAP LEPAS TEWAS PRK .


SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad membidas tindakan BN yang gemar menjadikan isu kemudahan asas sebagai modal memancing undi setiap kali pilihan raya diadakan.

Beliau berkata, kemudahan asas seperti pembinaan hospital seharusnya menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat termasuk membina bangunan baru Hospital Kajang yang sudah berusia 125 tahun.

Friday, April 4, 2014

CULIK : BELUM APA-APA , NAJIB DAH BUAT SPEKULASI

Belum pun nampak ‘kekeruhan’ hubungan Malaysia dengan China dapat dijernihkan berikutan insiden kehilangan pesawat MH370, kini berlaku lagi kejadian penculikan dua pelancong di Semporna, Sabah di mana salah seorang daripadanya adalah warga China. Seorang lagi mangsa ialah rakyat Filipina.

Memang diketahui Malaysia adalah antara negara yang paling digemari oleh pelancong China.

Jika dalam insiden MH370, 158 daripada 239 penumpangnya adalah warga China, ketika kejadian penculikan di sebuah resort di Semporna itu pula, daripada 61 pelancong yang sedang menginap, 59 daripadanya adalah warga China.

Dalam insiden penculikan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak awal-awal lagi sudah membuat spekulasi dan andaian awal mengenainya.

Thursday, April 3, 2014

HUDUD:KELANTAN AKAN JADI PEMANGKIN KEPADA PELAKSANAANNYA .



KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan membawa satu rang undang-undang persendirian (private bill) berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 ke Parlimen dalam masa terdekat.

Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat exco hari ini sebagai menyahut seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa pusat bersedia membantu Kelantan melaksanakan undang-undang itu.

Wednesday, April 2, 2014

JIKA TUDM PEKA , MH370 DAPAT DISELAMATKAN .


 
Biarpun semua persoalan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 belum terjawab, debat sudahpun bermula mengenai kesediaan Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM), penswastaan ketenteraan dan perkhidmatan radar awam.

TUDM mempunyai beberapa jet pejuang canggih seperti Sukhoi S30, MiG-29N dan F18 serta sering mengadakan latihan bersama tentera udara dari negara lain seperti Britain, Australia, New Zealand dan Singapura.

Di negara di Amerika Utara dan Eropah terdapat kerjasama rapat antara pihak tentera udara dan menara kawalan trafik.

Sekiranya radar tentera mengesan satu objek tidak dikenali atau mencurigakan, prosedur normal adalah berhubung dengan menara kawalan untuk pengesahan pesawat.

Jika pesawat itu tidak dikenali pihak tentera akan membuat hubungan radio dan sekiranya gagal jet pejuang dengan segera akan dihantar bagi memintas kapal terbang tersebut

Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Abdul Aziz dari DAP hari ini mempersoalkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kerana tidak memeriksa pesawat yang terbang misteri merentasi Semenanjung Malaysia pada hari pesawat Boeing 777-200ER milik MAS hilang.

Pesawat misteri itu kini dikenali sebagai pesawat MH370 menuju ke Beijing dari Kuala Lumpur membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang dari radar 1.30 pagi pada 8 Mac. Ia masih belum ditemui.

“Pada masa apa-apa sahaja radar mengesan pencerobohan udara oleh pesawat yang tidak dikenal pasti, mengapa TUDM tidak berbuat apa-apa? Di mana 18 Sukhoi dan MiG kita?” soalnya menerusi kiriman blognya hari ini.

MP Raub itu mengulas mengenai tentera India yang mendakwa mengesan pesawat yang tidak dikenali berada di ruang udara mereka berkemungkinan diserang jet pejuang.

“Itulah caranya kita mengesan sama ada objek tersebut musuh atau pun tidak dengan menunggu objek tersebut memberi tindak balas.

“Di Malaysia, pencerobohan diambil ringan atau lebih buruk lagi, jet pejuang kita tidak berada dalam keadaan bersedia 24/7.

“Ia cabang penting terhadap keselamatan negara,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan kenyataan Panglima TUDM Tan Sri Rodzali Daud yang menyatakan radar tentera mengesan MH370 berkemungkinan berpatah balik setelah pesawat itu beberapa jam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Radar yang mana mengesan ia berpatah balik? Radar komersial di Pengkalan Chepa atau radar pengawasan udara milik Zetro Aerospace Corporation. Radar berkenaan bernilai RM72 juta dan ia tidak boleh mengesan berpatah balik?

“Adakah radar itu berkebolehan mengesan secara berterusan atau ia mudah hilang dari sistem? Adakah radar tersebut berfungsi?” katanya.

Zetro Aerospace merupakan salah satu kontraktor pertahanan terbesar di Malaysia pakar dalam bidang avionik dan memiliki kontrak dengan TUDM sejak 1998.

Ia memiliki tiga kontrak kerajaan bagi menyelenggara dan membaiki radio pesawat, radar udara, menara kawalan udara dan komunikasi pertahanan serta bantuan navigasi.

Ia menerima kontrak RM43 juta bagi memodenkan sistem radar di dua pengkalan TUDM di Kuantan dan Butterworth pada 2005.

Antara jururundingnya adalah bekas panglima TUDM Tan Sri Nik Ismail Nik Mohamad yang menerajui tentera udara semasa sistem radar dibangunkan.

Sistem baru di Kuantan dan Butterworth menggantikan teknologi pemantauan Astrid yang digunakan TUDM sejak lebih 20 tahun lalu .

Di samping itu , membaca berita negara-negara yang menghantar kapal selam mereka untuk membantu mencari MH370 terasa alangkah indahnya jika negara kita juga mempunyai kapal selam yang boleh berfungsi.

Demikian tulis bekas Mufti Negeri Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi Facebook beliau.

“Isu kapal selam negara telah lama kita dengar. Dalam keadaan seperti ini alangkah cantiknya jika ia dapat memberi sedikit sumbangan sepadan dengan harganya yang mahal,” ujarnya.

Menurutnya, walaupun ada yang berkata ia tidak sesuai kerana tidak seperti yang dimiliki oleh 'jiran sebelah', tapi jawapan itu tidak memberikan kebanggaan pada negara.

How I wish! because I love my country so much,” tulisnya lagi.

AZMIN LEBIH LAYAK JADI MB SELANGOR SELEPAS PEMILIHAN PKR



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bukan nama besar dalam politik sehinggalah beliau diberikan jawatan bendahari PKR pada tahun 2006. Beliau diberikan jawatan itu kerana pengalamannya mengetuai korporat terbilang Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Begitulah antara kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media selepas mengumumkan pelantikan Abdul Khalid di ibu pejabat PKR yang terletak di Brickfield di Kuala Lumpur.

Tuesday, April 1, 2014

JANGAN MENGAKU PEMUDA PAS KALAU TAK TERLIBAT DENGAN UNIT AMAL



Satu soalan sebelum kita pergi lebih jauh, kenapa kita berjuang di dalam PAS? Sudah PASti jawapannya ialah tidak lain dan tidak bukan kerana Allah SWT. Jika kita berjuang kerana dunia belum tentu kita akan peroleh apa yang kita hajat. Jika kita sertai PAS kerana hendak bertanding di dalam pilihan raya, belum tentu nama kita tersenarai sebagai calon. Misalnya di dalam satu kawasan hanya dua atau tiga orang sahaja yang dipilih sebagai calon daripada beribu ahli PAS di satu kawasan. Rugi kita di sisi Allah SWT jika matlamat kita lain daripada apa yang diizin oleh Allah SWT .


Tidak molek, jika bersama dengan PAS, tiba-tiba tidak mahu ikut bersama Unit Amal. Apabila kita berintima' dengan PAS maka wajib kita melibatkan diri dengan Unit Amal.PAS tidak akan maju jika mempunyai ahli yang ikut kepala sendiri, tanpa mahu ikut arahan pimpinan PAS. Mana-mana parti  akan mengalami masalah jika mempunyai ahli sedemikian rupa. Manusia ini sebenarnya tidak boleh bersama PAS. Jenis manusia yang tidak boleh berkawan dengan manusia lain. Sebenarnya manusia ini ada penyakit di dalam dirinya iaitu penyakit tidak boleh ikut arahan. Peringatan Nabi SAW:

"Bahawa sesiapa yang taat kepada aku, maka ia sudah taat kepada Allah. Dan bahawa sesiapa yng derhaka kepada Aku, maka ia derhaka kepada Allah. Dan barang siapa yang taat kepada Amir (Ketua), maka ia telah taat kepada aku. Dan barang siapa yang derhaka kepada ketua, maka ia derhaka kepada aku" (Muttafaqun Alaih)

Tidak Mengabaikan Amanah Jemaah

Apabila kita menyertai jemaah PAS, maka kita mempunyai tanggungjawab untuk memikul amanah yang diarahkan oleh jemaah. Jika kita tidak melaksanakan amanah yang dipikul kepada kita, siapa lagi yang akan melaksanakan amanah ini. Perlu diingat, jika kita tidak melaksanakan amanah ,maka akan dipersoal oleh Allah SWT di akhirat nanti. Di atas dunia lagi kita melakukan jenayah dengan jemaah, sehingga musuh kita bermaharajela. Sifir mudah, kita telah membantu Umno secara percuma apabila kita tidak membantu PAS dengan melaksanakan amanah yang sepatutnya. Tidak ada makna kita marah kepada Ameno, sedangkan kita sendiri membantu Ameno secara tidak langsung.

Merasakan PAS Milik Bersama

Semangat ini akan merasakan kita sayang kepada jemaah melebihi segala-galanya. Pada kita, PAS bukan hak Mursyidul Am, bukan hak Presiden, tetapi milik bersama. Maju mundur perjuangan PAS atas daya usaha kita (biiznillah). Jika ada perasaan ini jemaah akan selamat. Kita akan terasa jika ada yang memfitnah PAS, lantas kita akan membetulkan fitnah tersebut. Bukannya kita menokok tambah untuk menabur fitnah. Siapa lagi yang hendak memikirkan tentang perjuangan PAS, jika tidak kita?.

 Berkhidmat Dengan Penuh Tekun

Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya Allah suka kepada seorang yang bekerja dengan penuh ketekunan". Kita mesti yakin bahawa bekerja di dalam jemaah adalah ibadah dengan syarat ikhlas kepada Allah. Kita mesti rasa malu dengan penegak mungkar yang tidak jemu-jemu mencari formula bagaimana hendak menarik orang kepada program mereka. Sedangkan kerja mereka tidak diredhai oleh Allah SWT. Mereka merancang dengan penuh strategik untuk menarik sokongan kepada program mereka. Sepatutnya kita sebagai anggota Unit Amal perlu menggandakan usaha kita tanpa penat dan jemu, kerana kita adalah Ansarullah. Perlu diingat walaupun perjuangan kita benar tetapi jika kita tidak berkerja dengan penuh ketekunan maka usaha ini akan gagal. Sebagaimana kata-kata Saidina Ali Karramallahuwajhah, "Kebenaran tanpa penyusunan akan ditewaskan oleh kebatilan yang mempunyai penyusunan yang rapi".

Thiqah Dengan Kebijaksanaan Pemimpin

Hidup berjemaah inilah sifat yang mesti disuburkan. Apa makna dia seorang pemimpin jika kita sendiri tidak thiqah kepadanya. Menganggap pemimpin semua bodoh, kita sahaja yang cerdik adalah suatu perkara yang salah. Suatu masa nanti apabila kita menjadi pemimpin, Allah akan balas balik kepada kita iaitu pengikut kita pula anggap kita pula bodoh. Masing-masing ada tanggungjawab yang telah diatur oleh perlembagaan parti. Pemimpin membuat cadangan, perancangan dan mengatur gerak kerja yang difikirkan sesuai dan munasabah untuk mencapai matlamat. Hal ini akan berubah dari semasa ke semasa menurut ijtihad kepimpinan.

Dasar sahaja tidak berubah, iaitu Islam. Tetapi bagaimana cara kita mahu melaksanakan gerak kerja kita sentiasa berubah. Perubahan kadang-kadang besar, kadang-kadang kecil, contohnya Tahaluf Siyasi. Mereka yang tidak belajar Feqah Politik, mengatakan PAS sudah menyeleweng. Pada hal keputusan yang kita buat masih lagi berkisar kepada nas syarak. Kepercayaan kepada kebijaksanaan kepimpinan adalah amat mustahak, khususnya di dalam dunia politik yang bergerak pantas. Jika jemaah gagal membuat keputusan yang cepat untuk menghadapi suasana kita akan ketinggalan zaman. Jika keputusan hendak dibincang dahulu daripada semua peringkat hingga ke cawangan, maka sudah tentu kita ketinggalan dan jemaah tidak maju. Pemimpin PAS tidak rela untuk diri mereka dimamah neraka kerana mengkianati perjuangan PAS dan ahli.

Menjaga Rahsia Parti

Rahsia parti bukan sahaja kepada orang lain, malahan dengan anak isteri tidak boleh diberi tahu. Menunjukkan bukan semua perkara yang dibincang oleh parti mesti diketahui oleh orang lain. Seorang itu dianggap biadab dengan jemaah apabila mendedahkan apa yang berlaku di dalam mesyuarat. Lebih parah lagi yang disebar keluar ialah perjalanan mesyuarat untuk membuat keputusan, bukannya keputusan mesyuarat. Beliau menceritakan orang ini setuju, orang ini bangkang. Rahsia parti dan strategi parti tidak boleh dibincang di dalam forum yang terbuka seperti Face book, Twitter yang bukan ahlinya.

Lebih kurang ajar lagi minta pandangan dan komen daripada mereka yang bukan ahlinya mengenai perjalanan parti. Biarlah kita menyusahkan musuh mendapat maklumat, jangan kita memberi maklumat secara percuma tanpa mereka bersusah payah. Sebenarnya di dalam keadaan kita menjaga rahsia ini pun masih terlepas, telahan pula kita sendiri yang mendedahkan. Peringatan untuk diri saya, hendak bercakap mengenai rahsia parti kena berhati-hati. Kebimbangan kita dengan alat komunikasi yang canggih akan merakam perbualan kita. Oleh itu, perhatikan dengan siapa yang kita berbicara. Zaman dahulu berpandang-pandang sebelum bercakap, sekarang agak sukar kerana alat perakam di dalam telefon sudah cukup menjadi alat untuk merakam perbualan kita dan di dedahkan keluar.

PESAWAT MH370 BERAKHIR DI LAUTAN HINDI TAPI TAK TERHEMPAS ?


Kerajaan BN Malaysia masih lagi dalam usaha menyelamat pesawat MH370.Pada 24 Mac ,Datuk Seri Najib Razak telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi .

Memanglah dalam kenyataan Najib itu beliau tidak menyebut perkataan terhempas, sebaliknya menggunakan ayat berakhir di Lautan Hindi. Najib juga menyebut kawasan pesawat MH370 itu dikesan kali terakhir adalah di sebuah kawasan terpencil yang jauh daripada mana-mana landasan.