Friday, April 18, 2014

SEDEKAH AL FATIHAH KEPADA BUKAN ISLAM : MANA KEBENARANNYA?

Unit Amal mencabar mana - mana pihak yang merasakan ilmu Islamnya adalah lebih baik untuk mengemukakan sebarang ayat Al Quran, dalil mahupun hadis sahih berkaitan larangan menyedekahkan Al Fatihah ke atas orang bukan Islam.

Pemikiran kolot orang Islam hari ini telah menjejaskan dakwah Islamiyah ke atas orang bukan Islam. Orang Islam hari ini terlalu memikirkan soal luaran berbanding dalaman. Ini adalah akibat daripada kepimpinan negara selama 57 tahun kemerdekaan ini dipimpin oleh pemimpin jahiliyah UMNO/BN.

UMNO/BN telah berjaya menghakis kekuatan Islam dalam diri orang Melayu terutamanya hingga mereka memperjuangkan perkara - perkara duniawi semata -mata. UMNO/BN berkeras untuk tidak membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah, dahulu UMNO/BN lah yang menggunakan alasan hukuman HUDUD adalah satu bentuk kezaliman kepada manusia. kecelaruan minda masyarakat hari ini adalah kerana doktrinisasi UMNO/BN ke atas rakyat selama 57 tahun.
 
Berbalik kepada pemergian YB Karpal Singh, Unit Amal masih berpendirian bahawa tiada sebarang kesalahan untuk menyedekahkan Al Fatihah ke atas beliau. Ini menggambarkan ketinggian dan kemulian umat Islam yang menghayati dan memahami Islam sebagai landasan hidupnya.



Ini menyingkap sirah Rasulullah SAW dalam satu hadis ; 

      "Sesungguhnya telah lalu dihadapan Nabi SAW satu jenazah, lalu Baginda bangun  (bagi menghormati). Lalu diberitahu kepada Baginda: "Itu jenazah seorang Yahudi". Baginda bersabda : "Tidakkah ia juga jiwa (insan)?"
RIWAYAT AL BUKHARI & MUSLIM  




14 comments:

  1. Pada yang create blog ni... cukup-cukuplah tu.... nanti makan diri tak tertanggung azabnya...

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152036044437592&set=a.10150194049687592.313793.358919387591&type=1&theater

    ReplyDelete
  2. Cukupkah dengan satu hadis yang mengatakan Nabi S.A.W bangun ketika jenazah seorang Yahudi melintas dihadapannya untuk menguatkan hujah anda sebagai kewajaran membacakan Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  3. yahudi di zaman Rasulullah itu ialah seorang kafir zimmi, yg ni kafir harbi.. bukan hadith yg kita kena baca, tapi Firman Allah SWT: “ Sesungguhnya orang-orang kafir, harta benda dan anak-anak mereka, sedikit pun tidak dapat menolak (siksa) Allah dari mereka. Dan mereka itu adalah bahan bakar api neraka.” (Ali ‘Imran:10)

    ReplyDelete
  4. Tahu tak jenazah org yagudi tu..yg nabi hormat yang mana..jenazahnya ke jiwanya..berbalik pada kenyataan yg menyamakan karpal sing ngn syuhadah tu boleh sana ke..erti syuhadah itu keradaan syuhadah itu dimana..nerakha ke syurga..bercakap tu tak pakai ikut hukum syariat ke.sedap mulut je..erti syurga nerakha pajat bedal borong je..jiwa karpal sing itu islam n beriman ke yg nak disamakan dgn syuhadah tu..

    ReplyDelete
  5. Lain kali paham betul2..yang dihormati itu jenazah..bukan jiwa..paham apa pula jenazah itu disudut hakikat..jgn pakai borong je..hormat yg mana hakikatnya..

    ReplyDelete
  6. Ini bodohnya punya statement. Klu rasa dia mati syahid, aku cabar kau untuk tanamkan si Karpal di tanah perkuburan Islam. Jangan buat bising dan bikin dosa besar.

    ReplyDelete
  7. Sebelum cabar orang lain utk berdebat, tunjuk dan kenalkan diri kau dulu. Kalau tidak, sampai bila pun kau pengecut. Baru pejuang namanya. jangan bacul ya.

    ReplyDelete
  8. Apa hukum sedekah Al fatihah kepada bukan islam yang mati? Jawapannya:

    “Al fatihah adalah surah pertama dalam Al quran yang berbahasa arab dan mengandungi doa hidayat, dalam al fatihah juga ada doa agar tidak dijadikan golongan sesat, so jika kita faham Al fatihah di Qiaskan sebagai ‘doa hidayat’, maka hokum untuk orang kafir yang sudah mati menjadi tidak boleh didoakan hidayat sebab dah mati, jika masih hidup, boleh sahaja doakan hidayat untuk mereka, boleh rujuk kisah nabi Muhamad SAW dan bapa saudaranya yang mati tanpa hidayat.

    ReplyDelete
  9. Surah at taubah ayat 19...elok sesangat ko samakan si karpal sing tu dgn syuhadah..g bukak terjemahan ayat tu..gila politik sampai dah tak reti nak bezakan mana haq mana bathil...

    ReplyDelete
  10. Setinggi2 tahniah..kerana berjaya membodohkan dan menjahilkan diri sendiri..hehehe..

    ReplyDelete
  11. nie geng pas bodoh lo nih... posting2 semua cedok...

    ReplyDelete
  12. Surah al-Taubah:113,
    “Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabatnya sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu ahli neraka.”

    ReplyDelete
  13. jahilnya org yg create artikel ni.lg trbukti adminnya mmg jahil...sudah byk nas yg dpaparkn olh shbat2 sya dsini.baik awk tarik balik kenyataan ni sbelum bala menimpa awk admin.biar malu ddunia jgn malu dakhirat kelak....balasan azab neraka krna mmbuat tafsirn hadis yg myeleweng pasti awk rasai nnti..brtaubatlah

    ReplyDelete
  14. Nabi tak suruh pun baca alfatihah apatah lagi utk kita mendoakan si mayat itu(mayat bukan islam) utk mendapat keberkatan dan rahmat di akhirat kelak....

    ReplyDelete