SAHL bin Hunaif dan Qees bin Saad melaporkan: Sesungguhnya Nabi s.a.w. dilintasi di hadapannya oleh satu jenazah, lalu baginda berdiri. Diberitakan kepada baginda bahawa ia jenazah seorang Yahudi. Lalu baginda bersabda: "Tidakkah ia satu jiwa?" (Riwayat Bukhari (no. 1250) dan Muslim (no. 961))
"Perginya seorang penentang tegar Islam yang mendapat sokongan ulamak-ulamak," komen seorang Melayu di media sosial.
"Mana Ustaz PAS? Pergilah langkah mayat Karpal. Barulah boleh laksana negara Islam," tulis seorang lagi di laman wassup.
Jasad bekas Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh telah disempurnakan hari ini mengikut tradisi agama Sikh setelah majlis penghormatan negeri berlangsung di Dewan Sri Pinang pagi tadi. Ribuan rakyat tanpa mengira kaum dan agama hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang.
"Perginya seorang penentang tegar Islam yang mendapat sokongan ulamak-ulamak," komen seorang Melayu di media sosial.
"Mana Ustaz PAS? Pergilah langkah mayat Karpal. Barulah boleh laksana negara Islam," tulis seorang lagi di laman wassup.
Jasad bekas Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh telah disempurnakan hari ini mengikut tradisi agama Sikh setelah majlis penghormatan negeri berlangsung di Dewan Sri Pinang pagi tadi. Ribuan rakyat tanpa mengira kaum dan agama hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang.
Dari ketua negeri, ketua eksekutif negeri, pemimpin politik dan masyarakat hinggalah kepada rakyat bawahan, penghormatan yang diterima mendiang amat jarang diterima oleh seorang pemimpin politik mahupun wakil rakyat.
Dari saat berita pemergian mengejut beliau akibat kemalangan pada awal pagi 17 April lalu, hinggalah jasadnya dibawa ke Dewan Sri Pinang untuk penghormatan terakhir, ucapan takziah dan simpati diterima daripada pelbagai pihak – pemimpin negara, ketua badan kehakiman, pemimpin politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat seluruhnya.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam perutusan takziahnya berkata, mendiang ialah seorang yang sangat cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam apa jua urusan yang diperjuangkan.
"Saya bagi mewakili seluruh ahli dan kepimpinan PAS ingin meyampaikan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga mendiang.
"Mendiang adalah seorang bapa, kawan, ahli politik veteran dan seorang peguam yang tidak berhenti dari memperjuangkan keadilan dan prinsip rule of law itu sendiri," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut berharap ahli keluarga mendiang dan kepimpinan DAP dapat terus bersabar dengan ujian yang berat seperti ini.
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid menyifatkan kehilangan Karpal sebagai sukar dicari ganti.
Karpal, ujar Azmi terus berpihak kepada keadilan merentas kaum dan sering menyuarakan dengan lantang pendiriannya terutama dari segi undang-undang demi memperjuangkan keadilan yang dipertahankannya dengan tegas.
Mohd Azmi menambah, ketabahan mendiang mengharungi pelbagai ujian dan tindakan yang dikenakan ke atas beliau mengajar semua pihak bahawa pejuang yang tidak berani menghadapi risiko tidak akan boleh bertahan atas nama rakyat.
Di saat masyarakat umum bersedih dan bersimpati dengan pemergian Karpal, terdapat juga suara-suara sumbang keluar daripada mulut pemimpin-pemimpin chauvinist yang kononnya bercakap atas nama agama.
Kenyataan-kenyataan berunsur penghinaan dan provokatif tersebar di media sosial untuk menunjukkan kononnya mendiang ialah seorang anti-Islam dan antihudud.
Ada pihak yang membuat posting palsu atas nama Ketua Pemuda PAS dan Unit Amal PAS bertujuan menangguk di air keruh.
Namun penghinaan dan kata nista dari individu-individu tertentu itu menerima kecaman balas daripada para pendakwah, pemimpin politik malah para pemimpin kerajaan BN sendiri.
Seperti diungkapkan oleh bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin ketika menjawab cercaan para pencela terhadap peribadi Karpal, “Saya tidak tahu hakikat YB Karpal Singh, namun atas nama akhlak Islam yang mulia, saya ucapkan takziah kepada kaum keluarganya. Semoga Allah memberikan gantian dan keadaan yang lebih baik untuk mereka.”
Sambil memetik hadis di atas yang memerintahkan umat Islam supaya menghormati jenazah walaupun jasad Yahudi bukan Islam, beliau berkata:
“Seseorang non-muslim yang menolak sesuatu berkaitan Islam hendaklah diselidiki apakah dia membenci Islam ataupun dia membenci versi atau tafsiran Islam yang dibawa oleh pihak tertentu.
“Persis seperti seorang muslim yang menolak cakap seseorang tokoh agama, apakah dia menolak Islam ataupun menolak pendekatan yang dibawa oleh tokoh berkenaan.”
Manshor Yahya, seorang pengunjung Harakahdaily memuatkan komennya, “Beramal menghormati jenazah adalah amalan yang perlu dilaksanakan oleh muslim sejati kerana tiap yang diciptakan oleh Allah SWT itu perlu dihormati. Kalau tidak kita tidak menghormati Allah SWT.”
Pemergian Karpal sesungguhnya memberikan kita dua kesedihan.
Kesedihan pertama tentunya kerana kehilangan tokoh negarawan yang banyak berjasa kepada negara dan watan.
Kesedihan kedua adalah mengenangkan kejahilan segelintir umat yang berlagak sebagai ‘pembela agama dan bangsa’, tetapi sebenarnya memutikkan tanggapan buruk kepada kemurnian ajaran Islam yang menjadi agama rasmi negara.
No comments:
Post a Comment