Tuesday, April 8, 2014

TOPLESS BEACH PARTY : SATU LAGI PARTI LIAR UNDANG BALA ALLAH

 

Semakin hari semakin banyak parti liar yang diadakan di negara kita. Terbaru bertempat di Pool, Jalan Ampang pada 11 April ini, satu lagi parti liar akan dianjurkan. Satu lagi parti yang melalaikan anak anak muda Malaysia bertemakan bikini dan minuman keras hendak dianjurkan.

DBKL, JAWI dan JAKIM harus bertindak mengharamkan atau menarik balik lesen penganjuran parti ini. Parti sebegini tidak sepatutnya diadakan di negara kita walau atas apa alasan sekalipun.

Tahun Melawat Malaysia 2014 bukan tahun membuat parti-parti liar yang tidak mendatangkan faedah. Pelancong luar datang ke Malaysia hendak menikmati pantai kita yang cantik, hendak berhibur dengan tarian kebudayaan dan keindahan Malaysia, makanan kita yang pelbagai yang enak-enak dan bukannya parti buih, parti telanjang dan sebagainya.
Menurut poster parti itu, para pengunjung wanita digalakkan memakai bikini dan hanya seluar pendek bagi pengunjung lelaki serta satu klausa, “lebih sedikit pakaian lebih bagus”.
Pada parti itu juga akan diadakan “Pertandingan Tarian Kotor (Lucah)” yang pemenangnya akan menerima satu tong beer dan juga baucer mencacah tattoo.

Tidak diketahui, bagaimana parti seliar ini boleh pula diadakan tanpa pernah diserbu pihak berkuasa dan juga polis kerana terdapat kemungkinan besar yang kukuh pada parti sebegini dadah seperti ‘pil khayal’ dan ‘pil kuda’ turut diedarkan untuk para pengunjung.

Amat wajarlah pihak berkuasa singgah di kelab berkenaan untuk membuat pemeriksaan dan mungkin juga siasatan kerana cara parti di kelab berkenaan dilihat agak liar dan tidak sesuai videonya untuk dipaparkan di dalam artikel ini
.
Dengan poster lucah dan promosi berbaur lucah sudah pasti parti itu akan mendapat kecaman beberapa pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam kerana parti itu jelas akan menggalakkan lagi masalah sosial dalam kalangan masyarakat moden Malaysia pada ketika ini

No comments:

Post a Comment