Showing posts with label mh370. Show all posts
Showing posts with label mh370. Show all posts

Sunday, May 18, 2014

PRK 076 : HARAM UNDI DYANA SOFEA

Pilihanraya Kecil P076 Teluk Intan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara DAP dengan BN.

DAP secara sah telah mengetengahkan calon Melayu - Islam iaitu Dyana Sofea sebagai wakil partinya di Teluk Intan.

Apa yang menjadi kehairanan Unit Amal adalah Dyana dalam usaha melobi tempatnya dalam DAP sanggup mengeluarkan kenyataan tidak menyokong Hudud, semata - mata mahu mendapat perhatian kepimpinan DAP dan juga pengundi Cina di Teluk Intan.

Walau bagaimanapun, Unit Amal melihat ini adalah hasil didikan UMNO/BN berikutan ibu Dyana adalah ahli dan penyokong tegar UMNO. Pastilah Dyana telah dimomokan dengan cerita karut UMNO tentang Hudud.

Sebagai orang Islam, Unit Amal menyeru seluruh pengundi Islam di Teluk Intan agar tidak memberi undi kepada mereka yang menentang hukum Allah swt. Janganlah kita menjadi sebahagian dari ahli neraka hanya kerana kita mahukan dunia. Na'uzbillah minzalik.

Kepada petugas Unit Amal yang berada di Teluk Intan, ingatlah jangan kamu pesongkan akidah kamu semata - mata kepentingan politik. Berundurlah, biarkan DAP dengan jenteranya. Tanpa Unit Amal disana pun DAP akan tetap mempertahankan Teluk Intan.

Unit Amal hanya menyeru kepada kebaikan, berpesan - pesan kepada sahabat yang dikasihi agar kita dijauhi dari kemurkaan Allah swt. In Sha Allah.

   

Friday, April 4, 2014

CULIK : BELUM APA-APA , NAJIB DAH BUAT SPEKULASI

Belum pun nampak ‘kekeruhan’ hubungan Malaysia dengan China dapat dijernihkan berikutan insiden kehilangan pesawat MH370, kini berlaku lagi kejadian penculikan dua pelancong di Semporna, Sabah di mana salah seorang daripadanya adalah warga China. Seorang lagi mangsa ialah rakyat Filipina.

Memang diketahui Malaysia adalah antara negara yang paling digemari oleh pelancong China.

Jika dalam insiden MH370, 158 daripada 239 penumpangnya adalah warga China, ketika kejadian penculikan di sebuah resort di Semporna itu pula, daripada 61 pelancong yang sedang menginap, 59 daripadanya adalah warga China.

Dalam insiden penculikan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak awal-awal lagi sudah membuat spekulasi dan andaian awal mengenainya.

Wednesday, April 2, 2014

JIKA TUDM PEKA , MH370 DAPAT DISELAMATKAN .


 
Biarpun semua persoalan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 belum terjawab, debat sudahpun bermula mengenai kesediaan Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM), penswastaan ketenteraan dan perkhidmatan radar awam.

TUDM mempunyai beberapa jet pejuang canggih seperti Sukhoi S30, MiG-29N dan F18 serta sering mengadakan latihan bersama tentera udara dari negara lain seperti Britain, Australia, New Zealand dan Singapura.

Di negara di Amerika Utara dan Eropah terdapat kerjasama rapat antara pihak tentera udara dan menara kawalan trafik.

Sekiranya radar tentera mengesan satu objek tidak dikenali atau mencurigakan, prosedur normal adalah berhubung dengan menara kawalan untuk pengesahan pesawat.

Jika pesawat itu tidak dikenali pihak tentera akan membuat hubungan radio dan sekiranya gagal jet pejuang dengan segera akan dihantar bagi memintas kapal terbang tersebut

Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Abdul Aziz dari DAP hari ini mempersoalkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kerana tidak memeriksa pesawat yang terbang misteri merentasi Semenanjung Malaysia pada hari pesawat Boeing 777-200ER milik MAS hilang.

Pesawat misteri itu kini dikenali sebagai pesawat MH370 menuju ke Beijing dari Kuala Lumpur membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang dari radar 1.30 pagi pada 8 Mac. Ia masih belum ditemui.

“Pada masa apa-apa sahaja radar mengesan pencerobohan udara oleh pesawat yang tidak dikenal pasti, mengapa TUDM tidak berbuat apa-apa? Di mana 18 Sukhoi dan MiG kita?” soalnya menerusi kiriman blognya hari ini.

MP Raub itu mengulas mengenai tentera India yang mendakwa mengesan pesawat yang tidak dikenali berada di ruang udara mereka berkemungkinan diserang jet pejuang.

“Itulah caranya kita mengesan sama ada objek tersebut musuh atau pun tidak dengan menunggu objek tersebut memberi tindak balas.

“Di Malaysia, pencerobohan diambil ringan atau lebih buruk lagi, jet pejuang kita tidak berada dalam keadaan bersedia 24/7.

“Ia cabang penting terhadap keselamatan negara,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan kenyataan Panglima TUDM Tan Sri Rodzali Daud yang menyatakan radar tentera mengesan MH370 berkemungkinan berpatah balik setelah pesawat itu beberapa jam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Radar yang mana mengesan ia berpatah balik? Radar komersial di Pengkalan Chepa atau radar pengawasan udara milik Zetro Aerospace Corporation. Radar berkenaan bernilai RM72 juta dan ia tidak boleh mengesan berpatah balik?

“Adakah radar itu berkebolehan mengesan secara berterusan atau ia mudah hilang dari sistem? Adakah radar tersebut berfungsi?” katanya.

Zetro Aerospace merupakan salah satu kontraktor pertahanan terbesar di Malaysia pakar dalam bidang avionik dan memiliki kontrak dengan TUDM sejak 1998.

Ia memiliki tiga kontrak kerajaan bagi menyelenggara dan membaiki radio pesawat, radar udara, menara kawalan udara dan komunikasi pertahanan serta bantuan navigasi.

Ia menerima kontrak RM43 juta bagi memodenkan sistem radar di dua pengkalan TUDM di Kuantan dan Butterworth pada 2005.

Antara jururundingnya adalah bekas panglima TUDM Tan Sri Nik Ismail Nik Mohamad yang menerajui tentera udara semasa sistem radar dibangunkan.

Sistem baru di Kuantan dan Butterworth menggantikan teknologi pemantauan Astrid yang digunakan TUDM sejak lebih 20 tahun lalu .

Di samping itu , membaca berita negara-negara yang menghantar kapal selam mereka untuk membantu mencari MH370 terasa alangkah indahnya jika negara kita juga mempunyai kapal selam yang boleh berfungsi.

Demikian tulis bekas Mufti Negeri Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi Facebook beliau.

“Isu kapal selam negara telah lama kita dengar. Dalam keadaan seperti ini alangkah cantiknya jika ia dapat memberi sedikit sumbangan sepadan dengan harganya yang mahal,” ujarnya.

Menurutnya, walaupun ada yang berkata ia tidak sesuai kerana tidak seperti yang dimiliki oleh 'jiran sebelah', tapi jawapan itu tidak memberikan kebanggaan pada negara.

How I wish! because I love my country so much,” tulisnya lagi.

Monday, March 24, 2014

MH370 : NAJIB TAK SENSITIF , ISLAM BERI TEMPOH 4 TAHUN SABITKAN KEMATIAN .


KUALA LUMPUR: Islam memberi tempoh sehingga empat tahun untuk mensabitkan kematian terhadap kehilangan seseorang yang tidak diketahui di mana kedudukannya atau hidup matinya.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, selagi tidak ditemui jasad atau bukti mensabitkan kematiannya secara fizikal, maka tempoh empat tahun perlu diambil kira.

Friday, March 21, 2014

MH370 : PENYIASAT TELITI REKOD PANGGILAN JURUTERBANG


SEPANG: Pasukan penyiasatan sedang meneliti rekod panggilan telefon juruterbang pesawat MH370 Kapt Zaharie Ahmad Shah dari kokpit, yang dilaporkan dibuat beberapa minit sebelum pesawat itu berlepas.
  
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya berkata rekod panggilan telefon itu telah diserah kepada pasukan penyiasat bersama-sama dengan maklumat mengenai senarai kargo.

Menjelaskan lanjut mengenai manifes kargo, beliau berkata pesawat itu membawa bateri kecil tetapi ia telah mendapat kelulusan serta mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).







Thursday, March 20, 2014

MH370 : KRONOLOGI KEHILANGAN PESAWAT MH370



KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, yang masuk hari ke-13 hari ini, mungkin terungkai tidak lama lagi.
  
Petunjuk terbaharu ialah dua objek yang dikesan menerusi imej satelit Australia di bahagian selatan Lautan Hindi, dilaporkan mungkin serpihan pesawat yang hilang pada 8 Mac bersama-sama 239 orang di dalamnya.
  
Berikut kronologi insiden kehilangan MH370:

MH370 : DEDAH SIMULATOR UNDANG SPEKULASI LEBIH BESAR


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli menyelar tindakan mendedahkan log data permainan simulator penerbangan milik juruterbang pesawat MH370 yang hilang, Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Beliau mempersoal, pihak keselamatan marah dengan pelbagai spekulasi yang ditimbulkan khususnya di media sosial, namun pada masa sama kenapa pihak polis sendiri mewujudkan spekulasi lebih besar dengan pendedahan simulator tersebut.

Tuesday, March 18, 2014

BLOGGER UMNO TIDAK HORMATI KELUARGA JURUTERBANG MH370

 
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal terhadap blogger-blogger Umno yang tidak menghormati derita dan kesusahan yang dihadapi oleh ahli keluarga juruterbang MAS Zaharie Ahmad Shah.

Ini kerana katanya, banyak kesimpulan negatif dilemparkan kepada juruterbang MH370 hanya kerana beliau menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.

"Sekarang ini heboh dalam blogger Umno salah seorang menantu saya ada pertalian kekeluargaan dengan Zaharie.

Monday, March 17, 2014

SIMULATOR PENERBANGAN KAPTEN ZAHARIE KUKUHKAN 'TEORI DIEGO GARCIA'

PENGKALAN TENTERA AMERIKA SYARIKAT, DIEGO GARCIA .

MISTERI menyelubungi kehilangan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) masuk ke episod mendebarkan apabila polis mula menumpukan siasatan terhadap juruterbang, pembantu juruterbang, krew serta penumpang pesawat Boeing 777-200ER itu.

Walaupun dikritik kerana lewat 8 hari daripada sepatutnya, carian dibuat polis di kediaman juruterbang pesawat terbabit, Kapten Zaharie Ahmad Shah di sebuah kawasan perumahan eksklusif Shah Alam Sabtu lalu menemukan simulator penerbangan milik beliau.

Simulator itu kemudiannya dibawa ke Bukit Aman dan dipasang semula untuk siasatan. Sumber yang dipetik Berita Harian, hari ini mendedahkan perisian simulator milik Kapten Zaharie mengandungi lima landasan latihan, dan salah satu daripadanya ialah milik Amerika Syarikat (AS).

MH370: TUDUH JURUTERBANG SABOTAJ TINDAKAN BIADAP

KUALA LUMPUR: Tindakan media asing khususnya akhbar Daily Mirror dan Daily Mail mengaitkan kejadian pesawat MH370 sebagai tindakan sabotaj juruterbang dan pembantu juruterbang adalah satu tindakan biadap.

Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini berkata tindakan itu disifatkan biadap memandangkan siasatan masih dijalankan, selain pihak berkuasa Malaysia mendapati wujud unsur rampasan, dan bukannya sabotaj.

Pengerusinya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, berkata tindakan media yang berpangkalan di United Kingdom itu serta beberapa akhbar lain juga merupakan tindakan tidak rasional, selain mengetepikan sensitiviti keluarga kedua-duanya.

Friday, March 14, 2014

MH370:RAKYAT MALAYSIA DIPERLEKEHKAN

KUALA LUMPUR: Di kala rakyat Malaysia dan dunia bersimpati serta berusaha mencari pesawat MAS MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, namun negara ini telah menjadi bahan jenaka masyarakat dunia akibat daripada aksi bomoh.

Tinjauan Harakahdaily di laman-laman sosial hari ini mendapati satu akaun twitter milik Only In Malaysia@_FunnyMalaysian yang telah mengatakan rakyat Malaysia di Mesir menjadi bahan ketawa.

DUA MUSIBAH DALAM MASA 24 JAM .

Negara dilanda dua musibah dalam masa 24 jam dari petang Jumaat 7 Mac hingga pagi Sabtu 8 Mac lalu.
  
Kata saya pada kedua-dua musibah itu, ‘Inna lillah wainna ilaihirojiun.’
  
Yang pertama, musibah yang menimpa rakyat khususnya di Kajang dan Selangor ia berita Anwar Ibrahim dihukum penjara lima tahun oleh mahkamah rayuan.
   
Bagi Anwar ia adalah ulangan ujian kali ketiga dipenjara. Bagi sesetengah orang mukmin, penjara bukan celaka baginya, bahkan ia penuh hikmah buatnya seperti yang dilalui oleh Nabi Yusuf AS dan ulama muktabar. Hamka menamatkan Tafsir al-Azhar dalam penjara. Sayyid Qutb menghasilkan tafsirnya yang masyhur semasa tahanan.