Monday, April 28, 2014

TUAN GURU NIK AZIZ DIPAKSA BERTEMU MUHYIDDIN

Kepimpinan UMNO/BN dilihat sangat terdesak kini untuk mencari sokongan dan memulihkan imejnya di mata rakyat Malaysia.

Ini sangat jelas kerana Najib beriya-iya menjemput Presiden Amerika Barrack Obama untuk datang ke Malaysia. Malah Malaysia juga telah melobi kerajaan Amerika untuk hanya bertemu mereka sahaja dan menghalang Presiden Obama menemui mana-mana pemimpin pembangkang termasuk Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Kegilaan mencari publisiti murahan ini juga diteruskan oleh Timbalan Perdana Menteri. Dalam masa Najib sibuk melayani serta membohongi Presiden Obama, Muhyiddin Yassin pula telah datang 'menjenguk' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan.

Lawatan ini pastilah digunakan oleh media UMNO/BN untuk menggambarkan keprihatinan mereka terhadap Tuan Guru Nik Aziz. Hakikatnya, sewaktu menjadi Menteri Besar Kelantan dahulu segala kesusahan dan usul yang dibawa telah ditolak mentah-mentah oleh UMNO/BN. Hari ini, mereka sanggup melutut kepada Tuan Guru semata-mata untuk political mileage mereka.

Jika mereka benar mengasihani dan menghormati Tuan Guru, mereka sepatutnya telah  membantu membangunkan negeri Kelantan, mereka sepatutnya menyerahkan Hak & Royalti Petroleum kepada kerajaan dan rakyat Kelantan. Jika mereka gagal dalam hal ini maka apa juga yang mereka lakukan hari ini adalah sandiwara semata-mata.

No comments:

Post a Comment