Tuesday, May 20, 2014

PANDA : UMNO GUNAKAN UNTUK DIVERT ISU?

Apakah kita sangat memerlukan Panda sekarang? Apakah Panda ini akan mengurangkan hutang negara yang mencecah RM 700 Billion? Apakah Panda ini akan membantu menurunkan tarif elektrik? Adakah Panda ini akan menyelesaikan masalah rasuah & ketirisan dikalangan menteri UMNO/BN?

Persoalan mengapa Panda bukan sahaja berlegar di benak fikiran Unit Amal, tetapi juga menjadi tanda tanya rakyat apakah fungsi Panda tersebut. Apakah kerana Rosmah sangat menyukai panda tersebut sehingga menyebabkan Najib sanggup membelanjakan wang rakyat untuk memuaskan hati isterinya?


Alasan yang Najib beri adalah tanda hubungan diplomatik antara Malaysia - China. Alasan paling bodoh dari seorang Perdana Menteri yang bodoh. Kalau itulah alasannya, maka selepas ini kita juga perlu menerima Singa dari Afrika, kita harus terima Kangaroo dari Australia, kita harus terima Penguin dari Kutub Utara. Maka Malaysia akan menjadi habitat kepada segala jenis binatang di dunia. Hebatnya kepimpinan Najib.

Tahukah anda Panda ini akan berada di Malaysia selama 10 tahun. Kos tahunan bagi 2 ekor Panda ini mencecah RM 10juta yang mana boleh membina 250 buah rumah berharga RM 40,000. Kalau 10 tahun boleh bantu 2,500 keluarga untuk dapat rumah. 

Inilah kerajaan Najib, "Rakyat ditipukan, Panda diutamakan"     

UNIT AMAL PAS : TAKZIAH ATAS KEMANGKATAN TUNKU ANNUAR

Unit Amal PAS merakamkan ucapan takziah di atas kemangkatan Tunku Bendahara Kedah yang juga merupakan Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Negeri Kedah, Yang Teramat Mulia Tunku Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

"Ucapan takziah khusus kami zahirkan kepada ke bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah kehilangan adinda tercinta. Ahli-ahli PAS berkongsi kedukaan dengan kaum kerabat dan keluarga Almarhum."

Pemergian Almarhum Tunku Anuar adalah berita yang sangat mengejutkan seluruh rakyat jelata. Lebih-lebih lagi bagi kami, kepimpinan dan ahli-ahli PAS yang merasai sentuhan jasa bakti baginda sewaktu menaungi kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak dahulu. Baginda sangat mengambil berat setiap pelaksanaan program anjuran kerajaan negeri dan pro aktif dalam memberi cadangan membina.

Kami menyifatkan Almarhum Tunku Anuar adalah pemimpin yang sangat istimewa di mata dan hati rakyat. Pemergian beliau adalah kehilangan besar kepada negeri Kedah.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum Tunku Anuar serta ditempatkannya dalam kalangan orang yang beriman dan mendapat kesejahteraan berkekalan.

Unit Amal akan menyertai satu majlis tahlil khas untuk Almarhum pada 23 Mei 2014, selepas solat Maghrib di Madrasah Islahiah Diniah, Memali, Baling.

PRK P076 : SPR SABOTAJ DYANA

TELUK INTAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilaporkan tidak mahu mengiktiraf Borang 14 Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan. Ini adalah cara yang paling kotor SPR untuk mensabotaj DAP dan Pakatan Rakyat.

Ejen calon kepada Dyana Sofya, Howard Lee Chuan How berkata, perkara itu dimaklumkan pihak SPR dalam satu taklimat kepada ejen calon kelmarin dengan menyatakan mereka tidak mahu mengesahkan borang 14 tersebut.

Beliau yang juga Adun Pasir Pinji berkata, tindakan tersebut sama sekali tidak munasabah kerana borang 14 penting untuk mengisi keputusan PRK selepas pengiraan dibuat ke atas setiap undi.

“Borang 14 adalah penyata pengundian selepas pengiraan undi. Selepas pengiraan, jumlah undian perlu dicatit ke dalamnya. Contohnya jika DAP dapat 200 undi dan BN 100 undi, ia perlu dicatit, ejen kemudian akan mendapat satu salinan.


“Jadi jika borang kepada ejen calon tidak disahkan, tentunya akan timbul keraguan mengenai keputusan pengiraan,” katanya dipetik Roketkini.

Katanya, SPR juga memaklumkan, setiap keputusan rasmi adalah berdasarkan salinan yang berada di tangan mereka.

“Pegawai SPR itu turut mengatakan kepada saya kalau ada keraguan, failkan petisyen saja.

“Mengapa tidak mahu perakui Borang 14? Apakah mereka mempunyai agenda lain," soalnya seperti dipetik lidah rasmi parti itu. - HARAKAHDAILY

Sunday, May 18, 2014

PRK 076 : HARAM UNDI DYANA SOFEA

Pilihanraya Kecil P076 Teluk Intan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara DAP dengan BN.

DAP secara sah telah mengetengahkan calon Melayu - Islam iaitu Dyana Sofea sebagai wakil partinya di Teluk Intan.

Apa yang menjadi kehairanan Unit Amal adalah Dyana dalam usaha melobi tempatnya dalam DAP sanggup mengeluarkan kenyataan tidak menyokong Hudud, semata - mata mahu mendapat perhatian kepimpinan DAP dan juga pengundi Cina di Teluk Intan.

Walau bagaimanapun, Unit Amal melihat ini adalah hasil didikan UMNO/BN berikutan ibu Dyana adalah ahli dan penyokong tegar UMNO. Pastilah Dyana telah dimomokan dengan cerita karut UMNO tentang Hudud.

Sebagai orang Islam, Unit Amal menyeru seluruh pengundi Islam di Teluk Intan agar tidak memberi undi kepada mereka yang menentang hukum Allah swt. Janganlah kita menjadi sebahagian dari ahli neraka hanya kerana kita mahukan dunia. Na'uzbillah minzalik.

Kepada petugas Unit Amal yang berada di Teluk Intan, ingatlah jangan kamu pesongkan akidah kamu semata - mata kepentingan politik. Berundurlah, biarkan DAP dengan jenteranya. Tanpa Unit Amal disana pun DAP akan tetap mempertahankan Teluk Intan.

Unit Amal hanya menyeru kepada kebaikan, berpesan - pesan kepada sahabat yang dikasihi agar kita dijauhi dari kemurkaan Allah swt. In Sha Allah.

   

Tuesday, May 13, 2014

HUDUD : BERMULA DI KELANTAN, LAKSANA DI TERENGGANU

Ketidakstabilan politik di Terengganu masih belum tahu dimana hujungnya. Drama dan sandiwara UMNO/BN semakin terserlah. Duit dan RM menjadi penentu.


Mengikut laporan seorang sahabat yang bertugas di APMT, Terengganu, Ahmad Said masih berkeras untuk tidak menerima sebarang pelan damai dari UMNO. 

Ahmad Said dikhabarkan akan mengadakan sidang akhbar dan akan membuat kejutan dengan pengistytiharan menyokong PAS Terengganu. Sekaligus membolehkan PAS memebentuk kerajaan baru di Terengganu. Jika ini berlaku, maka kemenangan ini adalah berkat doa rakyat dan pembalasan Allah ke atas UMNO.

Unit Amal melihat, jika PAS membentuk kerajaan hari ini, maka sudah tentulah Hukum Hudud akan dapat dilaksanakan keesokan harinya. Perjuangan menegakkan hukum Allah swt bermula di Kelantan tetapi pelaksanaannya adalah di Negeri Terengganu Darul Iman. 

Jika kita lihat hari ini, ramai dikalangan puak anti Hudud ini menggunakan hujah bahawa terdapat perbezaan antara Hudud Kelantan dengan Hudud Terengganu. Maka mereka berhujah bahawa Hudud Terengganu adalah yang paling sesuai dan paling lengkap. Ini hujah mereka kerana mereka tahu Terengganu tidak di perintah PAS. Tetapi doa mereka dimakbulkan Allah, tanpa angin ribut taufan kepimpinan UMNO Terengganu hancur sekelip mata. Maka PAS adalah parti yang paling layak memerintah Terengganu pada hari ini.

Unit Amal mendoakan agar Allah swt membuka pintu hati Ahmad Said dan Ghazali Taib untuk bersama - sama PAS dan membangunkan Terengganu dengan cara Islam.

"ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU"