Pilihanraya Kecil P076 Teluk Intan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara DAP dengan BN.
DAP secara sah telah mengetengahkan calon Melayu - Islam iaitu Dyana Sofea sebagai wakil partinya di Teluk Intan.
Apa yang menjadi kehairanan Unit Amal adalah Dyana dalam usaha melobi tempatnya dalam DAP sanggup mengeluarkan kenyataan tidak menyokong Hudud, semata - mata mahu mendapat perhatian kepimpinan DAP dan juga pengundi Cina di Teluk Intan.
Walau bagaimanapun, Unit Amal melihat ini adalah hasil didikan UMNO/BN berikutan ibu Dyana adalah ahli dan penyokong tegar UMNO. Pastilah Dyana telah dimomokan dengan cerita karut UMNO tentang Hudud.
Sebagai orang Islam, Unit Amal menyeru seluruh pengundi Islam di Teluk Intan agar tidak memberi undi kepada mereka yang menentang hukum Allah swt. Janganlah kita menjadi sebahagian dari ahli neraka hanya kerana kita mahukan dunia. Na'uzbillah minzalik.
Kepada petugas Unit Amal yang berada di Teluk Intan, ingatlah jangan kamu pesongkan akidah kamu semata - mata kepentingan politik. Berundurlah, biarkan DAP dengan jenteranya. Tanpa Unit Amal disana pun DAP akan tetap mempertahankan Teluk Intan.
Unit Amal hanya menyeru kepada kebaikan, berpesan - pesan kepada sahabat yang dikasihi agar kita dijauhi dari kemurkaan Allah swt. In Sha Allah.
No comments:
Post a Comment