Showing posts with label p076. Show all posts
Showing posts with label p076. Show all posts

Tuesday, May 20, 2014

PANDA : UMNO GUNAKAN UNTUK DIVERT ISU?

Apakah kita sangat memerlukan Panda sekarang? Apakah Panda ini akan mengurangkan hutang negara yang mencecah RM 700 Billion? Apakah Panda ini akan membantu menurunkan tarif elektrik? Adakah Panda ini akan menyelesaikan masalah rasuah & ketirisan dikalangan menteri UMNO/BN?

Persoalan mengapa Panda bukan sahaja berlegar di benak fikiran Unit Amal, tetapi juga menjadi tanda tanya rakyat apakah fungsi Panda tersebut. Apakah kerana Rosmah sangat menyukai panda tersebut sehingga menyebabkan Najib sanggup membelanjakan wang rakyat untuk memuaskan hati isterinya?


Alasan yang Najib beri adalah tanda hubungan diplomatik antara Malaysia - China. Alasan paling bodoh dari seorang Perdana Menteri yang bodoh. Kalau itulah alasannya, maka selepas ini kita juga perlu menerima Singa dari Afrika, kita harus terima Kangaroo dari Australia, kita harus terima Penguin dari Kutub Utara. Maka Malaysia akan menjadi habitat kepada segala jenis binatang di dunia. Hebatnya kepimpinan Najib.

Tahukah anda Panda ini akan berada di Malaysia selama 10 tahun. Kos tahunan bagi 2 ekor Panda ini mencecah RM 10juta yang mana boleh membina 250 buah rumah berharga RM 40,000. Kalau 10 tahun boleh bantu 2,500 keluarga untuk dapat rumah. 

Inilah kerajaan Najib, "Rakyat ditipukan, Panda diutamakan"     

PRK P076 : SPR SABOTAJ DYANA

TELUK INTAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilaporkan tidak mahu mengiktiraf Borang 14 Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan. Ini adalah cara yang paling kotor SPR untuk mensabotaj DAP dan Pakatan Rakyat.

Ejen calon kepada Dyana Sofya, Howard Lee Chuan How berkata, perkara itu dimaklumkan pihak SPR dalam satu taklimat kepada ejen calon kelmarin dengan menyatakan mereka tidak mahu mengesahkan borang 14 tersebut.

Beliau yang juga Adun Pasir Pinji berkata, tindakan tersebut sama sekali tidak munasabah kerana borang 14 penting untuk mengisi keputusan PRK selepas pengiraan dibuat ke atas setiap undi.

“Borang 14 adalah penyata pengundian selepas pengiraan undi. Selepas pengiraan, jumlah undian perlu dicatit ke dalamnya. Contohnya jika DAP dapat 200 undi dan BN 100 undi, ia perlu dicatit, ejen kemudian akan mendapat satu salinan.


“Jadi jika borang kepada ejen calon tidak disahkan, tentunya akan timbul keraguan mengenai keputusan pengiraan,” katanya dipetik Roketkini.

Katanya, SPR juga memaklumkan, setiap keputusan rasmi adalah berdasarkan salinan yang berada di tangan mereka.

“Pegawai SPR itu turut mengatakan kepada saya kalau ada keraguan, failkan petisyen saja.

“Mengapa tidak mahu perakui Borang 14? Apakah mereka mempunyai agenda lain," soalnya seperti dipetik lidah rasmi parti itu. - HARAKAHDAILY

Wednesday, May 7, 2014

PRK P076 TELUK INTAN

Pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan akan diadakan pada 31 Mei ini manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 19 Mei, kata Pengerusi Suruhanjaya Piliha Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.


Pilihan raya kecil itu, yang keenam selepas pilihan raya umum, diadakan selepas kematian wakil rakyat dari DAP Seah Long Peng, 48, pada 1 Mei kerana barah.

Kempen pilihan raya kecil parlimen itu selama 12 hari - enam hari selepas pilihan raya kecil parlimen Bukit Gelugor berakhir pada 25 Mei.