Friday, November 28, 2014

PERSIDANGAN AGUNG UMNO LUBUK DUIT

Unit amal secara tak sengaja menghadiri persidangan agung Umno di PWTC Kuala Lumpur. Itu pun kerana menemani seorang kawan yang terlalu teringin menghadirinya. inilah kali pertama Unit amal melihat sendiri situasi bodek-membodek yang menjadi tradisi Umno.

Terdapat beberapa dapatan yang boleh Unit amal coretkan disini. Secara kebetulan ketika kehadiran Unit amal Ketua Wanita Umno, Shahrizat baru sahaja selesai berucap.

Jadi ada bual-bual politik di luar dewan yang mengatakan Shahrizat meminta untuk Umno menyediakan kerusi Naib Presiden kepada wakil wanita. Unit amal hanya tersenyum, baguslah kalau Shahrizat di angkat jadi salah seorang Naib Presiden kerana semakin cepatlah Umno menuju jalan kegelapannya. Semua orang sedia maklum, Shahrizat adalah liabiti kepada Umno kerana isu lembu & NFC yang masih belum selesai. Wanita Umno berpecah belah pun kerana Shahrizat. Menang jadi Ketua Wanita kerana wang dan sogokan. Itu pun semua orang tahu.

Nasihat Unit amal kepada Shahrizat adalah lebih baik mendesak Najib dan Muhyiddin untuk menyediakan tempat yang lebih baik kepada wanita Umno. Wanita Umno tidak pula dilayan seperti lembu NFC dan langsung tidak dijaga kebajikan mereka. Ramainya yang hadir duduk berpeleseran di sekitar dewan ini. Bayangkan orang tua yang terpaksa duduk lama di lantai, tetapi pemimpin agungnya duduk selesa di mahligai kerusi empuk dalam dewan.

Selain dari itu, Unit amal dapati harga parkir kenderaan juga adalah tidak munasabah. Bayangkan, parkir di Hentian Putra asalnya berharga RM 3 tetapi melambung menjadi RM 10 per hari. Tetapi Unit amal sedar RM 10 adalah kecil kepada jerung-jerung Umno. Yang malangnya ialah rakyat yang tiada kena mengena dengan Umno tetapi terpaksa menanggung kos yang tidak munasabah ini. Umno yang bersidang, rakyat pula yang malang. 

Harga makanan juga sangat tidak munasabah, Kasihan juga Unit amal melihat makcik-makcik yang datang dari ceruk kampung terpaksa membayar harga orang kaya Umno. Harga sekeping roti canai RM6, harga teh tarik RM 4. Terkedu juga Unit amal mahu minum di PWTC. Unit amal lagi rela berlapar dahaga dari membayar harga gila itu, tetapi Unit amal hairan melihat ahli Umno masih mampu tersenyum riang berteh tarik sesama mereka. Berapa banyaklah yang mereka habiskan sepanjang 5 hari di PWTC?

Umno oh Umno teruskanlah dengan tradisi kamu itu, ini akan menambah kejelekan rakyat pada kamu.

Berucap penuh membara, gunung berapi pun boleh padam. Pulau Cayman pun boleh tenggelam, konon mahu bela nasib Melayu dan Islam. Umno ini bolehlah Unit amal samakan dengan peribahasa Melayu, "Berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi"

Selamat bersidang Umno! Selamat jalan juga kepada kamu semua. Ini mungkin tahun - tahun akhir kamu boleh mendabik dada dan menunjuk ego. Silakan!



   

Wednesday, November 19, 2014

LAGI MAHU TIPU RAKYAT: RON95 LEBIH MAHAL DARI RON97

Bersorak sakan pencacai UMNO apabila diumumkan harga petrol Ron 97 diturunkan dari RM 2.75 kepada RM 2.55. Berduyun juga pencacai ini menyindir sinis rakyat yang marahkan kenaikan Ron95 yang lalu. Begitu seronok pencacai mendapat peluru untuk terus-terusan membohongi rakyat.

Realitinya, Honda kapcai seorang penoreh getah bukanlah diisi dengan petrol Ron 97 yang baru diturunkan itu. Malah Proton Persona milik pegawai kerajaan bergred 41 juga bukanlah dipenuhi dengan petrol berkualiti tinggi Ron97. Semuanya menggunakan Ron 95 yang tak turun-turun tetapi semakin melambung naik itu.

Siapakah pengguna Ron97? Hanyalah si kaya pak menteri dan taikun perniagaan. Rakyat yang membanting tulang di bendang tidak gembira dengan berita penurunan harga Ron 97 ini. Yang akan tersenyum lebar adalah pemilik Porsche, Ferarri dan Lamborghini, mereka boleh memecut sesuka hati di lebuhraya kerana minyak mereka sudah diturunkan oleh kerajaan yang baik hati. Mat - mat Bikers Kental akan boleh berkonvoi dari selatan hingga ke utara saban minggu kerana kos minyak petrol mereka juga sudah semakin murah.

Mat despacth dan Mat Kancil mesti terus memikirkan bagaimana mahu menambah pendapatan untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi. Jangan bermimpi mahu berkonvoi atau bersama keluarga. Sabtu hujung minggu mesti cari jalan untuk buat OT.

Malaysia oh Malaysia! yang kaya akan terus kaya, yang miskin akan terus papa kedana.

Sedarkah kita, harga pasaran dunia bagi RON 97 adalah RM2.55 manakala harga RON 95 adalah RM 2.58. 

Matilah rakyat, tak habis - habis kena tipu, PRU 14 nanti rakyat akan tetap undi UMNO/BN kerana BR1M akan diberi sebanyak RM1200.

Only in Malaysia, yang kaya bayar murah yang miskin bayar lebih. Untunglah, Malaysia masih aman, kangkung pun masih murah.

Rakyat Malaysia memang bodoh, boleh di tipu bulat-bulat. Ron 95 lebih mahal RM 0.03. Rakyat yang bodoh akan jawab, alah 3sen je, takda masalah.

Kata Menteri Ahmad Maslan, Ron 95 juga akan turun tapi kena tunggu dulu. Belum cukup mereka kaut untung barang kali. Sama ada Ahmad Maslan yang bebal matematik atau rakyat yang bodoh tak reti mengira beza harga antara Ron 97 dan Ron 95.

Monday, November 10, 2014

GANGSTER SABAH UGUT FAHMI ZAINOL

Sekumpulan gangster dari kalangan budak - budak Bajau Sabah dikatakan cuba mengugut dan mencederakan rombongan Presiden PMUM, Saudara Fahmi Zainol ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam misi pidato mahasiswa. 

Kumpulan samseng ini dikatakan di upah oleh pihak tertentu untuk menakut - nakutkan rombongan Fahmi ke Sabah. Dalam insiden serangan tersebut mereka memberi alasan kononnya Fahmi Zainol telah membodohkan anak negeri Sabah. Inilah kebodohan sebenar mereka yang tidak memahami maksud kata - kata Fahmi dalam laman sosial. Serangan ini telah menjelaskan betapa mereka cetek pemikiran dan tidak dapat membezakan kata - kata sinis dengan kata sebenar.

Unit Amal kongsikan semula status Saudara Fahmi Zainol ;


Menurut sumber yang berada di Sabah, kumpulan gengster bajau ini di taja oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Tuaran. Jika benar dakwaan ini, ternyata UMNO dan samseng tidak dapat dipisahkan.

Jika benar juga dakwaan ini, Unit Amal tidak teragak - agak untuk mencari Naib Ketua Pemuda UMNO tersebut kerana beliau sepatutnya bertempur dengan kami dari kalangan ahli Unit Amal bukannya budak hingusan seperti Fahmi Zainol.


Inilah kumpulan gengster Bajau Sabah yang hanya berani di tempatnya sahaja. Jika kamu gengster mengapa Sabah diceroboh oleh puak Sulu? atau memang kamu juga bersekongkol dengan puak Sulu untuk merampas Sabah?

Lelaki berbaju hitam mengangkat tanda 'bagus' itulah dikenali sebagai Rijahan Hj Ali Aprah, Naib Ketua Pemuda Tuaran. Unit Amal mencabar Rijahan dan samseng UMNO Sabah untuk bertemu di Persidangan Agung UMNO nanti. Biar kita tahu yang mana ruas yang mana buku.

Jangan hanya pandai menjadi hero kampung sahaja. Jangan hanya berani dengan orang lemah sahaja, mari dengan Unit amal baru tahu siapa jantan siapa pondan.

Tuesday, November 4, 2014

BULI LAGI : CIKGU TAK AMBIL PEDULI

Dalam dua tiga hari ini, video kes buli di sekolah menjadi bahan utama di media massa samada di facebook atau WhatsApp mahu pun Telegram semuanya berkisar kepada kes buli. Lebih malang lagi, kes buli ini dilaporkan berlaku di hampir setiap sekolah di Malaysia ini. Kes buli bukanlah sesuatu yang baru ia bukan akibat dari kemajuan teknologi. Ia akibat dari sikap cikgu itu sendiri!

Artikel ini pastinya mendapat pandangan sisi negatif para cikgu, tetapi Unit Amal mesti menulis dan menegur  sikap cikgu yang tidak pernah mengambil peduli hal anak murid. Anak murid ditempatkan di asrama dengan tujuan menjadi insan yang lebih baik, bukannya menjadi gangster mahu pun bukannya untuk di dera rakan sebaya sehingga menjejaskan mental dan emosi.

Artikel ini bukan mencari salah guru tetapi sekadar membakar semangat guru untuk memberikan khidmat terbaik kepada generasi mendatang.

Hari ini, semakin ramai guru yang datang ke sekolah hanya untuk menghabiskan silibus subjeknya, bukan niat kerana Allah swt. Hari ini ramainya guru datang ke sekolah hanya sekadar melunaskan 'hutangnya' kepada majikan yang membayar gaji. Ada pepatah moden yang selalu diucapkan oleh pekerja hari ini iaitu "Buat kerja, biar padan dengan gaji" malah ada juga sindiran peluntur semangat kononnya 'kerja rajin - rajin tapi orang lain naik pangkat'. Inilah stigma yang melekat pada seorang guru hari ini. Pada mereka lebih baik jual tupperware atau jamu pada waktu senggang atau selepas waktu sekolah, ada juga side income, untung-untung jadi jutawan.

Unit Amal menulis berdasarkan sembang kedai kopi dengan sahabat yang juga seorang cikgu. Seorang sahabat yang ada ilham inovasi untuk meningkatkan mutu pengajaran tetapi dipandang sepi oleh pengetua, di sindir keras oleh guru senior. Ini lah kelemahan para guru hari ini. Menutup mindanya semata - mata untuk 'kerja senang'. 

Dalam satu kes lain, di sekolah berasrama yang mempunyai lebih kurang 350 orang pelajar asrama. Warden ada 5 orang tetapi yang bertugas tiap minggu tiap hanya seorang! Seorang guru wanita. Warden lelaki ada, tapi lebih gilakan motor besar, lebih suka keluar 'berfoya-foya' dengan kumpulan bikersnya. malang lagi seorang lagi warden cikgu wanita hanya makan gaji buta apabila langsung tidak pernah menjejakkan kaki di bilik asrama pelajar. Maka tidak hairanlah kes buli, kes rogol mahu kes perzinaan di kalangan pelajar sekolah semakin berleluasa.

Pengetua yang silih berganti juga seolah-olah tidak mampu melakukan apa-apa. Apabila laporan dibuat, pengetua memujuk guru yang bertugas untuk meneruskan tugas sebagai warden pada masa sama berjanji akan memastikan guru warden yang mengelat itu menjalankan tugasnya. Hari bersilih ganti, tahun Masihi dan tahun Hijrah sudah bertukar ganti tetapi fenomenaguru malas ini tetap pada takuknya. Malang lah anak - anak masa depan, gurumu hanya pandai makan. 

Guru makan gaji haram, anak murid jadi haram jadah. Dulu guru mulia, ini hari guru macam puaka! Semoga guru yang hanya pandai makan gaji buta ini ditempatkan dikalangan ahli neraka!

Unit Amal menulis kerana kebenarannya, kalau anda guru sejati anda pasti akan mengangguk tanda setuju. Wahai guru, betulkan niat mu, nescaya anak muridmu juga akan ke jalan yang lurus.