Tuesday, November 4, 2014

BULI LAGI : CIKGU TAK AMBIL PEDULI

Dalam dua tiga hari ini, video kes buli di sekolah menjadi bahan utama di media massa samada di facebook atau WhatsApp mahu pun Telegram semuanya berkisar kepada kes buli. Lebih malang lagi, kes buli ini dilaporkan berlaku di hampir setiap sekolah di Malaysia ini. Kes buli bukanlah sesuatu yang baru ia bukan akibat dari kemajuan teknologi. Ia akibat dari sikap cikgu itu sendiri!

Artikel ini pastinya mendapat pandangan sisi negatif para cikgu, tetapi Unit Amal mesti menulis dan menegur  sikap cikgu yang tidak pernah mengambil peduli hal anak murid. Anak murid ditempatkan di asrama dengan tujuan menjadi insan yang lebih baik, bukannya menjadi gangster mahu pun bukannya untuk di dera rakan sebaya sehingga menjejaskan mental dan emosi.

Artikel ini bukan mencari salah guru tetapi sekadar membakar semangat guru untuk memberikan khidmat terbaik kepada generasi mendatang.

Hari ini, semakin ramai guru yang datang ke sekolah hanya untuk menghabiskan silibus subjeknya, bukan niat kerana Allah swt. Hari ini ramainya guru datang ke sekolah hanya sekadar melunaskan 'hutangnya' kepada majikan yang membayar gaji. Ada pepatah moden yang selalu diucapkan oleh pekerja hari ini iaitu "Buat kerja, biar padan dengan gaji" malah ada juga sindiran peluntur semangat kononnya 'kerja rajin - rajin tapi orang lain naik pangkat'. Inilah stigma yang melekat pada seorang guru hari ini. Pada mereka lebih baik jual tupperware atau jamu pada waktu senggang atau selepas waktu sekolah, ada juga side income, untung-untung jadi jutawan.

Unit Amal menulis berdasarkan sembang kedai kopi dengan sahabat yang juga seorang cikgu. Seorang sahabat yang ada ilham inovasi untuk meningkatkan mutu pengajaran tetapi dipandang sepi oleh pengetua, di sindir keras oleh guru senior. Ini lah kelemahan para guru hari ini. Menutup mindanya semata - mata untuk 'kerja senang'. 

Dalam satu kes lain, di sekolah berasrama yang mempunyai lebih kurang 350 orang pelajar asrama. Warden ada 5 orang tetapi yang bertugas tiap minggu tiap hanya seorang! Seorang guru wanita. Warden lelaki ada, tapi lebih gilakan motor besar, lebih suka keluar 'berfoya-foya' dengan kumpulan bikersnya. malang lagi seorang lagi warden cikgu wanita hanya makan gaji buta apabila langsung tidak pernah menjejakkan kaki di bilik asrama pelajar. Maka tidak hairanlah kes buli, kes rogol mahu kes perzinaan di kalangan pelajar sekolah semakin berleluasa.

Pengetua yang silih berganti juga seolah-olah tidak mampu melakukan apa-apa. Apabila laporan dibuat, pengetua memujuk guru yang bertugas untuk meneruskan tugas sebagai warden pada masa sama berjanji akan memastikan guru warden yang mengelat itu menjalankan tugasnya. Hari bersilih ganti, tahun Masihi dan tahun Hijrah sudah bertukar ganti tetapi fenomenaguru malas ini tetap pada takuknya. Malang lah anak - anak masa depan, gurumu hanya pandai makan. 

Guru makan gaji haram, anak murid jadi haram jadah. Dulu guru mulia, ini hari guru macam puaka! Semoga guru yang hanya pandai makan gaji buta ini ditempatkan dikalangan ahli neraka!

Unit Amal menulis kerana kebenarannya, kalau anda guru sejati anda pasti akan mengangguk tanda setuju. Wahai guru, betulkan niat mu, nescaya anak muridmu juga akan ke jalan yang lurus.   

No comments:

Post a Comment