Unit amal secara tak sengaja menghadiri persidangan agung Umno di PWTC Kuala Lumpur. Itu pun kerana menemani seorang kawan yang terlalu teringin menghadirinya. inilah kali pertama Unit amal melihat sendiri situasi bodek-membodek yang menjadi tradisi Umno.
Terdapat beberapa dapatan yang boleh Unit amal coretkan disini. Secara kebetulan ketika kehadiran Unit amal Ketua Wanita Umno, Shahrizat baru sahaja selesai berucap.
Jadi ada bual-bual politik di luar dewan yang mengatakan Shahrizat meminta untuk Umno menyediakan kerusi Naib Presiden kepada wakil wanita. Unit amal hanya tersenyum, baguslah kalau Shahrizat di angkat jadi salah seorang Naib Presiden kerana semakin cepatlah Umno menuju jalan kegelapannya. Semua orang sedia maklum, Shahrizat adalah liabiti kepada Umno kerana isu lembu & NFC yang masih belum selesai. Wanita Umno berpecah belah pun kerana Shahrizat. Menang jadi Ketua Wanita kerana wang dan sogokan. Itu pun semua orang tahu.
Nasihat Unit amal kepada Shahrizat adalah lebih baik mendesak Najib dan Muhyiddin untuk menyediakan tempat yang lebih baik kepada wanita Umno. Wanita Umno tidak pula dilayan seperti lembu NFC dan langsung tidak dijaga kebajikan mereka. Ramainya yang hadir duduk berpeleseran di sekitar dewan ini. Bayangkan orang tua yang terpaksa duduk lama di lantai, tetapi pemimpin agungnya duduk selesa di mahligai kerusi empuk dalam dewan.
Selain dari itu, Unit amal dapati harga parkir kenderaan juga adalah tidak munasabah. Bayangkan, parkir di Hentian Putra asalnya berharga RM 3 tetapi melambung menjadi RM 10 per hari. Tetapi Unit amal sedar RM 10 adalah kecil kepada jerung-jerung Umno. Yang malangnya ialah rakyat yang tiada kena mengena dengan Umno tetapi terpaksa menanggung kos yang tidak munasabah ini. Umno yang bersidang, rakyat pula yang malang.
Harga makanan juga sangat tidak munasabah, Kasihan juga Unit amal melihat makcik-makcik yang datang dari ceruk kampung terpaksa membayar harga orang kaya Umno. Harga sekeping roti canai RM6, harga teh tarik RM 4. Terkedu juga Unit amal mahu minum di PWTC. Unit amal lagi rela berlapar dahaga dari membayar harga gila itu, tetapi Unit amal hairan melihat ahli Umno masih mampu tersenyum riang berteh tarik sesama mereka. Berapa banyaklah yang mereka habiskan sepanjang 5 hari di PWTC?
Umno oh Umno teruskanlah dengan tradisi kamu itu, ini akan menambah kejelekan rakyat pada kamu.
Berucap penuh membara, gunung berapi pun boleh padam. Pulau Cayman pun boleh tenggelam, konon mahu bela nasib Melayu dan Islam. Umno ini bolehlah Unit amal samakan dengan peribahasa Melayu, "Berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi"
Selamat bersidang Umno! Selamat jalan juga kepada kamu semua. Ini mungkin tahun - tahun akhir kamu boleh mendabik dada dan menunjuk ego. Silakan!
No comments:
Post a Comment