Bala menimpa bila kita pilih pemimpin perasuah, perompak dan pencuri harta rakyat. Kelantan paling terselamat dari musibah banjir. Paling teruk terkena adalah di tempat yang mana pemimpinnya rosak akhlak, Pasir Mas dengan 613 mangsa.
Bala dan rezeki adalah daripada Tuhan. Bala turun sebagai balasan atas apa yang telah dilakukan oleh pemimpin yang rakyat pilih.
Pokoknya ialah Tuhan memberi rezeki kepada makhluknya sama ada dia hamba-Nya yang beriman atau yang kafir. Semuanya dikurniakan rezeki kerana Allah SWT Maha Pemberi Rezeki kepada semua hamba dan makhluknya di dunia ini.
"Lalu Sayidina Umar menghantar seseorang untuk mencari serangga tersebut di merata-rata tempat sehingga sampai ke Syria dan Iraq. Setelah puas mencari utusan Umar balik semula menemuinya dan beliau bertanyakan tentang serangga tersebut sama ada utusan itu memperolehinya atau sebaliknya."
Jabir berkata lagi, "Tiba-tiba datang seorang dari Yaman membawa segenggam belalang. Dia membawanya kepada Umar dan menggenggamnya dengan kedua-dua belah tangannya. Apabila Umar melihatnya maka gembiralah ia sambil bertakbir tiga kali. Kemudian Umar berkata, "aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Allah Azza Wajalla telah mencipta 1000 umat. Daripadanya sebanyak 600 umat berada di laut dan 400 umat lagi berada di darat. Dan umat yang paling awal binasa di kalangan mereka ialah belalang. Apabila serangga itu mula binasa akan diikuti dengan kumpulan serangga yang lain mengikut peraturan yang serupa dengan kehancurannya apabila terputusnya rangkaian kehidupannya."
Allah berfirman yang bermaksud, "Kemudian mereka (sekalian) akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)." (Surah al-An'am :38)
Allah menghimpunkan semua makhluk pada hari akhirat kelak. Binatang pun dihimpunkan di sana, di mana ada riwayat mengatakan bagi binatang berlaku berhitungan terhadap mereka di padang mahsyar.
Selepas selesai perhitungan itu dibuat mereka dimatikan oleh Allah. Perhitungan itu dibuat sama ada di antara binatang itu sesama binatang ataupun dengan manusia. Mereka dibalas pada hari tersebut.
Manusia yang berhati binatang dan selalu merompak harta rakyat tentunya akan mendapat balasan di dunia ini lagi. Banjir adalah salah satu balasan untuk pemimpin yang korup.
Perhitungan selepas ini adalah sama ada ke syurga atau neraka. Syurga sudah jelas disediakan oleh PAS. Hijau dan indah, itulah syurga PAS. Menjanjikan sesuatu yang lebih berkebajikan dan indah berbanding pemimpin korup AMENO. Segalanya boleh menjadi lebih baik kalau Dato Seri Anwar Ibrahim sudah dipilih menjadi Perdana Menteri dalam pilihanraya yang lepas.
UMNO umpama belalang yang makin pupus. Menyokong AMENO akan membuatkan umat Islam Malaysia ditimpa lebih banyak musibah dan bala. Jauhilah AMENO.
No comments:
Post a Comment